Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, January 31, 2011

DISLEKSIA..

Salam 'alaikum..

Masih dalam mood 'touched' dan syahdu..huhu Kalamhati tengah siapkan tugasan sambil menonton drama Disleksia di Ria. 

Cerita yang sangat menarik. Menyelami masalah yang dihadapi oleh budak yang menghidap disleksia. Sebenarnya ramai parents yang tak sedar ada anak mereka yang menghidap penyakit ni. Bila anak tak pandai baca dalam tempoh yang lama, tak ada tindakan pun. Hanya biarkan saja sampailah anak-anak tersebut dah jauh ketinggalan.

Disleksia ni bukan merupakan kecacatan fizikal atau mental. Mereka yang menghidap disleksia mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak ada masalah penglihatan dan pendengaran. Jika tidak takkan lahir pelukis tersohor seantero dunia Leonardo Da Vinci, hero kegilaan ramai wanita, Tom Cruise dan ramai lagi. Ye tak?

Bagi mendapatkan definisi tepat dan huraian tentang Disleksia ni. Kalamhati sempat jenguk Inchik Wikipedia. Ini definisi dan ciri-ciri penghidap Disleksia yang dijelaskan.

Sunday, January 30, 2011

CERITA BAS LA PULAK.. MAKLUMLAH CUTI DAH BERMULA


Salam 'alaikum..

Selamat berhujung minggu..Hujan kat luar bagai mengulit-ulit mata ni..huhu tapi kena bangun gak pagi tadi sebab perlu menghantar my sis naik bas balik kampung..

Sempena CNY ni memang ramai yang balik kampung. Yang dah mula bercuti since semalam lagi pun ada. Tiket bas memang sold out! Masa Kalamhati beli tiket hari tu, kebanyakan tiket dah sold. Nasib baik ada tiket pagi ni dapat la my sis balik. Tapi sekolah belum mula bercuti lagi. Yang pasti diriku tak balik kampung..uwaaa

Nampak tak siapa kat tepi bas tu? Pakai baju biru gelap tu..Mesti kenalkan?hehe Abam JPJ kita. Sekarang ni memang dorang buat operasi habis-habisan. Baguslah macam tu. Time musim perayaan ni dorang perlu pantau keadaan bas-bas ni whether dalam keadaan ok ke tak? Masa Kalamhati snap pic ni, Inchik JPJ tu tengah check bunga tayar bas tu.. 

Kalamhati terdengar ada seorang penumpang kat lane sebelah tanya drebar bas boleh tak dia nak turun dekat Raub (bas tu ke KL)..Drebar tu dengan konfidennya jawab tak boleh berhenti langsung dekat mana-mana sekarang ni.. Even dekat bus stop tertentu yang biasa bas berhenti pun tak dapat dah..Kalau nak berhenti kena turun kat Pekeliling dan ambil tiket lain ke Raub. If tak puas hati, dia kata boleh buat aduan ke JPJ sendiri.. Dorang je yang ada jawapan kenapa bas-bas dah tak boleh berhenti turunkan penumpang di bus stop. 

Drebar tu kata dah banyak kali dah bas-bas kena saman.. Dah tak tahan dah nak bayar saman hanya kerana drop penumpang sekejap kat bus stop. Kalau tak percaya dia boleh tunjuk bukti. Then dia masuk bas amik sekeping kertas dan serah ke budak tu suruh baca akta akta terbaru dari JPJ .. So budak tu dengan muka sedihnya mintak drebar tu tunggu jap, dia nak pi beli tiket ke Raub plak. Drebar tu kata takpe. Dia akan tunggu. Kesian kot sebab budak tu masih sekolah. What if waktu dia takde duit langsung dah. Memang kesian la..huhu

So, apa pendapat korang? Logik tak penguatkuasaan undang-undang ni. Semua bas tak boleh drop penumpang kat mana-mana even di bus top sekalipun. Means yang nak berhenti di mana-mana bus stop berdekatan dengan rumah atau tempat belajar macam student UIA yang nak berhenti dekat Greenwood, tak dapat dah. Perlu turun di Pekeliling juga.

