Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, January 17, 2012

Bila Tengok Kesedihan Mereka..Terasa Diri Ni Sangat-sangat Beruntung..


Bila baca keluhan rakan seperjuangan KH di Sarawak ni, rasa sedih sangat. Sebab suatu ketika dulu KH juga berada bersama mereka. Di hantar ke Bumi Kenyalang untuk mencurahkan bakti kepada ummat Nabi Muhammad di sana..

Namun, KH jauh lebih beruntung kerana dapat bertukar balik ke Semenanjung lebih cepat dari yang dijangkakan. Bayangkan KH ke sana tahun 2005 mengikuti KPLI berasaskan sekolah untuk Program j-QAF dan 2006 posting di sekolah yang sama. Awal tahun 2007 KH dapat balik Semenanjung hanya kerana ada guru yang nak bertukar suka sama suka. Dan dia mencari Kohort 2005 yang mengajar BA. Maka seorang sahabat menyampaikan berita dan bertanya samada KH nak tukar ke tak?

Macam orang kata, "bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal", KH terus bagi persetujuan. Orang kata kalau dah memang rezeki kita, segalanya mudah dan lancar sahaja. KH emelkan surat permohonan pertukaran suka sama suka kepada ustaz tersebut, dan masa cuti hujung tahun 2006, KH dapat surat pertukaran ke Kuantan.

Balik dengan bersyarat iaitu segala perbelanjaan penerbangan dan penghantaran barang ditanggung sendiri, KH tak hiraukan dah berapa duit yang habis untuk shipping kereta dan pos barang2 melalui pos. Sebab nak barang tu cepat sampai.

Kalau ikutkan, sayang nak tinggalkan bumi Lundu. KH selesa berada kat sana. Tak terasa berada jauh, macam duduk kat tempat sendiri. Rakan2 sekerja sangat akrab dan masyarakat kampung pun sangat baik.

KH tau, bila baca berita kat atas, mesti pelbagai tanggapan yang akan timbul. Ada yang akan bersetuju dengan mereka dan rasai kesengsaraan mereka. Dan semestinya yang mengeji pun ada. Ada yang akan cakap "alah dah jadi cikgu, mestilah kena sanggup mengajar kat mana2 pun"... "banyak songel betul cikgu2 ni"... "Macam la dia sorang yang susah".

Just letak diri kita sekejap di tempat mereka, seingat KH, kitorang yang kohort pertama j-QAF ni memang diberitahu kitorang takkan dapat pindah selama 6 tahun iaitu sampai murid tahun 1 tahun 2005 sampai ke tahun 6. Bermakna selepas tahun 2010 mereka ini akan ditukarkan balik ke Semenanjung dan guru j-QAF baru bakal menggantikan tempat mereka.

Namun, hanya beberapa orang saja yang berjaya dalam permohonan pertukaran. Tahun ni pun, yang bertukar dari Sabah dan Sarawak hanya beberapa kerat je. Bayangkan rakan KH terpaksa membesarkan anak-anak dengan bantuan rakan serumah. Rakan2 serumah yang banyak menolong untuk menguruskan anak2. Kalau kita terpaksa harungi sorang2 gitu, sedih tak?

Sahabat baik KH yang bertugas di Sabah, sudah 8 tahun di sana. Kata namanya naik untuk pertukaran tetapi bila keluar senarai nama bertukar, nama dia tak ada pun. Mungkin alasannya kerana dia bujang? Dan tempat dia digantikan oleh orang lain?

Memang dia sedih sangat kerana ibu di kampung sendirian menjalani hidup. Mana dapat dia tenang di sana bila ingatkan ibu yang sentiasa sakit lutut dan sendirian di kampung? Kalau kita boleh ke kita bertenang?

KH bukan nak sembur sapa2 pun. Sekadar teringin nak bagi gambaran jelas keadaan mereka. Rasanya kalau tak kerana pertukaran suka sama suka dulu, KH pun masih di sana dan belum nak balik kot..huhu. Itu KH, tapi bukan mereka yang ada keluarga di Semenanjung. Sangat sedih bila ada isteri yang diceraikan suami hanya kerana isteri berjauhan di Bumi Kenyalang dan suami sudah tidak sanggup menunggu..huhu

Mereka dah sehabis daya berkhidmat KH rasa. Sahabat KH di Mukah sana, siap bawak anak murid tidur di rumah semata2 nak celikkan dorang dengan Al-Quran. Tak sampai setahun dorang dah tamat Iqra' dan sudah boleh membaca Al-Quran.

Semoga masalah mereka ni, diberi perhatian yang sewajarnya. Yang ada kabel takde masalah. Yang takde kabel memang sampai bila2 la tak tukar kot..huhu


**Eh!rasa macam jadi wartawan lak..huhu. Ni sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat sahaja. Tidak berniat apa-apa. Sekadar rasa belas kepada saudara sendiri.



13 comments:

eelobor said...

cuma mampu bersimpati dengan nasib rakan2 seperjuangan akak.

Kalamhati said...

>>eelobor:
tu la..kakchik pun hanya mampu lahirkan rasa simpati je

Ayen... said...

bersyukur itu penting...kita susah,kena ingat bahawasanya ade lagi yg lagi susah...huhu.

Unknown said...

syukur sgt leh keje kelantan..jarak sekentut dr umah lak tu

Izan Ishak said...

izan pun ada kawan yg bertugas di sarawak... tau kisahnya pun dari FB. anaknya di semenanjung dijaga oleh kakaknya. suaminya pula di kelantan. hanya mereka yg lalui situasi ni aje yg tahu betapa peritnya berjauhan dgn insan2 tersayang...

mujurlah akak dapat bertukar ke semenanjung lebih awal ye.

Eyeme said...

uih...nasib baik awak dah kat sini kan aunty..kalau x, nenek shaye mesti bising2 duit dia abes nak suruh awak balik sini..kihkihkih!



*maujadiisujapgiayatni*

aizamia3 said...

walau ai tak mengalami situasi macam tu tapi naluri seorang ibu buat rasa sedih bila lihat mereka berjauhan dari keluarga sendiri..

kurus said...

aduuh sedih wan bila ieda baca luahan hati wan nie
yelahh hanya yg merasa akan merasai sedih bila x dpt balik ke negeri asal .. dpt balik semenanjung punn dah ok kan ..

hurmmm di harap cikgu2 itu semua banyak bersabar dan berharap pihak2 berawajib ini memberikan perhatian serius akan hal ini ..

insyaallah wan .. kita doakan bersama2 utk mereka teman2 wan ..

aliza said...

yuppp.. guru2 agama memang susah nak tukar.. JQaf ke , agama ke macam dianaktirikan bab tukar2 nie,.. sebabnya, ramai yg asal dr terengganu n klantan,.. mungkin ada pihak x mo ramai bijak pandai agama balik negeri, takut ngan bayang2 sendiri la tuh.. akibatnya kawan akak kira suami isteri weekend je lee...

~izan~ said...

uishh kak,baru td kwn izan hntr adik dia ke airport dpt posting ke sabah..patut la mak dia sedih sgt..kalau cmni la gayanya,simpati betul izan pd mereka.semoga masalah ini bertemu penyelesaian...

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu..sedihnya..klu mnegalami situasi mcm ni..

Unknown said...

ifa pon terase

slalu risau jauh keje

tapi entahla

ade org lg malangkan kak

whitecappuccino said...

kesiannya mereka..lama tu.