Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, January 31, 2012

Pan Cake Comel!

Lokasi sama dengan kerabu maggi kat bawah tu..
Hari tu KH jumpa dua makanan pelik la kiranya..hehe


Kiut tak?hehe kreatifkan..

Ni la abang yang kreatif mencari rezeki..
Pandai dia tackle pembeli..yg pastinya pelanggan dia
mestilah budak2 dan kakak budak..haha


Nak lukis macam ni kena ada skill jugak kan..
Dia kata dia belajar utk lukis ni..


Geram tengok mooo tu!comel!hehe
Angry Bird tu pun kiut kan?


Sotong lak!

 Ni pilihan gambar yang nak dilukis..
Paling banyak permintaan of course Inchik Angry Bird


Nak seribu daya..mahu seribu cara kan..Asalkan rezeki yang dicari tu halal..
Haa sapa yang teror melukis boleh la wat bisnes pan cake kiut ni!..=)


ALLAH KNOWS..



source: HERE

BLOGLIST KALAMHATI 2012 DIBUKA..JOM JOIN!

Sticky post..Entry baru ada kat bawah..Mekasih!

Salam 'alaikum dan Salam Sejahtera...

Tadaaa.. Layout blog dah bertukar, tho pada asalnya bercadang nak tukar pada 1 Januari 2012 tapi hasrat tak tercapai sebab berada di luar kawasan pada waktu tu..huhu

 Walaupun lambat, KH teruskan jugak hasrat murni ni sebab rasa macam dah boring giler dah tengok warna hitam..hehe. Sempena tahun baru ni, nak cerahkan sedikit biji mata dengan warna2 kegemaran. KH kembali semula kepada warna asal blog KH iaitu biru.

Proses repair merepair layout blog KH ni still in progress. So abaikan apa2 yang tak sempurna tu ye..huhu

Kalau korang tengok kat sebelah kanan tu, dah takde dah bloglist nya. So, KH nak isi semula dengan list yang baru. KH bahagikan kepada 2 je iaitu KALAM ADAM dan KALAM HAWA. Siapa yang berminat just tinggalkan link kat komen ye.

Thanks atas kesudian korang!

Sunday, January 29, 2012

Kerabu Maggi?


Pernah makan tak? Cemana nak explain rasa dia ek..hmm macam kerabu mangga gak kot.hehe dia masam2 tapi macam best la jugak.

Ni gambar hari Jumaat lepas.Masa kat kampung. KH beli kat Pasar Jumaat kat Wakaf Bharu masa teman mak.

Ada tak sesapa pernah makan?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, January 25, 2012

Huwaaa..

Sapo la yang pijk cik putih ku ini..huwawawawaaaa..dah serpih sikit tepi dia..dh tak cantik dah..huhu sedey2..padan muka den..letak lagi atas katil..huhuu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, January 24, 2012

Alangkah damainya..

Seronok kalau dapat dirikan rumah menghadap sawah padi macam rumah kakak KH ni..

Memang best giler petang2 lepak kat beranda sambil tengok burung2 terbang dan angin yg menyegarkan..chewaah ayaat!hehe

Serius!one day klu ada rezeki memang nk cari tanah yg dekat sawah..beesttt!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, January 21, 2012

Sata!Sata!

Jemput!hehe..pekena sata kt pantai kelulut tadi..sedap sata makcik ni..tak silap pilih kedai..=)


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 20, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia..

Innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun..baru dapat perkhabaran ni dr tweet..Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Hmm dia sakit apa ye?btul KH taktau dia sakit...terkejut gak la..

Sesungguhnya mati itu pasti..bila tiba saatnya..takkan tertangguh..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Ngantuknyeerr..

Lama sangat nk tunggu keta di service..Tido la duluu..zzzzzzzz


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

Haa Nakal Lagi!


Ni la akibatya kalau taknak dengar pesan cikgu. Suruh berjalan elok-elok jangan bergurau dan tolak-tolak.. Bergurau punya pasal, bertelur dah dahi. Si kawan sekat kaki  dia time berlari..maka tersadung dan terhantuklah dahi tu..

Budak-budak ni kan..makin kita larang makin dia buat kan? Huhu dah namanya kanak2.. Sabar je la walaupun kdg2 geram jugak..hehe pulas tinga kang!haha

Published with Blogger-droid v2.0.3

Khamis Yang Sangat Spontan


Adakah kita faceQuran setiap hari macam kita facebook?
Huhu tazkirah untuk diri sendiri..


Tuesday, January 17, 2012

Bila Tengok Kesedihan Mereka..Terasa Diri Ni Sangat-sangat Beruntung..


Bila baca keluhan rakan seperjuangan KH di Sarawak ni, rasa sedih sangat. Sebab suatu ketika dulu KH juga berada bersama mereka. Di hantar ke Bumi Kenyalang untuk mencurahkan bakti kepada ummat Nabi Muhammad di sana..