Drebar tu kata sepanjang 15 tahun dia bawal bas, inilah undang-undang yang paling tak logik dikuatkuasakan. Sebab bus stop tu kan memang tempat bas berhenti. Bukan nak berhenti merata-rata. Maybe pihak JPJ ada alasan kukuh kenapa mereka berbuat demikian. Cuma terfikir, macam tak pernah dengar pulak dorang war-warkan pasal ni. If war-warkan awal-awal maybe orang ramai tahu dan bersedia. Terutama yang anak-anak baru je belajar naik bas untuk ke sekolah berasrama di daerah atau negeri lain.

Kalamhati agak tidak bersetuju...Tapi maybe korang ada pendapat yang lebih konkrit tentang hal ni yang boleh yakinkan Kalamhati kot..Ada berani?hehe

Saturday, January 29, 2011

AL-KETAM TELUR MASIN..



Salam 'alaikum..

Malam ni menu dinner gempak sikit sebab belanja orang Putrajaya yang teringin nak makan ketam goreng telur masin..

Kalamhati suka sebab telur masin dia taklah masin sangat.. Elok2 je.. Abangku lah yang introduce kedai ni, terus seleraku melekat kat sini.. Tomyam dia.. Pergghh!Best wa cakap sama lu!hehe

Pernah makan tak ketam goreng telur masin ni? Sedaaaap!hehe

Thursday, January 27, 2011

ROTIBASI!EH MOTIVASI..

Pakar motivasi ni seorang doktor (falsafah)..Dia sedang bacakan doa sambil
diikuti oleh murid-murid apa yang didoakan..Panjang doa dia..hampir setengah jam
murid tadah doa..Siap dia suruh murid hafal ayat penerang hati (surah ar-Rahman ayat 1-5)


Salam 'alaikum..

Pagi tadi kan, ada seorang cikgu tu dengan semangat sekali berjalan nak pergi mengajar kat kelas Tahun 6. Guru yang menepati masa dan dedikasi la kononnya..Sampai-sampai je kat kelas..HAIKKK!!Mana pergi budak-budak ni semua? Nak kata belum naik dari assembly, tak ada assembly hari ni sebab hujan membasahi bumi..

Tiba-tiba saja cikgu itu gelak sendiri..nasib baik takde orang nampak..hehe..memang la budak-budak ni takde..sebab dorang pegi ke dewan tertutup. Hari ni ada motivasi daaa..Chekgu itu terlufer..Maka dengan muka yang tak rasa bersalah langsung pun, cikgu tu buat u-turn plus kona baring sikit turun tangga pegi ke dewan..al-kisah cikgu tu habis di situ..hehehe

Teringat zaman persekolahan dulu..kitorang tak panggil motivasi tapi rotibasi..hehe macam-macam istilah kan..tapi diriku memang suka ikut motivasi..Rasa macam bersemangat gitu sebab motivator yang sampaikan motivasi kan biasanya enthusiastic gitu kan..

Lepas pergi dewan Kalamhati masuk ke kelas tahun 6 yang last sekali..Ada dalam 7 orang murid yang tak join motivasi..Motivasi ni kena bayar RM15 seorang. Bila tanya kenapa join motivasi?..Ada muridku yang bertuah sorang tu tanya balik, "Motivasi tu ada makan-makan tak ustazah? Kalau ada bagi free KFC ke kita nak masuk...kita bukan takde duit tapi boring la..kita suka kalau ada makan2"...aduss!!nak tergelak pun ada..rasa nak sekeh pun ada gak...Yang lain-lain semua jawab ''Tak best..malas nak join"..huhu

Betapa mereka ni taktau ke mana hala tuju merekan kan..Orang suruh pegi sekolah pegi la..Buku pun jarang dorang nak bawak..Kalamhati tak jadi nak ngajar sebab tak ramai sangat. So, berbual dengan dorang..Selami hati masing-masing..Sedih pun ada, mereka takde kesedaran langsung untuk belajar dengan lebih tekun. Dalam kepala hanya ingat nak main je. Rata-rata memang dari keluarga yang susah. Yang ditinggalkan oleh salah seorang ibu atau bapa. Ada juga yang dijaga oleh datuk. Mak Ayah tak tahu mana hilang..

