Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, January 30, 2011

CERITA BAS LA PULAK.. MAKLUMLAH CUTI DAH BERMULA


Salam 'alaikum..

Selamat berhujung minggu..Hujan kat luar bagai mengulit-ulit mata ni..huhu tapi kena bangun gak pagi tadi sebab perlu menghantar my sis naik bas balik kampung..

Sempena CNY ni memang ramai yang balik kampung. Yang dah mula bercuti since semalam lagi pun ada. Tiket bas memang sold out! Masa Kalamhati beli tiket hari tu, kebanyakan tiket dah sold. Nasib baik ada tiket pagi ni dapat la my sis balik. Tapi sekolah belum mula bercuti lagi. Yang pasti diriku tak balik kampung..uwaaa

Nampak tak siapa kat tepi bas tu? Pakai baju biru gelap tu..Mesti kenalkan?hehe Abam JPJ kita. Sekarang ni memang dorang buat operasi habis-habisan. Baguslah macam tu. Time musim perayaan ni dorang perlu pantau keadaan bas-bas ni whether dalam keadaan ok ke tak? Masa Kalamhati snap pic ni, Inchik JPJ tu tengah check bunga tayar bas tu.. 

Kalamhati terdengar ada seorang penumpang kat lane sebelah tanya drebar bas boleh tak dia nak turun dekat Raub (bas tu ke KL)..Drebar tu dengan konfidennya jawab tak boleh berhenti langsung dekat mana-mana sekarang ni.. Even dekat bus stop tertentu yang biasa bas berhenti pun tak dapat dah..Kalau nak berhenti kena turun kat Pekeliling dan ambil tiket lain ke Raub. If tak puas hati, dia kata boleh buat aduan ke JPJ sendiri.. Dorang je yang ada jawapan kenapa bas-bas dah tak boleh berhenti turunkan penumpang di bus stop. 

Drebar tu kata dah banyak kali dah bas-bas kena saman.. Dah tak tahan dah nak bayar saman hanya kerana drop penumpang sekejap kat bus stop. Kalau tak percaya dia boleh tunjuk bukti. Then dia masuk bas amik sekeping kertas dan serah ke budak tu suruh baca akta akta terbaru dari JPJ .. So budak tu dengan muka sedihnya mintak drebar tu tunggu jap, dia nak pi beli tiket ke Raub plak. Drebar tu kata takpe. Dia akan tunggu. Kesian kot sebab budak tu masih sekolah. What if waktu dia takde duit langsung dah. Memang kesian la..huhu

So, apa pendapat korang? Logik tak penguatkuasaan undang-undang ni. Semua bas tak boleh drop penumpang kat mana-mana even di bus top sekalipun. Means yang nak berhenti di mana-mana bus stop berdekatan dengan rumah atau tempat belajar macam student UIA yang nak berhenti dekat Greenwood, tak dapat dah. Perlu turun di Pekeliling juga.

Drebar tu kata sepanjang 15 tahun dia bawal bas, inilah undang-undang yang paling tak logik dikuatkuasakan. Sebab bus stop tu kan memang tempat bas berhenti. Bukan nak berhenti merata-rata. Maybe pihak JPJ ada alasan kukuh kenapa mereka berbuat demikian. Cuma terfikir, macam tak pernah dengar pulak dorang war-warkan pasal ni. If war-warkan awal-awal maybe orang ramai tahu dan bersedia. Terutama yang anak-anak baru je belajar naik bas untuk ke sekolah berasrama di daerah atau negeri lain.

Kalamhati agak tidak bersetuju...Tapi maybe korang ada pendapat yang lebih konkrit tentang hal ni yang boleh yakinkan Kalamhati kot..Ada berani?hehe

11 comments:

Ayuni said...

hm, cam sye kne naik bas tambahan, tensen btul...

sarah-najwan said...

owh gtu pulak...sian kat penumpang2 tu..jauh lagi la pulak nk menapaknya..

**lamo doh tok naik bas wey..last naik jame2 dok UM dulu..thun 1998...heheee

alinac lover said...

la hai..sian la dorg
buatnyer duit ckup2 je

nangis ah~

eelobor said...

hehehe, serius la. macam kelakar pun ado

Rozuan Ismail said...

menyusahkan penumpang je..memang tak mesra pengguna langsung..selalu gak dulu turun kat GreenWood Gombak..

IMANSHAH said...

tak leh la, kesian budak sekolah saya, sebab bas tu lalu depan sekolah..kalau terus ke stesen bas, nanti tambah 12 ringgit untuk teksi

Puteripisces said...

kt dlm bas pn dia edarkan satu form..penumpang kena isi kalo drebar bas ade wat kesalahan semase memandu cthnye merokok semase memandu, ckp kt henpon, langgar lampu merah dll...then bagi kt jpj mase turun kt terminal nnt...tp rasenye xde sorg pn yg isi..td ade jgk dorg berenti kt bus stop drop org...xde lak dgr dorg ckp xleh brenti...

MAPPIAU said...

ishhh even saye dah lame tak naik bas, tapi kan saye macam tak setuju jugak dengan akta tuh pastu macam tak penah dengar pulak pasal tuh. bile mase pulak yea akta tuh dikeluarkan. isssh sabo je la

whitecappuccino said...

tak logik tol wat undang2 mcm tu..kesian budak tu n penumpang kena bayar lebih dan susah lagi..

Sharinginfoz said...

rasanya kalau turun kat stesen bas yang berdekataan yang mana bas tu lalu tak ada masalah, kalau tepi jalan tu maybe questionable le

Cma Shiema said...

cma dah lama x nek bas..
kalo x leh turun kat bus stop cam x bole je..