Namun, KH jauh lebih beruntung kerana dapat bertukar balik ke Semenanjung lebih cepat dari yang dijangkakan. Bayangkan KH ke sana tahun 2005 mengikuti KPLI berasaskan sekolah untuk Program j-QAF dan 2006 posting di sekolah yang sama. Awal tahun 2007 KH dapat balik Semenanjung hanya kerana ada guru yang nak bertukar suka sama suka. Dan dia mencari Kohort 2005 yang mengajar BA. Maka seorang sahabat menyampaikan berita dan bertanya samada KH nak tukar ke tak?

Macam orang kata, "bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal", KH terus bagi persetujuan. Orang kata kalau dah memang rezeki kita, segalanya mudah dan lancar sahaja. KH emelkan surat permohonan pertukaran suka sama suka kepada ustaz tersebut, dan masa cuti hujung tahun 2006, KH dapat surat pertukaran ke Kuantan.

Balik dengan bersyarat iaitu segala perbelanjaan penerbangan dan penghantaran barang ditanggung sendiri, KH tak hiraukan dah berapa duit yang habis untuk shipping kereta dan pos barang2 melalui pos. Sebab nak barang tu cepat sampai.

Kalau ikutkan, sayang nak tinggalkan bumi Lundu. KH selesa berada kat sana. Tak terasa berada jauh, macam duduk kat tempat sendiri. Rakan2 sekerja sangat akrab dan masyarakat kampung pun sangat baik.

KH tau, bila baca berita kat atas, mesti pelbagai tanggapan yang akan timbul. Ada yang akan bersetuju dengan mereka dan rasai kesengsaraan mereka. Dan semestinya yang mengeji pun ada. Ada yang akan cakap "alah dah jadi cikgu, mestilah kena sanggup mengajar kat mana2 pun"... "banyak songel betul cikgu2 ni"... "Macam la dia sorang yang susah".

Just letak diri kita sekejap di tempat mereka, seingat KH, kitorang yang kohort pertama j-QAF ni memang diberitahu kitorang takkan dapat pindah selama 6 tahun iaitu sampai murid tahun 1 tahun 2005 sampai ke tahun 6. Bermakna selepas tahun 2010 mereka ini akan ditukarkan balik ke Semenanjung dan guru j-QAF baru bakal menggantikan tempat mereka.

Namun, hanya beberapa orang saja yang berjaya dalam permohonan pertukaran. Tahun ni pun, yang bertukar dari Sabah dan Sarawak hanya beberapa kerat je. Bayangkan rakan KH terpaksa membesarkan anak-anak dengan bantuan rakan serumah. Rakan2 serumah yang banyak menolong untuk menguruskan anak2. Kalau kita terpaksa harungi sorang2 gitu, sedih tak?

Sahabat baik KH yang bertugas di Sabah, sudah 8 tahun di sana. Kata namanya naik untuk pertukaran tetapi bila keluar senarai nama bertukar, nama dia tak ada pun. Mungkin alasannya kerana dia bujang? Dan tempat dia digantikan oleh orang lain?

Memang dia sedih sangat kerana ibu di kampung sendirian menjalani hidup. Mana dapat dia tenang di sana bila ingatkan ibu yang sentiasa sakit lutut dan sendirian di kampung? Kalau kita boleh ke kita bertenang?

KH bukan nak sembur sapa2 pun. Sekadar teringin nak bagi gambaran jelas keadaan mereka. Rasanya kalau tak kerana pertukaran suka sama suka dulu, KH pun masih di sana dan belum nak balik kot..huhu. Itu KH, tapi bukan mereka yang ada keluarga di Semenanjung. Sangat sedih bila ada isteri yang diceraikan suami hanya kerana isteri berjauhan di Bumi Kenyalang dan suami sudah tidak sanggup menunggu..huhu

Mereka dah sehabis daya berkhidmat KH rasa. Sahabat KH di Mukah sana, siap bawak anak murid tidur di rumah semata2 nak celikkan dorang dengan Al-Quran. Tak sampai setahun dorang dah tamat Iqra' dan sudah boleh membaca Al-Quran.

Semoga masalah mereka ni, diberi perhatian yang sewajarnya. Yang ada kabel takde masalah. Yang takde kabel memang sampai bila2 la tak tukar kot..huhu


**Eh!rasa macam jadi wartawan lak..huhu. Ni sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat sahaja. Tidak berniat apa-apa. Sekadar rasa belas kepada saudara sendiri.



Monday, January 16, 2012

Misteri Poligami..jeng.jeng

Bila sebut je perkataan keramat ni mau tersedak para isteri kan?..huhu


Nak tau lebih lanjut?Haa dapat Solusi isu terbaru. KH tengah tekun mentelaah ni,sementara tunggu nak masuk kelas..hehe

Kecoh kat dalam bilik guru ni..hehe isu hangat!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 15, 2012

Doa Abu Darda'..



Nak share satu doa yang mustajab di baca selepas solat Subuh dan Maghrib. Doa yang baik untuk diamalkan selepas solat. Doa ni KH ambil dari Ensiklopedia Solat.