Sekolah tak dapat paksa bila mereka taknak join motivasi. Sebab ni motivasi berbayar..Susah juga nak minta duit dari parents kan..Bising pula dorang nanti..Tu yang jadi optional tu. Yang sanggup bayar je join. Sekolah nak tanggung semua maybe tak termampu kot sebab lepas ni banyak lagi siri motivasi yang akan dianjurkan di bawah sponsor PIBG..Yang tu boleh lah dorang join.

Apapun, Kalamhati mendoakan anak-anak ini diberi petunjuk dan hidayah..diterangkan hati-hati mereka sepertimana Allah terangkan dunia ini dengan cahaya matahariNya..Diberi semangat untuk berjaya..cintakan ilmu dan rajin mengerjakan solat.. Risau melihat ada lagi murid Tahun 6 yang masih belum khatam Iqra'..huhu

Memetik kata motivator tu tadi, "murid yang berjaya biasanya murid ini boleh menguasai sifir (matematik) dan juga tahu membaca Al-Quran dan menghafal surah-surah lazim..Jika mereka menguasai keduanya, insyaAllah mereka ini murid yang akan berjaya".. Ada benarnya kan? Otak akan berfungsi dengan baik bila kita menghafal. Otak cerdas bila kita menghafal..Bila dah berkilat tu, ilmu2 lain pun senang masuk..

Apa kata anda?Kalau setuju sila angkat keyboard!hehe

Wassalam..


Wednesday, January 26, 2011

Limbo Rock!


Pheewiitt!(jd Abam Amy Search jap..hehe)..Penangan air ni memang menggetar jiwaku..hehe ayat!Ni jus apple campur asam boi campur limau nipis..Mana depa dapat nama Limbo rock tu taktau la..Limau+asam boi kot Limbo tu..hehe

Apa2pun yang pastinya korang kena cuba!hehe

Tuesday, January 25, 2011

ALAMAK!TERLUPA DAA..


Uhuhu diriku ini terlupa nak renew lesen memandu..Lewat sebulan dah..Adeh la..masa dekat2 nak abis hari tu ingat..Lepas tu tak ingat dah..hari ni teringat balik..Terus pergi renew tadi..huhu apalah diriku ini..

Korang pun mesti biasa tak perasan atau lupa bila lesen mati kan?kan?haa tu senyum tu..ye la tuu

Monday, January 24, 2011

UMP 1MALAYSIA: Transformasi Perkhidmatan Kesihatan (bukan UMP kat Pahang tu ye..hehe)

