Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, January 7, 2012

NASIB BAIK PANDAI PILIH TEMPAT NAK MERAGAM!

Salam 'alaikum dan Salam Sejahtera..

Ni bukan nak cerita pasal anak meragam ke pe nih..Bukan jugak KH yang meragam..hehe udah tua dah, tak koser den nak meragam.

Al-kisahnya last week, masa kat cyberjaya, on the way nak ke Saba' Restaurant konvoi ramai2 dengan abang KH dan familinya untuk kenduri nasi arab..hehe. KH dengan adik KH si Puteri Pisces sampai dulu, so kitorang decide nak solat dulu kat Petronas Cyberjaya memandangkan dorang pun lambat lagi sampai. Ada orang sangkut kat Low Yat lagi, terkena racun Toshiba Libretto..huhu

Siap ada orang sesat2 lagi..haha punya la lama kami tunggu. Masa tu kereta KH ok lagi. Tengok minyak tinggal 2 bar je lagi. So, kitorang decide isi minyak dulu senang tak payah susah2 nak cari stesen minyak dah bila nak balik esok.

Pegi la isi minyak dengan macho nya..haha..Siap isi minyak, start enjin kereta tak hidup.. Haiyyyaa!!awat ni?Dah bagi minum pun meragam gak ke?!..Try start again and again tak jugak dia nak hidup. Dapat agak kalau bunyi cem itik tersedak tapai gitu enjin dia mesti battery kong dah ni. Dua hari lepas masa start tu dah ada aura2 cem tersedut2 je enjin dia, tapi ku buat dunno je!huhu padan muka..

Nasib baik meragam betul2 kat stesen minyak. Kalau mati tengah jalan cemana?haduuiii. So, kitorang bagitau abang dan dia suruh tunggu sebab dia almost nak sampai dah. KH cuba tanya pekerja Petronas kalau dorang ada jual batteri kereta. Dan nasib menyebelahi KH, ada battery kereta jenama Century dan memang ada lagi stok untuk kereta Myvi dan kancil..alhamdulillah!

So kerja2 memasang battery tu sudah tentulah tidak dibuat oleh KH..hehehe. Sapa yang buat?

Ni haa..abang KH ngan suami sepupu kakak ipar KH yang kebetulan isi minyak
kat situ. So, dia tolong sekali..KH tolong tengok jerr!hihi


Ni kena abadikan jugak..hehe muka poyo campur bangga dapat
bergambar kenangan di sisi bateri yang baik hati..haha


**Pesanan utk diri sendiri: 
Lain kali kalau bateri tu dah macam lemah dah terus tukar! Jangan nak tunggu2!Kedepik!!

15 comments:

Jo Qusary said...

Nasib baik kat stesen minyak... kalo kat hutan camne, hehehe

Kalamhati said...

>>JO:
huhu tu la..kalu semput kat Karak nun..huhu nayaa je

IMANSHAH said...

mujo saya selalu cek dengan honda..depa yg habaq suh tukaq saya tukaq la

Kalamhati said...

>>Imanshah:
baru jah gi servis aritu..takdok pulok oghe perodua oyak pasal battery dah weak..huhu

atuk said...

Assalamualaikum KH

Alhamdulillah
Allah permudahkan KH

MOH KEMBARA said...

Salam Cikgu,

Memang bernasib baik tuh. Yg tolong buat pun sedara sendiri. Kalau kena Mamat solo, mau dpt nombor handphone dan ehem, ehem,...

Melor said...

saya baca tampalan ini

Salwa said...

Nasib baik kat situ. Kalo tengah2 highway kn susah.

whitecappuccino said...

hikhik..sekali sekalo nok test power..mula2 wat hal di stesen minyak dulu..kira bagus jgak tu.

Nur-nba said...

Memang bernasib baik.. kalau kat tengah2 highway tak ke haru..

ieda said...

adoii nasib baikk wan ada sepupu yg tolong , huhu duk bayangkan kalau sendirian .. dan kena lak kat tgh2 jalann .. huwaaaaaaaa

Niena Pengembara Ilahi said...

tu la, kna slalu cek bateri tu.. tips, cek awal pgi sblum start enjin keta..bateri akan lebih tahan lma... hmmmm, wajah baru blog nie :D hehehehehe lmo xsinggoh

Rina Rossoneri said...

nasib baikkk bukan kat tepi jalan.. saya sejak kecik selalu je bersama dengan kereta rosak tepi jalan.. huhhhhhhhhh

❤ eyeme ❤ said...

weh la..gambar koi xdek..cis..wat entry lain..hihihi..


p/s: satu lg lupa mentioned..cik kh x pandai bace battery.. nombor plus belah kanan..haha

Izan Ishak said...

bagus juga kete akak pilih tempat nak majuk ye. senang nak cari bantuan.

ingat lagi pada kete kancil kami yg baru tukar bateri, ada plak mamat yg pegi curi bateri kong tu siang2 hari. kalau jual ada nilai ke...ntah apa2 lah...