KH suggestkan sesiapa yang nak mantapkan lagi ilmu mengenai solat dan perkara yang berkaitan dengan solat seperti taharah (kebersihan dan penyucian) dan segala macam takrifan solat2 dan cara mengerjakannya boleh dapatkan eksiklopedia ni. Siap ada gamba lagi.

Harga memang mahal sikit tapi berbaloi untuk invest kepada benda yang boleh mempertingkatkan ilmu kita dan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Rasanya ramai yang dah ada ensiklopedia ni. Nak beli online pun boleh. Ni rupa dia..



KH pun belum khatam lagi baca buku ni.. Tengah berusaha menghabiskan. huhu..Biasanya KH beli buku ilmiah ni melalui penjual buku yang datang kat sekolah. Boleh dapat diskaun sampai RM10 kadang2 tu. So dapatlah murah dari kedai.

Ada beberapa buku lagi yang bagus utk bacaan bagi yang nak tambahkan ilmu. Nanti KH kongsikan. 


Duit Syiling Baru Siri Ketiga Akan Dikeluarkan Bermula Esok..

Dah pernah tengok rupa duit syiling baru yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia? KH baru tengok je dan baru faham dengan lebih dekat ciri-ciri keselamatan serta simbol-simbol yang terdapat pada duit syiling terbaru ni.

Kebetulan pulak tadi sempat tengok siaran langsung Nasi Lemak Kopi O kat TV9, ada wakil dari Bank Negara dijemput untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang duti syiling siri ketiga yang baka dikeluarkan bermula esok hari.

Paling ketara adalah duit syiling 50sen yang mana saiznya dikecilkan sedikit dan lebih ringan. Jadi, takde la berat sangat kalau vendor machine bagi change duit 50 sen kan..hehe

Duit 5 sen pun dibesarkan sedikit saiz dia, supaya senang la kan. Kalau hilang takde la susah sangat nak cari..huhu


Nilah rupa duit syiling baru kita (sumber Malaysiakini)


Kalau kita tengok kat duit syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen tu, nampak tak ada 5 garis tu? Garis2 tu symbolise 5 prinsip Rukun Negara kita. Dan 14 titik pada semua duit syiling tu adalah melambangkan 14 buah negeri dalam Malaysia.

Dan terdapat ukiran yang berlainan pada belakang setiap duit syiling tu kan. Ukiran pada duit syiling 5 sen tu kalau tak silap ia diinspirasikan daripada corak seni anyaman masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.

Manakala corak pada duit syiling 10 sen pula diinspirasikan daripada seni kraftangan masyarakat Orang Asli (biasanya dorang buat dengan daun kelapa tu kan)

Seterusnya duiat syiling 20 sen bercorak bunga melur dan duit syiling 50 sen bercorak sulur kacang. Sulur kacang ni macam famous je kan terutama kalau kita tengok design2 dalam website kan.

Menurut wakil Bank Negara tadi, vendor yang kendalikan mesin wang tunai diberi tempoh selama 6 bulan utk ubah suai mesin bagi memudahkan pengguna menggunakan duit syiling baru ni. Tapi duit syiling lama yang kita ada tu masih boleh digunakan lagi. Takde masalah.

Ciri-ciri keselamatan pun turut diperkemaskan. Memang susah la nak palsukan duit syiling ni sebab senang nak cam kalau ia palsu. Dorang tunjuk contoh tadi cemana nak tengok. Kena tengok dari tepi dan akan nanti nombor 5, 10, 20 atau 50 pada permukaan duit tu.. Macam duit ringgit gak kot, kita boleh tengok bayang nombor bila kita teliti betul2 duit kertas tu kan.



KH: teruja lak nak pegang duit syiling baru ni..hehe


Saturday, January 14, 2012

Jamuan Perpisahan...


Baru balik dari projek ternak lemak di malam hari..hehe. Seperti biasa, kalau ada majlis perpisahan utk staf yang berpindah ke sekolah lain, Restoran New Horizon Garden jadi pilihan.

Sebenar ada 4 orang yang diraikan tetapi hanya dua org je yg dapat hadirkan diri iaitu Pn. Noor Baiduri  dan Pn Zuriati. Pn. Kavitha dan Pn Uthaya tak dapat hadir sebab mereka brtukar jauh. Sorang di Perak dan sorang di Selangor.

Alhamdulillah semua berjalan lancar..



Published with Blogger-droid v2.0.3

Pernah Jumpa Tak Benda Ni?


Pernah terserempak tak dengan benda macam ni bila korang bawak kereta?hehe

KH pernah! Benda ni nampak je macam tu tapi sangat penting tau. First time KH jumpa bila pegi Tawau hari tu. Orang kata jauh berjalan luas pengalaman kan.. hehe betul la tu, sebab ni pertama dalam seumur hidup KH jumpa 'roundabout' yang comel macam ni.