PUTRAJAYA: Kerajaan pada Isnin melancarkan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia yang dapat menghantar ubat kepada pesakit melalui perkhidmatan pos laju.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata melalui perkhidmatan itu, pesakit yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan ubat susulan, tidak perlu datang ke hospital untuk mendapatkannya kerana ubat boleh dihantar ke rumah, pejabat atau mana-mana destinasi pilihan pesakit.
Namun beliau menjelaskan perkhidmatan berkenaan lebih khusus bagi pesakit kronik seperti penghidap darah tinggi dan diabetes yang telah stabil dengan rawatan pengubatan dan mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap ubat yang dipreskripsikan oleh doktor kepada mereka sebelum ini.
Beliau berkata kos kiriman ubat akan ditanggung oleh pesakit sendiri iaitu RM3.50 bagi kawasan Putrajaya, RM5 bagi kiriman di Semenanjung Malaysia dan RM8 bagi Sabah dan Sarawak.
"Kos kiriman yang ditetapkan adalah minima berbanding dengan perbelanjaan tambang, minyak dan tol yang ditanggung jika pesakit perlu datang sendiri untuk mengambil ubat, terutama sekali bagi mereka yang tinggal jauh dari hospital atauKlinik Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan UMP 1Malaysia di Hospital Putrajaya di sini. Liow berkata pesakit tidak perlu bimbang dengan kaedah penghantaran ubat sedemikian kerana pihak hospital dan Pos Malaysia tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan ubat-ubatan dan telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga keselamatan ubat.
Beliau berkata hasil tinjauan yang dijalankan, mendapati 74.7 peratus pesakit berpendapat bahawa perkhidmatan itu memang diperlukan untuk memudahkan pengambilan ubat susulan.
Katanya projek perintis perkhidmatan tersebut dimulakan di Hospital Putrajaya pada Oktober 2009 dan sehingga Disember tahun lalu, seramai 1,054 pesakit telah menggunakan perkhidmatan itu.
"Bagi bulan ini sahaja, sebanyak 296 permohonan baru diterima. Memandangkan perkhidmatan tersebut mempunyai implikasi positif bagi kemudahan rakyat, ia telah diperluaskan ke 26 unit farmasi iaitu di semua hospital utama setiap negeri termasuk Hospital Selayang, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Klinik Kesihatan Luyang, Sabah.
"Perkhidmatan ini akan dikembangkan secara berfasa ke semua fasiliti lain. Sistem itu sudah ada. Ia hanya perlu diperkembangkan sahaja," katanya.
Mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Kesihatan, Liow berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat penilaian minggu ini.
Pengenalan perkhidmatan UMP 1Malaysia turut menyumbang kepada kejayaan KPI beliau (Perdana Menteri) iaitu 97 peratus (31.4 juta preskripsi) daripada sasaran 100 peratus preskripsi telah dibekalkan dalam masa tidak lebih daripada 30 minit, katanya.
Beliau berkata ini kerana pesakit lain yang datang ke hospital atau klinik secara tidak langsung mendapat faedah daripada segi pengurangan masa menunggu di bahagian farmasi untuk mendapatkan ubat. - BERNAMA
-----------------------------------------
Satu perkhidmatan yang sangat bagus..Sangat sesuai untuk golongan warga emas yang tak mampu nak berulang alik ke hospital untuk sambung bekalan ubat..Bayangkan pesakit yang mengidap penyakit kronik yang terpaksa ambil ubat setiap sebulan atau 2 bulan sekali tu..yang tinggal jauh dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk kos pengangkutan..


Dan takde lah sesak sangat klinik atau hospital sebab mereka ni terpaksa menunggu lama giliran walhal hanya datang untuk sambung ubat..


Kalamhati biasa teman mak ambil ubat darah tinggi dia..Tengok makcik pakcik yang dah tua menunggu lama..kesian pulak..dah la ada yang datang tu charter motorsikal budak2 kat kampung dorang je..huhu

DAH CANTIK TAAPII..




Dah kemas dah Bilik Operasi Peperiksaan..Aiseh!jatuhlah satu word dia..dah la jatuh belakang rak tu..adududuu kenalah potong blik..warna hijau tu tak menyerlah la pulak kan..macam nak cat warna hitam je..

Ni baru selesai satu bilik..Ada satu bilik lagi menunggu..Bilik Maklumat..huhu banyak lagi kerja rupanya..Gambar-gambar program sekolah tahun lepas pun ada lagi yang belum hantar cuci.. Bos nak tengok gambar-gambar tu.. Rasa cem tak cukup tangan je.. Pinjam tangan korang boleh?hehe

Sunday, January 23, 2011

BEAUTIFUL PUTRAJAYA..


Diambil dari atas jambatan



Masjid Besi dan Menara Pensel


Saturday, January 22, 2011

REZEKI DI HUJUNG TANDUK..


Kemain lagi tajuk..hehe ye la duit yang ada celah-celah wallet saat2 menunggu gaji masyuk ni kan..kumpul2 dapat gak merasa lamb chop ni..Teringin sangat nak makan.. Mana boleh tahan-tahan kan? Nanti kempunan lak.. Biar papa asal tak kempunan...hehe apa punya peribahasa tu kan..

Suka makan kat Jelita ni sebab kuah black pepper dia memang melimpah ruah..Ada member cerita, suami kawan dia siap bawak roti rumah dari rumah lagi sebab nak cicah dengan kuah dia yang lebih tu..hehe

Kalau nak rasa, kena la mai Kuantan..=)

Tanpa Ph.D Tidak Bererti Seseorang Tidak Boleh Mengajar Dengan Baik..

