Baru lepas bersyahdu-syahduan tengok drama Tasbih Putih kat Astro Prima. Drama terbaekk bagi KH. Menginsafkan dan buat kita rasa nak sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Nak sentiasa zikrullah supaya kita sentiasa hidup di sisi Allah. Kerana orang yang tidak berzikir kepada Allah seolah-olah dia mati di sisi Allah.
Bi'ah (environment) yang baik memang sangat mempengaruhi hidup kita. Baik environment sekeliling kita maka hati kita pun akan sentiasa jinak untuk mengingati Allah..untuk berubah menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Environment keliling kita sangat mempengaruhi utk jadikan siapa kita dan untuk kita jadi siapa (pening ke ayat ni?)
Kisah ni boleh menjadi tauladan dan panduan kepada ibu bapa yang buntu cemana nak lembutkan hati anak yang keras dan sentiasa melawan. Ubatnya hanya satu, dekatkan diri anak dengan Al-Quran. Dalam cerita ni ayah dan mak budak tu ambil solution dengan menghantar anak dia ke pondok agar anak dorang berubah jadi anak yang soleh dan tidak lagi jadi hamba dadah.
Orang yang keras hatinya, bila sentiasa didekatkan dengan zikrullah dan ayat2 Al-Quran pasti akan lembut hatinya dan akan tunduk nafsu ammarah dia. Bukankah tepat dengan maksud firman Allah: "Tidakkah dengan mengingati Allah hati akan tenang"..
Orang yang keras hatinya, bila sentiasa didekatkan dengan zikrullah dan ayat2 Al-Quran pasti akan lembut hatinya dan akan tunduk nafsu ammarah dia. Bukankah tepat dengan maksud firman Allah: "Tidakkah dengan mengingati Allah hati akan tenang"..
Sesungguhnya janji Allah benar, jika kita bersangka baik dengan Allah..Allah akan sentiasa pelihara kita dari fitnah manusia. Dan jika kita ikhlas membantu insan lain ke jalan Allah, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan hidup kita dan pengakhiran hidup pun husnul khatimah (pengakhiran yang baik)
Betul la kan, kita dituntut untuk mencari ilmu Allah sebanyak mana yang kita mampu. Sentiasa bercampur dengan orang2 yang sentiasa mengingati Allah..menjaga tanggungjawab sebagai hamba agar kita juga cenderung ke arah itu.
Tengok drama ni, terasa rindu untuk menghadiri kuliah2 agama dan usrah macam waktu study dulu. Sungguh rasa rindu untuk kembali saat tu..di mana peluang untuk menambah ilmu sentiasa terbuka. Berjemaah di surau kolej..merapatkan ukhwah dengan berusrah.. Berjalan ke masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah.
Masih hidupkan surau kolej dengan solat jemaah? Atau hanya tinggal beberapa kerat je..surau2 kolej hanya penuh waktu bulan Ramadhan je atau sentiasa penuh? Masih adakah rakan2 sebilik yang berjemaah di hall bilik? Sungguh KH rindu saat2 tu..hmm
KH masih bersyukur kerana kat sini Allah masih bagi peluang untuk KH mendengar tazkirah2 dari corang pembesar suara asrama sekolah sebelah ni..sentiasa dengar alunan zikrullah yang mengingatkan diri ni supaya ikut berzikir.. yang sentiasa mengejutkan diri ini dari tidur tatkala bergemanya lafaz azan Subuh. Alhamdulillah..
Jauh di sudut hati, KH mohon dari Allah supaya kurniakan KH seorang suami yang rajin bersolat jemaah atau sekurang2nya mampu menjadi imam solat kami nanti. Bukan setakat bijak dalam ilmu keduniaan sahaja.
Semoga Allah kabulkan.. amin
**Maaf entry ni agak meleret..Juz meluahkan apa yang dirasa pada saat ni utk ingatan diri sendiri. Insaf melihat insan yang mampu jadi hamba yang baik dan taat serta sabar dalam menghadapi ujian Allah.
12 comments:
bila baca entry kakcik..
ayu rasa rugi sangat sbb tak layan drama tu..
tapi syukur bila kakcik syer dgn ayu.
nyata kita masih tergolong dlm golongan orang2 y sentiasa diberi peluang
aisehhh x tengok..xpe2 esok mesti dah ada dlm MMF
semenjak buka sekolah takde masa nak tgk tv..huhu
Sekarang ni banyak drama berunsur keislaman di sana sini. Cuma tak larat nak tengok program setiap channel, nasib baik dapatlah tengok yang bagus..
harap bila ada ulangan nanti dapat tengok.. kan dah ada strong commend dari KH..
Che Mid dah kembali berjemaah di surau berdekatan dan mula menghadiri kelas setelah terhenti selepas melahirkan Deeja. Semoga Allah kuatkan hati Che Mid kerana terpaksa mengawal deeja yang semakin lasak sambil menghadiri majlis ilmu.
tertengok bola la semalam.... huhuhuhu
tk tgk pon kak
bizi
betul ayu..kakcik pun kebetulan je tertekan channel prima tu..drama tu baru nak mula..
huhu alhamdulillah Allah sentiasa dekat dgn kita
huhu mesti dpt tgk nnt..=)
huhu demo oghe kuat skolah mesti bizi..ambo mlm2 dan lg nok tgk smbil berehat
ha'ah che mid..byk dah drama yg lbh Islamic..yg bleh jd pengajaran kpd kita..
alhamdulillah..sy selalu teringin nak berjemaah tp nak pegi sorang2 tak brape berani..surau kuarters ni dah tak berfungsi plak..thn lps ada jugak jemaah waktu maghrib ngan Isyak
huhu takpo nati tgk smula2 kalu ado ulangan
takpe iffah dulu kan yg penting dulu..=)
Post a Comment