Masa mula-mula sampai bandar Tawau, member KH bgtau dia nak tunjuk something yang unik kat jalan situ. Then dia suruh KH ready untuk snap pic..hehe sambil gelak dia tunjukkan bongkah batu ni. Nilah roundabout unik kat Tawau.. Comel je kan!



Friday, January 13, 2012

Drama Tasbih Putih: Menginsafkan..huhu

Baru lepas bersyahdu-syahduan tengok drama Tasbih Putih kat Astro Prima. Drama terbaekk bagi KH. Menginsafkan dan buat kita rasa nak sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Nak sentiasa zikrullah supaya kita sentiasa hidup di sisi Allah. Kerana orang yang tidak berzikir kepada Allah seolah-olah dia mati di sisi Allah.

Bi'ah (environment) yang baik memang sangat mempengaruhi hidup kita. Baik environment sekeliling kita maka hati kita pun akan sentiasa jinak untuk mengingati Allah..untuk berubah menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Environment keliling kita sangat mempengaruhi utk jadikan siapa kita dan untuk kita jadi siapa (pening ke ayat ni?)

Kisah ni boleh menjadi tauladan dan panduan kepada ibu bapa yang buntu cemana nak lembutkan hati anak yang keras dan sentiasa melawan. Ubatnya hanya satu, dekatkan diri anak dengan Al-Quran. Dalam cerita ni ayah dan mak budak tu ambil solution dengan menghantar anak dia ke pondok agar anak dorang berubah jadi anak yang soleh dan tidak lagi jadi hamba dadah.

Orang yang keras hatinya, bila sentiasa didekatkan dengan zikrullah dan ayat2 Al-Quran pasti akan lembut hatinya dan akan tunduk nafsu ammarah dia. Bukankah tepat dengan maksud firman Allah: "Tidakkah dengan mengingati Allah hati akan tenang"..

Sesungguhnya janji Allah benar, jika kita bersangka baik dengan Allah..Allah akan sentiasa pelihara kita dari fitnah manusia. Dan jika kita ikhlas membantu insan lain ke jalan Allah, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan hidup kita dan pengakhiran hidup pun husnul khatimah (pengakhiran yang baik)

Betul la kan, kita dituntut untuk mencari ilmu Allah sebanyak mana yang kita mampu. Sentiasa bercampur dengan orang2 yang sentiasa mengingati Allah..menjaga tanggungjawab sebagai hamba agar kita juga cenderung ke arah itu. 

Tengok drama ni, terasa rindu untuk menghadiri kuliah2 agama dan usrah macam waktu study dulu. Sungguh rasa rindu untuk kembali saat tu..di mana peluang untuk menambah ilmu sentiasa terbuka. Berjemaah di surau kolej..merapatkan ukhwah dengan berusrah.. Berjalan ke masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah.

Masih hidupkan surau kolej dengan solat jemaah? Atau hanya tinggal beberapa kerat je..surau2 kolej hanya penuh waktu bulan Ramadhan je atau sentiasa penuh? Masih adakah rakan2 sebilik yang berjemaah di hall bilik? Sungguh KH rindu saat2 tu..hmm

KH masih bersyukur kerana kat sini Allah masih bagi peluang untuk KH mendengar tazkirah2 dari corang pembesar suara asrama sekolah sebelah ni..sentiasa dengar alunan zikrullah yang mengingatkan diri ni supaya ikut berzikir.. yang sentiasa mengejutkan diri ini dari tidur tatkala bergemanya lafaz azan Subuh. Alhamdulillah..

Jauh di sudut hati, KH mohon dari Allah supaya kurniakan KH seorang suami yang rajin bersolat jemaah atau sekurang2nya mampu menjadi imam solat kami nanti. Bukan setakat bijak dalam ilmu keduniaan sahaja.

Semoga Allah kabulkan.. amin


**Maaf entry ni agak meleret..Juz meluahkan apa yang dirasa pada saat ni utk ingatan diri sendiri. Insaf melihat insan yang mampu jadi hamba yang baik dan taat serta sabar dalam menghadapi ujian Allah. 


Demi Dia..

Terbuai dengan lagu ni.. Rasa meresap dalam jiwa..pernah post lagu ni lama dulu. Saja nak post sekali lagi. Lagu yang KH suka..Banyak kali dengar tadi. Rasa syahdu je




Artis: Mawi 

Dalam mencari diriku 
Aku tersentuh jiwamu
Salah aku bersatu denganmu

Jalan yang lurus kelmarin 
Tempatnya kita bermain 
Dipersimpangan pecahlah haluan

Bukan kerana arus melanda muara
Bukanlah juga musim berbunga 
Menggamit kumbang di udara 
Sebenarnya hati yang mencari 
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui 
Demi tuhan yang kita percaya bersama

Dalam mencari dirimu 
Kau pun menyentuh mindaku
Salahkah waktu tadi bertemu

Bukan kerana arus melanda muara
Bukanlah juga musim berbunga 
Menggamit kumbang di udara 
Sebenarnya hati yang mencari 
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui 
Demi Tuhan yang kita percaya bersama

Sebenarnya hati yang mencari 
Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui 
Demi Tuhan yang kita percaya bersama

Demi Dia Yang Esa
Demi Dia yang kita percaya


*Yakinlah bahawa setiap apa yg berlaku adalah ketentuanNya..pertemuan..perpisahan..kehidupan..kematian..