Assalamualaikum,
TERINGAT saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik.
Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.
Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.
Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.

LADAP..




Salam Satu Malaysia..chewaah!

Hari ni tatkala banyak sekolah yang bersekolah ganti untuk CNY..tapi sekolah Kalamhati tak ambil cuti extra, akan tetapi semua guru perlu hadir ke sekolah untuk sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)..

LADAP kali ni masih lagi berkaitan dengan KSSR..Pembentangan untuk subjek Matematik dan Bahasa Malaysia (bukan Bahasa Melayu lg ye..dah tukar balik..huhu)..Banyak juga la ilmu pedagogi dan asek tatabahasa yang dapat di retrieve dan di refresh balik..Ada benefitnya tho bukan subjek yang diajar..

Kepala Kalamhati ni lebih condong kepada aspek bahasa dan seni or sastera..Kalau orang bercerita pasal puisi ke cerita ke memang tak berkelip la mata..hehe

Tapi kalau cakap pasal nombor, sah-sah khusyuk 'TIDUR' dah diriku..hihi

Apa aktiviti korang hari ni? Lepak di rumah atau outing bersama family dan kawan2? 

Thursday, January 20, 2011

RABUN..



Salam semua..

Kesian tengok murid yang kecik lagi tapi terpaksa pakai cermin mata kan..huhu..Macam susah je nak baca tulisan kat papan hitam.. Suruh dia duduk depan dia taknak..huhu

Teringat cerita seorang rakan guru tentang anak dia waktu bersekolah tadika..cikgu tersebut tidak perasan anaknya itu rabun..Bila tanya seronok ke tak sekolah..Dia jawab tak seronok sebab sekolah dia warna kelabuuu..

Cikgu tu rasa pelik..then terlintas untuk hantar pi check mata anak dia kat optometrist..Rupanya si anak rabun.. Lepas pakai spek, si anak balik umah bgtau kat ummi dia, baru dia tau rupanya sekolah dia cantik..kawan2 dia semua comel.. Terhambur airmata cikgu tu..Betapa dia tak sedar anak dia lama dah rabun..huhu

Korang ada pengalaman tak?yang pakai spek tu, sejak bila pakai spek..

**Masa sangat men'jeles'i diriku ini utk berlama di alam maya.. Ni pun post entry pakai hp je..Kalamhati sempat jenguk blog rakan2 cuma ada yg tak sempat Kalamhati komen dan tinggal jejak..maaf byk2.. Tugas dan tanggungjawab jatuh nomot satu.. Harap kalian ceria-ceria selalu blogging!..


Wassalam..

Tuesday, January 18, 2011

BILA PEGUAM MENULIS: TENTANG ISU AZAN..

I bukan peguam ye..jangan salah sangka..hehe

Lately, isu yang hangat dibincangkan adalah tentang isu azan..Banyak blog yang post entry tentang ni samada mengulas isu berkenaan dengan pendapat sendiri mahupun 'paste' kan berita dari akhbar-akhbar. Memang isu yang tidak boleh dipandang remeh. Ia melibatkan kesucian agama Islam selaku agama rasmi..

Kalamhati selaku seorang Muslim semestinya kecewa dan marah apabila sewenangnya amalan agama kita dipertikaikan. Namun, isu sebegini bukan boleh main hentam keromo je nak komen kan?

Kalamhati ramai juga kawan seuniversiti yang menjadi peguam syar'ie..Dan tertarik dengan entry seorang rakan ni kat blog dia..Selaku peguam, dia semestinya sangat arif dan layak untuk mengulas tentang isu ni. Kalau korang baca mesti korang pun setuju dengan apa yang diutarakan..Siap ada bukti tu..Biasa la peguamkan..Kena ada bukti untuk berhujjah..hehe

Sedikit petikan dari entry beliau..Selebihnya korang boleh berkunjung ke blog beliau kat SINI ye..

