Sekadar hiasan (kredit utk hadzmanfadzil.com)
Alhamdulillah selesai sudah minggu pertama persekolahan. Tak banyak masalah kat sekolah KH. Murid-murid Tahun 1 pun rasanya takde yang menangis bagai nak rak tahun ni..hehe
Paling seronok, bila takde pemantauan dari pegawai2 PPD atau JPN la..hehe tapi belum selamat pun. Bila2 masa depa boleh jenguk sekolah. Cumanya rasa lega bila hari pertama depa tak datang serbu sekolah. Ada sekolah member KH, seawal 7.30 tu depa dah muncul dan hanya balik pada jam 1.30 petang. Hampir 10 kelas jugak depa masuk untuk observe guru mengajar. huhu kecuuutt!
Satu cerita yang KH nak kongsi, yang mungkin boleh jadi peringatan kepada parents supaya jangan ambik mudah dengan urusan sekolah anak2. Pada hari Khamis lepas, masa tu dah tamat waktu sekolah dah. Keluar dari kelas Tahun 6, KH pegi toilet kejap.
Keluar dari toilet, masa nak naik tangga tetiba tanganku dipegang dan bila toleh, ada seorang murid perempuan tengah nangis beria. Basah dah muka dia dengan airmata. KH tanya kenapa? Dia jawab, ayah dia tak datang ambik dia. Ayah dia suruh naik van, tapi kawan2 bagitau van dah tamatkan perkhidmatan dah.
Bila tanya cikgu2, ada sorang cikgu ni bagitau, bukan van tu dah tamatkan perkhidmatan tapi van tu akan beroperasi minggu depan. Haik!cemana ayah dia taktau lak van tu masih beroperasi ke tidak?Haduii haru betul la. Sepatutnya parents budak tu sah2kan betul2 dulu perkhidmatan van tu. Ni sesuka hati je suruh anak dia balik dengan van.
Terus KH tanya dia ada nombor telefon ayah atau mak dia tak. Mujur dia hafal nombor hp ayah ngan mak dia. Mula-mula KH call ayah dia, tapi tak dapat. Maybe ayah dia off hp waktu kerja. Tapi mustahil off kan. Mati kot..huhu
Then, KH call pulak mak dia. Dapat tapi tak berangkat. Dekat 10 kli gak la KH call tapi tak berangkat jugak. KH tanya dia tinggal kat mana?Dia kata tinggal kat pekan Jaya Gading. So tak jauh mana la. Mak dia bukak saloon dia kata. Pahtu ada sorang cikgu menyampuk, 'patut la rambut awak cantik'..hehe
KH terus decide hantar je dia balik rumah sambil nak gi isi minyak kat Jaya Gading tu. Suruh dia gi ambik beg sekolah dia, KH tunggu budak tu datang semula ke bilik guru then hantar dia balik.
Selesai lah tanggunggjawab hari tu..huhu agaknya mak dia tengah sibuk buat facial or gunting rambut customer kot tu yang tak dapat jawab call kan..huhu
Apapun, keselamatan anak-anak kena utamakan. Mana boleh harapkan anak yang baru darjah 3 tu naik van tanpa tahu terlebih dahulu bila van tu beroperasi. Dibuatnya budak balik jalan kaki sorang2 cemana? Kalau jadi apa2 menyesal seumur hidup nanti.
Yang tak bestnya, bila jadi apa2 kat anak2.. Senang je datang nak serang sekolah. Tanpa usul periksa terus nak buat report polis la...hantar surat layang kat PPD la..huhu cemana mereka fikir agaknya? Tak terfikir langsung ke nak datang jumpa dengan cara baik dan berbincang dulu. Tahu sebab sebenar dulu then barulah ambil tindakan.
Harap2 tahun ni takde lagi kejadian yang tak sepatutnya berlaku akibat dari sikap angkuh parents. Kita semua manusia, tetapi jika ada kerjasama. InsyaAllah kesilapan dapat dibetulkan dengan cara yang baik. Hubungan pihak sekolah dengan parents pun akan bertambah kukuh. Kalau asyik nak saman sekolah je cemana?huhu
11 comments:
lamer x dtg cni, makin cantik blog nie!
haishhh camne leh tak alert bab2 anak ni adoiii
setiap anak lain2 ragamnya..huhu
anak tu anugerah dan tanggungjawab.bukan senang nk jg anak.suak2 hati je biar anak camtu.mereka ni lupa, dgn sikit kecuaian mcm2 kes buruk blh terjadi..huhu
biaselah,awal2 persekolahan
>>Ayuni:
thanks sis!=)
>>Lela:
tu la pasal..nasib bdk tu pndai gi cari cikgu
>>kak ariana:
btul tu kak..tho sy blum ada anak..tp dah biasa ngan ragam anak2 sedara..so cepat fhm perangai bebudak ni
>>LM:
btul tu dik..jgn dah terhantuk baru nak terngadah..nnt sesal kemudian takkan ada gunanya kan..huhu
>>Wan:
ha'ah..awal2 ni mmg akan byk masalah yg timbul
harap2 ibu bapa lebih prihatin urusan berkenaan anak2 ni...
bukan anak2 aje yag ada macam2 ragam. mak bapa pun lebih kurang juga. camna boleh cakap camtu pada anak. susah betul kalau jadi apa2 nanti kan...
izan ni si naufal balik lewat dekat pukul satu dari tadika pun dah rasa kecut perut... alhamdulillah semuanya selamat...
Post a Comment