Alhamdulillah selamat..



Alhamdulillah keta KH selamat dikeluarkan pagi tadi dari kwasan sekolah.. Syukur sangat sebab air dah surut sedikit dan keta dapat melintasi air..

Hari cuaca masih lagi seperti semalam..hujan mulai turun pagi tadi sampailah sekarang..Ramai ibubapa ambil decision untuk tidak menghantar anak ke sekolah hari ni..Tapi ramai jugak la yg datang..huhu

So, pihak sekolah combine beberapa kelas jadi sekelas je..so senang nk jaga budak2 ni. Sekolah tak bercuti hari ni,kena hadir jugak. Kalau KH jadi parents better KH suruh anak2 stay kat rumah je tak payah ke sekolah pd waktu2 begini. Kesian anak2 kecil ni terpaksa harungi air..huhu

Murid Tahun 6 yang hadir

Yang peliknya kan..ada gak yang hantar anak lengkap berkasut sekolah putih melepak dalam hujan renyai pagi tadi..huhu agak2 la..suruh je la anak2 pkai selipar.mudah sikit pergerakan kan?..

Risau tengok bebudak ni jalan dalam keadaan lantai sekolah yang licin dan berair..huhu

Parents yang prihatin keselamatan anak2, datang semula untuk ambik anak2..

Last sekali banjir kilat ni berlaku pada tahun 1995. Cikgu yang masih berkhidmat kat sekolah KH ada pada waktu tu..huhu lamanya dia menabur khidmat kat sekolah tu..

Apapun..tadi sampai2 rumah badan menggeletar kesejukan..badan nacam nak demam je..huhu banyak kena hujan..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 12, 2012

SEKOLAHKU BANJIR..HUHU

Menulis dalam keadaan hati tak keruan sebenarnya ni. Sementara tunggu berita dari kawan2 yang ada kat sekolah. Kereta KH masih ada kat sekolah, tak dapat keluar sebab air kat pintu pagar nak keluar tu dah parah pinggang. Maghrib tadi pegi tengok, air masih kat paras sama lagi. Towing truck pun tak berani nak masuk.

Dorang suruh balik dulu solat dan kalau apa2 hal, kawan2 akan call bagitau. Ada dalam 14 buah kereta lagi kot yang tak sempat keluar dari sekolah tengahari tadi. huhu ye la kereta bersusun kat tapak perhimpunan sekolah, nak tunggu sorang2 undur kereta satu hal. Nak que untuk keluar tu lama la jugak sebab kena lepas satu2 kereta dulu kalu tak mau ada kereta yang mati enjin dalam air tu.

KH cuba jugak nak redah air paras peha tu, tapi ramai yang larang sebab Myvi agak rendah, depa takut naya je nanti. So, KH undur balik kereta. Memang taknak amik risiko..huhu

Bila Allah kata 'kun'..maka jadilah ia dalam sekelip mata saja tanpa mampu kita berbuat apa2. Walaupun masa yang ada sebenarnya cukup untuk buat sesuatu tetapi kerana ketidakbiasaan ia berlaku. Jadi, semua menganggap hujan hari ini adalah hujan biasa. Tapi sebenornye luar biasa.

Sejarah kot sebab dorang kata jarang berlaku. So tahun ni paling tinggi la banjir tu naik. Dalam cuti hari tu dah sekali naik. Tenggelam Kelas Pendidikan Khas semua dan perabot pun rosak dan kembang. Kali ni air naik lebih tinggi..huhu

Bila air dah naik ke kaki lima sekolah barulah semua perasan yang sekolah sebenarnya sedang dilanda banjir. Air makin lama makin naik. Masa KH masuk ke kelas tahun 6 kat level bawah, air baru nak mengalir ke kaki lima.. Then sekejap je lepas tu, air makin lama makin naik dan masuk ke dalam kelas.

Suasana kelas time tu takyah cakap la..Bebudak ni dah tak dengar cakap kita dah, depa excited nak main air. Risau je takut terjatuh ke pe..huhu tapi dorang dah macam tak ingat dunia dah. KH tunggu je dalam kelas sebab taknak apa2 jadi dengan budak2 ni.

Arahkan dorang bukak kasut dan stokin. Kemas beg dan buku2..Angkat kerusi atas meja dan bersedia bila diminta naik ke level atas.


 Dah tak boleh nak mengajar dah.. Bebudak ni asik 
nak keluar kelas tengok air je..


 Dorang dah berkemas..angkat kerusi atas meja semua..