Pernah kah kita umat Islam mempersoalkan secara terbuka dan terang-terangan, aktiviti keagamaan penganut lain?Sedangkan kebebasan beragama ini jelas diperuntukkan di dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Bukankah azan itu, memang amalan yang JELAS, NYATA dan TERANG adalah amalan agama Islam? Lebih-lebih lagi apabila ianya dilaungkan di dalam negara yang menyatakan di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Anda pastinya mengangguk-anggukkan kepala bila baca huraian relevan dia kan?..Jika ada 'hormat' isu ni takkan timbul..Rasanya setakat ni belum ada lagi ummat Islam yang buat demo bantah amalan agama2 lain..So, tak perlu bangkitkan lagi kot..Berada di negara yang agama rasminya Islam. Maka perlu menghormati amalan penganutnya. Sangat jelas.. Dan tak perlu lagi nak dijadikan isu. Hanya akan menggugat keharmonian antara penganut2nya sahaja. 

Ekceli ramai blogger yang Kalamhati kenal merupakan seorang peguam..Antaranya Mama Zharfan dan Jo Qusary peguam stylo kita..hehe

"Adat disanjung..agama dijunjung"

"Islam ya'lu walaa yu'la 'alaihi".. 


Wallahu a'lam

Monday, January 17, 2011

AKU INI WANITA



Aku Ini Wanita...
Yang nafsunya
Kadangkala melampaui batas aqli

Aku Ini Wanita...
Dijadikan Allah
Daripada rusukmu wahai lelaki
Bukan untuk disisihkan
Tapi untuk diletakkan
Dekat dihatimu
Agar lebih disayangi

Aku Ini Wanita...
Punya hati yang rapuh
Namun bukan untuk disakiti
Sesuka hatimu
Ditolak ke kanan ke kiri

Aku Ini Wanita...
Dicipta Allah
Menemani hidupmu
Wahai sang adam
Saling lengkap melengkapi
Agar kembara hidupmu
Penuh yakin

Aku Ini Wanita...
Penyambung warisanmu
Penyeri hatimu
Penyejuk matamu

Wahai lelaki..
Sayangi aku setulus hatimu
Kerana Dia Yang Satu
Agar dapat kita
Melangkah seiringan
Ke syurga-NYA
Abadi selamanya..

Inilah harapan Aku Ini..
Seorang Wanita
Buatmu yang bernama lelaki...

(Adeh cem jiwang semacam je..ekceli tak pun..khayalan semata-mata..hihihi)

Sekian..mekasih

Sunday, January 16, 2011

CHEAT DAY??..AHAAA BERITA BAIK UNTUK YANG BERDIET


Memang tidak dinafikan, budaya kita di Malaysia memang susah nak lepas dari jemputan-jemputan ke majlis yang menghidangkan pelbagai makanan yang meyelerakan. Tidak kira samada musim perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali) ataupun musim perkahwinan (tak henti-henti sepanjang tahun!!!) kita tak boleh lepas dari jemputan-jemputan dari kawan-kawan dan ahli keluarga.
Dilema kita di sini, ketika di gym, trainer menasihatkan kita untuk menjaga makan sebagai pelengkap untuk senaman kita, tapi sebagai seorang yang berhati mulia kita tak boleh menolak jemputan dari kawan-kawan dan ahli keluarga kita.
Jadi macam mana kita nak berhadapan dengan situasi ini?

Mee Bandung Campak-campak



Jom makan!merajinkan diri masak mi bandung..
nak makan mulut sendiri..kira sodap dah ni..hehe
Jemput!..

PANDUAN MEMILIH JODOH..

Tertarik dengan hujjah yang digarap maka ku ingin kongsikan di sini..Mungkin boleh jadi panduan dan penghurai kekeliruan sesiapa yang tengah buntu untuk memilih jodoh yang terbaik untuk dirinya..Ku copy paste kan je..If nak baca yang asal boleh klik di link bawah sekali tu ye..


Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Saturday, January 15, 2011

Seorang Bayi Satu Pokok..