 Guru Besar arahkan semua naik ke level atas..duduk kat mana2 kelas


 Huhu kesian anak muridku..


 Ikh! bos ni.. org snap gambo dia..dia snap gambo kita lak..


 Laluan ke kantin..


 Kaki lima dah tak nampak dah..


 Masa ni cikgu2 semua kalut nak keluarkan kereta masing2...
Yang kereta duk belakang sempat la keluar..keta KH depan cemana nk kuar


Ni la kereta2 yang tak sempat nak keluar termasuk myvi ku itu..huhu



Murid-murid terpaksa harungi air untuk pulang..huhu


 Huhu macam sungai je kan..


Sekolahku dikepung oleh air..

Hujan baru reda. Harap2 redalah sampai ke esok. Tengah malam ni kalau air kat depan sekolah dah surut, KH nak cuba pegi amik kereta tu. Tak lena tidur duk mikir pasal buah hati sebuah ni..huhu takde buah hati ni, patah la kakiku nak bergerak..huuhu balik tadi pun menumpang orang..huk

Sok sekolah ke tak, taktaulah..Takde notis pun mengatakan cuti. So, kena pegi sekolah lah esok. Patutnya kena cuti esok, tak payah budak2 datang. Kelas bawah mesti berlumpur esok. Jadi tempat dorang berkubang lak..huhu


Doakan kereta KH selamat ye.. huhu


Tuesday, January 10, 2012

Mereka Kayo Hari Ni!

Salam 'alaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni bukan makcik kayo..tapi mereka yang kayo..Makcik kayo sekejap je, lepas bagi kat mereka, makcik pokai balik..huhu

Ceritanya, hari ni KH dengan AJK Bantuan dan Kebajikan Sekolah terlibat dapat pengagihan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR), Yayasan Pahang untuk murid Tahun 4, 5 dan 6.

Since 2 hari lepas memang duk kalut buat preparation, bila bos arahkan je suruh agihkan duit maka memo perlu dikeluarkan untuk memaklumkan parents atau penjaga untuk datang ke sekolah ambik duit.

Seperti biasalah, KH dan GPK HEM akan uruskan juga part borang2 yang perlu disediakan. Bila benda yang berkaitan dengan duit ni, semua mesti jelas dan ada bukti atas kertas. Kalau tidak memang nayaaa..

Letih memang letih tapi rasa lega bila dapat bantu mana yang patut. Maklum la, bos baru KH ni baru je menjawat jawatan GPK HEM tahun ni, jadi dia tak familiar lagi dengan semua ni. Tapi dia jenis yang mudah nak dibawa berbincang. So, takde masalah komunikasi. Senang jugaklah nak buat kerja.


Seronok depa dapat duit naa..


AJK Tahun 4 ngan 6 tak menang tangan.. Yg jaga tahun 5 ni bosan
menunggu, tu yg sibuk duk snap pics je. tak ramai parents yang datang. 
Depa tak nak duit agaknya..hehe


Mana la dorang ni. Selalu kalau time ambik duit cepat je datang..
Maybe sebab hujan kot..huhu

Dalam pukul 1.50 petang, tengok takde dah yang datang maka kitorang tutuplah kaunter. Kalau depa nak duit, kenalah datang mengadap kaunter pejabat pulak.

Rugi kalau tak ambik, RM300 tuu.. Cuma KH harap duit yang dapat tu, agihkan la sikit utk kebajikan anak2 yang nak sekolah. Beli baju sekolah sepasang lagi ke. Jangan main gilir sepasang je..huhu orang bagi duit untuk ringankan perbelanjaan persekolahan anak2 kan so kena guna sebaiknya.

Jumaat ni insyaAllah pengagihan bantuan e-Kasih pulak. Haa yang ni lagi banyak RM450 untuk yang miskin dan RM700 untuk miskin tegar. Kejaku pegang duit je tapi tak kaya2 gak. hehe teringat kata-kata member KH masa kitorang duk kira duit pagi tadi, dia kata, kalau kita selalu dekat dengan duit, sentiasa duk kira duit, duit tu akan dekat dengan kita jugak..whohoo betul ke?


**Psst: ada yang datang amik duit bantuan pakai kereta ngalahkan cikgu. Cemana?huhuu


Monday, January 9, 2012

Bayaran Gaji Skim SBPA Bermula Februari 2012

Tengok berita Awani tadi, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa gaji penjawat awam yang akan dibayarkan pada 16 Januari ini masih mengikut SSM.

Pembayaran gaji mengikut skim SBPA akan bermula pada bulan Februari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh pemilihan opsyen dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012.

Kalau dikira logiknya memanglah pihak Akauntan Negara tak sempat nak sediakan gaji baru dalam masa sehari je kan? So, sesiapa yang dah 'melebihkan' bajet perbelanjaan bulan Januari ni, sila kenselkan dulu..hehe

Gaji masuk awal..jadi habis pun awal..huhu nak2 pulak cuti CNY ni seminggu. So, preparation untuk balik kampung biasanya akan sebabkan bajetku lariiiii..huhuuuu

Korang selalu tak lari bajet?huuu


Sunday, January 8, 2012

EZANI JUARA MASTERCHEF MALAYSIA YANG PERTAMA!

(sumber dari FB Masterchef)


Tahniah buat Ezani!
Dentist yang berjaya membuktikan kebolehan sebagai seorang chef
Namun, MasterChef Wahidan tidak kurang hebatnya.



MasterChef Malaysia: Santapan Penamat

Sumber  dari MasterChef Malaysia


Bakal berlangsung malam ni, jam 9.00 malam. KH memang follow rancangan ni sebab suka tengok orang masak..huhu

Siapa agaknya yang bakal dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama ni ye? Bakal meraihkan RM100,000 dan mengeluarkan buku resepi sendiri. Doktor Ezani atau Wahidan?

KH ramalkan bahawa Ezani yang ada chance untuk menang kerana dia agak konsisten every week. Tapi, tak boleh perkecilkan kelebihan yang dimiliki oleh Wahidan kan. Apa2 pun boleh jadi.

Bergantung kepada rezeki masing-masing. Macamana dorang nak tawan hati juri dengan kelebihan masakan yang akan dipersembahkan nanti.

All the best untuk kedua-dua finalis MasterChef Malaysia ni!


**Ini bukan sponsored post ye..hehe sekadar catatan kenangan sajee.

Errk Kenapa Nangis Ni?

Sekadar hiasan (kredit utk hadzmanfadzil.com)


Alhamdulillah selesai sudah minggu pertama persekolahan. Tak banyak masalah kat sekolah KH. Murid-murid Tahun 1 pun rasanya takde yang menangis bagai nak rak tahun ni..hehe

Paling seronok, bila takde pemantauan dari pegawai2 PPD atau JPN la..hehe tapi belum selamat pun. Bila2 masa depa boleh jenguk sekolah. Cumanya rasa lega bila hari pertama depa tak datang serbu sekolah. Ada sekolah member KH, seawal 7.30 tu depa dah muncul dan hanya balik pada jam 1.30 petang. Hampir 10 kelas jugak depa masuk untuk observe guru mengajar. huhu kecuuutt!

Satu cerita yang KH nak kongsi, yang mungkin boleh jadi peringatan kepada parents supaya jangan ambik mudah dengan urusan sekolah anak2. Pada hari Khamis lepas, masa tu dah tamat waktu sekolah dah. Keluar dari kelas Tahun 6, KH pegi toilet kejap. 

Keluar dari toilet, masa nak naik tangga tetiba tanganku dipegang dan bila toleh, ada seorang murid perempuan tengah nangis beria. Basah dah muka dia dengan airmata. KH tanya kenapa? Dia jawab, ayah dia tak datang ambik dia. Ayah dia suruh naik van, tapi kawan2 bagitau van dah tamatkan perkhidmatan dah.

Bila tanya cikgu2, ada sorang cikgu ni bagitau, bukan van tu dah tamatkan perkhidmatan tapi van tu akan beroperasi minggu depan. Haik!cemana ayah dia taktau lak van tu masih beroperasi ke tidak?Haduii haru betul la. Sepatutnya parents budak tu sah2kan betul2 dulu perkhidmatan van tu. Ni sesuka hati je suruh anak dia balik dengan van.

Terus KH tanya dia ada nombor telefon ayah atau mak dia tak. Mujur dia hafal nombor hp ayah ngan mak dia. Mula-mula KH call ayah dia, tapi tak dapat. Maybe ayah dia off hp waktu kerja. Tapi mustahil off kan. Mati kot..huhu

Then, KH call pulak mak dia. Dapat tapi tak berangkat. Dekat 10 kli gak la KH call tapi tak berangkat jugak. KH tanya dia tinggal kat mana?Dia kata tinggal kat pekan Jaya Gading. So tak jauh mana la. Mak dia bukak saloon dia kata. Pahtu ada sorang cikgu menyampuk, 'patut la rambut awak cantik'..hehe

KH terus decide hantar je dia balik rumah sambil nak gi isi minyak kat Jaya Gading tu. Suruh dia gi ambik beg sekolah dia, KH tunggu budak tu datang semula ke bilik guru then hantar dia balik.

Selesai lah tanggunggjawab hari tu..huhu agaknya mak dia tengah sibuk buat facial or gunting rambut customer kot tu yang tak dapat jawab call kan..huhu

Apapun, keselamatan anak-anak kena utamakan. Mana boleh harapkan anak yang baru darjah 3 tu naik van tanpa tahu terlebih dahulu bila van tu beroperasi. Dibuatnya budak balik jalan kaki sorang2 cemana? Kalau jadi apa2 menyesal seumur hidup nanti.