Jumlah Pokok Di Kuala Lumpur Akan Menyamai Jumlah Bayi Di Bandar Raya
KUALA LUMPUR: Jumlah pokok yang akan ditanam di Kuala Lumpur setiap tahun disasarkan menyamai jumlah bayi yang dilahirkan di bandar raya itu dalam usaha kerajaan mewujudkan hutan dalam bandar.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Bakaruddin Othman berkata langkah tersebut yang akan dilaksanakan tahun ini merupakan satu kaedah bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau.
"Contohnya, jika tahun lepas, kita buat semakan terdapat kira-kira 50,000 bayi yang dilahirkan di Kuala Lumpur, jadi tahun ini kita cuba tanam pokok dengan mengambil kira seorang bayi, satu pokok," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 10,000 Ekspresi Kuala Lumpur Hijau di sini hari ini.
Kempen dua bulan itu bertujuan mengumpul dana Yayasan Anak Warisan (Yawa) di mana orang ramai boleh menderma sambil melukis dan menulis di atas kanvas setinggi 1.5 meter dan selebar 5 meter mengenai pandangan mereka terhadap alam sekitar, yang akan ditempatkan di kawasan tumpuan awam termasuk pusat membeli belah.
Bakaruddin berkata pada tahun lepas, sebanyak 37,000 batang pokok terdiri daripada kempas, merawan, siput jantan dan tembusu ditanam di kawasan berhampiran Jalan Semarak serta di Taman Bukit Kiara.
Beliau turut menasihati badan korporat atau syarikat swasta yang ingin mengadakan kempen menanam pokok supaya mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan kawasan yang terlibat adalah sesuai dan tidak bertindih dengan kawasan yang telah dikenal pasti untuk pembangunan. "Kita amat menghargai usaha sebegini dan ia memang perlukan sokongan daripada mereka, tetapi diharapkan jika mereka mahu menanam pokok, perlu berbincang dengan DBKL supaya kita dapat tentukan di mana kawasan yang sesuai untuk pokok itu ditanam," katanya.-BERNAMA
------------------------------
Ku lihat hijaaaauuu...hehehe..Great effort..Go green!

PROUD OF THEM!


Persembahan ini dibuat sempena Majlis Perpisahan seorang guru lagi yang bersara 
di sekolahku semalam..Serius hati ini tersentuh melihat mereka ini..
Betapa istimewanya mereka..Dengan cara mereka yang tersendiri..

**Teringat bait-bait lagu Perwiraku (betul ke tak tajuk dia)..

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Tapi aku rela berjuang
dengan cara sendiri
demi cinta ini...



Friday, January 14, 2011

KSSR OH KSSR..

Seperti yang kita sedia maklum (ke ada yang tak maklaum lagi?..hehe)..Mulai tahun ni murid Tahun 1 di semua sekolah rendah akan didedahkan dengan kurikulum baru menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah..Kurikulum yang baru ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)..Boleh pulak campur English term dengan Melayu ek..hehe

Semua guru tahun 1 masih fenin2 lalat lagi duk mikior cara terbaik untuk melaksanakan kurikulum terbaru ni..Banyak perubahannya..Pergi kursus pun masing2 masih buntu..Mana tak buntunya..bila tanya orang yg menyampaikan kursus pun depa blur gak lagi..haha macam-macam..Benda cepat dan segera ni gini la kan..tapi cecemana pun perlu diteruskan..Dah ter'gezet' dah..

Sabtu lepas semua guru wajib hadir untuk mendengar taklimat mengenai KSSR ini dan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah)..Peperiksaan dikurangkan..Penilaian akan dibuat beradasarkan pencapaian individu mengikut standard yg telah digariskan..So bertambahlah bebanan kerja guru-guru tahun 1.. Nak buat cemana, baton sudah diserahkan kat tangan..Jadi, sama-samalah berlari..sama-samalh menari dalam kelas..hehe cikgu2 BI kena berphonics lak pasni ngaja..tak boleh nyebut huruf dah nak ngeja..kalu 'S' kena bunyikan 'sssssss' je..

Subjek Sains dah ditukar ke Bahasa Melayu semula..Dan nama pun tukar baru menjadi Dunia Sains dan Teknologi (DST)..

Fire!hehe

Syyy...jangan bising!

Yaribbaaa!..hehe

Antara gaya yang perlu dibuat oleh teachers yang ajar English..hehe
Aksi kat atas tu betul..Ayat2 kat gambar tu Kalamhati yang reka..hehe 
Kitorang siap kacau dorang, nak bawak camcorder dan nak ngintai dan
rekod aksi dorang..hehe

Secara keseluruhannya, Kalamhati tengok silibus tahun 1 ni lebih mudah..Cuma yang susahnya kerja guru..huhu..Semoga kurikulum baru ni berjayalah..Yang paling penting ia dapat memantapkan lagi mutu pendidikan rendah di negara kita..Jangan sekerat jalan then tukar lagi yang baru..huhu

Thursday, January 13, 2011

Comelnya!tapi geliii..


Salam semua..comel taj?hehe tapi diriku ini goli sikit ngan makhluk berbulu ni..hehe..Member sekolah Kalamhati memang minat habis kucing..Kucing yang sesat kat sekolah pun dia buat balik rumah..Pantang tengok kucing mesti dia akan berhenti dan main ngan kucing jap..Bagus betul..

korang mesti pelik kan sebab senyap sunyi umah Kalamhati ni ye..Korang bertamu pun tak disambut..huhu maaf banyak2 sebab tak sempat nak berlama online..Thanks buat yang sudi jenguk..Ada masa nanti ku akan buat kunjungan balas..

Esok ada satu lagi majlis persaraan..Saat entry ni ditaip,Kalamhati dalam kereta lagi bergegas untuk membuat persiapan agar semua lancar esok..Doakan ye..Ada masa akan diupdate tentang majlis tersebut..

Tuesday, January 11, 2011

KU MOHON..

(sumber dr Google)


Di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

Saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

Berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...

Saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku




Munsyid : Firdaus


Sunday, January 9, 2011

WATAK USTAZ HANYA SEBAGAI PENGHALAU HANTU JE KE?

KUALA LUMPUR: Di dalam filem atau drama televisyen lokal yang bergenre seram, watak ustaz dilihat sering dipaparkan sebagai sekadar tukang penghalau hantu dan jin.
Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, namun di kalangan sesetengah pendakwah, watak uztaz yang sebegitu telah disalah guna dan fungsi sedemikian perlu dibetulkan.
"Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau mahluk halus semata-mata.
"Sedangkan peranan sebenar seorang ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan yang benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini," kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA.
Beliau juga menegur mengenai elemen jampi serapah yang disebut oleh watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu ditonjolkan sebegitu.
Bagi pendakwah bebas, Datuk Daud Che Ngah, peranan watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan pengunaan ayat suci al-Quran sekadar mentera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.
"Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram telah membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya telah dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia," jelasnya.
"Unsur seram dan ganas yang terdapat dalam filem menyebabkan orang ramai khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu dalam filem daripada Tuhan dan perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana ianya bakal melemahkan minda umat Islam," tambahnya.
--------------------------
Ustaz yang betul telah bersuara tu..Jadi, jangan sempitkan skop serta peranan seorang ustaz..Banyak lagi peranan yang boleh ditonjolkan..Barulah nampak kredibiliti seorang pengarah tu dan filem tu dapat memberi manfaat serta pengajaran kepada penonton..

FINAL AJL25: LAGU MANAKAH YANG BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI JUARA LAGU?NANTIKAN SAATNYA..





Senarai lagu yang layak ke final AJL 25 ini adalah:
  1. Cinta Sempurna (Yuna/ ciptaan Yuna sendiri)
  2. Berlari (Tomok)
  3. Pelita (A.P.I)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain ft. Black)
  6. Noktah Cinta (Hafiz)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira)
  10. Extravaganza (Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black)
  12. Hanyut (Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy)
  14. Mencari Konklusi (Hujan)



Juara AJL25 bakal memenangi trofi dan wang tunai RM35,000, naib juara (trofi & wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi & wang tunai RM12,000), persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000).

Tema AJL tahun ni ialah Music Mapping (Pemetaan Muzik)..Tak tahulah cemana ropa music mapping tu..Sama2lah kita saksikan nanti..

Good luck untuk semua yang bertanding..Suka Drama King dan Pelita..Tapi yang lain pun hebat gak..Kita tunggu aje lah keputusannya ye..