Yang tak bestnya, bila jadi apa2 kat anak2.. Senang je datang nak serang sekolah. Tanpa usul periksa terus nak buat report polis la...hantar surat layang kat PPD la..huhu cemana mereka fikir agaknya? Tak terfikir langsung ke nak datang jumpa dengan cara baik dan berbincang dulu. Tahu sebab sebenar dulu then barulah ambil tindakan.

Harap2 tahun ni takde lagi kejadian yang tak sepatutnya berlaku akibat dari sikap angkuh parents. Kita semua manusia, tetapi jika ada kerjasama. InsyaAllah kesilapan dapat dibetulkan dengan cara yang baik. Hubungan pihak sekolah dengan parents pun akan bertambah kukuh. Kalau asyik nak saman sekolah je cemana?huhu




Saturday, January 7, 2012

NASIB BAIK PANDAI PILIH TEMPAT NAK MERAGAM!

Salam 'alaikum dan Salam Sejahtera..

Ni bukan nak cerita pasal anak meragam ke pe nih..Bukan jugak KH yang meragam..hehe udah tua dah, tak koser den nak meragam.

Al-kisahnya last week, masa kat cyberjaya, on the way nak ke Saba' Restaurant konvoi ramai2 dengan abang KH dan familinya untuk kenduri nasi arab..hehe. KH dengan adik KH si Puteri Pisces sampai dulu, so kitorang decide nak solat dulu kat Petronas Cyberjaya memandangkan dorang pun lambat lagi sampai. Ada orang sangkut kat Low Yat lagi, terkena racun Toshiba Libretto..huhu

Siap ada orang sesat2 lagi..haha punya la lama kami tunggu. Masa tu kereta KH ok lagi. Tengok minyak tinggal 2 bar je lagi. So, kitorang decide isi minyak dulu senang tak payah susah2 nak cari stesen minyak dah bila nak balik esok.

Pegi la isi minyak dengan macho nya..haha..Siap isi minyak, start enjin kereta tak hidup.. Haiyyyaa!!awat ni?Dah bagi minum pun meragam gak ke?!..Try start again and again tak jugak dia nak hidup. Dapat agak kalau bunyi cem itik tersedak tapai gitu enjin dia mesti battery kong dah ni. Dua hari lepas masa start tu dah ada aura2 cem tersedut2 je enjin dia, tapi ku buat dunno je!huhu padan muka..

Nasib baik meragam betul2 kat stesen minyak. Kalau mati tengah jalan cemana?haduuiii. So, kitorang bagitau abang dan dia suruh tunggu sebab dia almost nak sampai dah. KH cuba tanya pekerja Petronas kalau dorang ada jual batteri kereta. Dan nasib menyebelahi KH, ada battery kereta jenama Century dan memang ada lagi stok untuk kereta Myvi dan kancil..alhamdulillah!

So kerja2 memasang battery tu sudah tentulah tidak dibuat oleh KH..hehehe. Sapa yang buat?

Ni haa..abang KH ngan suami sepupu kakak ipar KH yang kebetulan isi minyak
kat situ. So, dia tolong sekali..KH tolong tengok jerr!hihi


Ni kena abadikan jugak..hehe muka poyo campur bangga dapat
bergambar kenangan di sisi bateri yang baik hati..haha


**Pesanan utk diri sendiri: 
Lain kali kalau bateri tu dah macam lemah dah terus tukar! Jangan nak tunggu2!Kedepik!!

Friday, January 6, 2012

2012 ITU OREN

Salam 'alaikum dan salam sejahtera..

Lembaran blog 2012 yang dah terlewat dibuka ni..hehe..dimulakan dengan entry contest. Minggu pertama persekolahan ini banyak yang perlu disettlekan sampaikan nak blogging pun tak sempat sangat.

Tambahan pulak bos lama dah bertukar dan bos baru ni baru tahun ni memegang jawatan dalam Hal Ehwal Murid. Jadi, banyak yang perlu KH bantu beliau terutama dalam bab2 filing dan borang2 bantuan. Mau tak pening, beliau datang2 je terus kena uruskan agihan duit bantuan KWAPM dan biasiswa Yayasan Pahang. Selasa minggu depan dah nak kena agihkan kepada penerima bantuan..huhu

Alhamdulillah, pengalaman lepas2 banyak membantu KH untuk memudahkan kerja2 beliau. Nanti kita sambung lain kali cerita persekolahan ni ye..hehe kita bali semula ke pangkal jalan.


Setelah digeledah gerobok gambar-gambar
Terjumpalah jugak gambar yang KH kira sesuai untuk join contest
yang dianjurkan oleh sahabat blogger yang stylo de vass
Sapa lagi kalau bukan Jo Qusary


Contest ni akan berakhir pada 8 Januari 2012, jam 12.00 tghmalam

Tajuk entry: 2012 Itu Oren

Apa saja gambar korang yang korang rasa ada gabungan jiwa antara
warna oren dan tahun 2012
Kalau nak tahu syarat2 contest ni, boleh klik link kat atas ek



~Se'oren' harapanku di tahun 2012 ini~