Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, January 31, 2011

DISLEKSIA..

Salam 'alaikum..

Masih dalam mood 'touched' dan syahdu..huhu Kalamhati tengah siapkan tugasan sambil menonton drama Disleksia di Ria. 

Cerita yang sangat menarik. Menyelami masalah yang dihadapi oleh budak yang menghidap disleksia. Sebenarnya ramai parents yang tak sedar ada anak mereka yang menghidap penyakit ni. Bila anak tak pandai baca dalam tempoh yang lama, tak ada tindakan pun. Hanya biarkan saja sampailah anak-anak tersebut dah jauh ketinggalan.

Disleksia ni bukan merupakan kecacatan fizikal atau mental. Mereka yang menghidap disleksia mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak ada masalah penglihatan dan pendengaran. Jika tidak takkan lahir pelukis tersohor seantero dunia Leonardo Da Vinci, hero kegilaan ramai wanita, Tom Cruise dan ramai lagi. Ye tak?

Bagi mendapatkan definisi tepat dan huraian tentang Disleksia ni. Kalamhati sempat jenguk Inchik Wikipedia. Ini definisi dan ciri-ciri penghidap Disleksia yang dijelaskan.




Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Ciri-ciri penghidapnya:
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca Disleksia:

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan:
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.


Teringat dialog drama tadi (lebih kurang la..not exact dialog la):
"Cikgu dia apa tau..Hanya ada ijazah saja. Gaji pun hanya 2 ribu saja nak dibandingkan dengan korang berdua yang ada PhD"
"Cikgu tu mengajar. Mestilah dia tau masalah yang dihadapi oleh anak murid dia"
"Nak mendidik menghidap disleksia ni memerlukan kesabaran. Bila ilmu tu sentiasa diulang-ulang, lama-lamam mereka akan ingat"


Dan solution terakhir yang dicapai adalah hantar anak tersebut ke Maahad Tahfiz. Walaupun pada mulanya parents tidak yakin, lama-kelamaan bila tengok perkembangan positif anak, mereka yakin. Dari tak tau membaca pandai membaca, malah sudah pandai solat dan mengaji. Dan mampu bacakan Yaasin untuk atuk dia yang bencikan dia selama ni kerana tak pandai baca. Sebab keturunan dia bijak-bijak.. Jadi lawyer..So dia nak cucu dia jadi lawyer gak. Bila cucu macam tu, dia macam tak boleh terima. Last2 cucu tu la yang mendoakan kesihatan dia.  Jaga dia masa sakit. 

Kalamhati rasa drama ni adalah adaptasi dari pengalaman pengarahnya sendiri sebab pada ending tu dia berterima kasih kepada guru-guru di sekolah yang dia senaraikan.

Moralnya, jangan pertikaikan kebolehan seorang guru tu walaupun dia hanya berkelulusan Diploma. Sedih bila ada parents yang sampai hati cakap cikgu 'bo*oh' bila ada masalah sedikit dengan anak mereka. Sepatutnya jika mereka tahu cikgu bo*oh, mereka ajar sendiri la anak di rumah. Tak payah hantar ke sekolah kan?huhu

Satu lagi, jangan ragu2 nak hantar anak ke sekolah agama.. Jangan sekali2 anggap sekolah agama ni takde masa depan.. Adeee. Masa depan dengan Allah dan hereafter..peace..=)

11 comments:

suri solehah said...

salam cam menarik je citer tu,,,nak tengok juga td tapi anak awal2 tengok katun,,harap astro siar balik ye..

Ayuni said...

sye ade belajar psl kes nie, penyakit nie akan ganggu otak kanan, bahagian bahasa, sebab tulah penguasaan bahasa lambat, nie semua under penyakit bahagian otak kiri....tu belum lg Penyakit Broca's n Wernicke. nie semua belajar ms Ijazah, sem 4 dulu, walaupun sye cuma ijazah sarjana muda bahasa inggeris.....

Ayuni said...

silap, ganggu otak kiri...

rossoneri said...

paling senang nak tau,tulisan dia terbalik..kita ada tengok satu cite hindustan nih,aamir khan berlakon, hehehe, cite tu tentang pengajaran untuk budak disleksia, serius menarik cite tuh...tapi kita xingat tajuk,hehehe

eelobor said...

agaknya si isteri pun tertengok iklan pasal drama citer tuh. tetiba jer dia bertanya maksud "disleksia" semale....

Kengkawan said...

3,4 thn dulu ada seorang tu minta tolong ajarkan anak dia yg disleksia... surrender awal2...

teratai said...

salam kalamhati,

tertarik dengan pendapat kalamhati, jgn pandang bo'oh cikgu, sbb tugas cikgu sekarang lebih mencabar! Kelas kak sekarang ada murid down syndrome, mungkin disleksia pun ada sbb majoriti x tahu baca...salin je apa yg ditulis atas papan putih tanpa tahu maknanya! Yg tak tahannya, murid yg hyperaktif...boleh berperang dlm kelas!!

Cma Shiema said...

citer ape ni kak..cma x penah tengok lagi..
disleksia..??
ni pun baru cma tau..

DKosongLapan said...

kadang2 tu awok kesian apde cikgu2 yang koje teghuk...tapi tak dihargai...siap dapat makin hamon famili lagiii......deme inagt bile udah anto sekolah tu...tgngjwab deme udah lepaih...... banyak cantek...... anak2 yang ade disleksia ni...anak istimewa..... bile istimewa....caghe dan approach kenele istimewa...

Anonymous said...

anak saya seornag yang disleksia.. mula deteck disleksia masa umur 5thn.. bukan nak kata cikgu ni bodoh tp mmg agree dgn sialog atuk Dani dlm cite ni.. cikgu sekarang ni harapkana de ijazah je tapi bila tanya tau ape itu disleksia.. Hampeh,... itu yang terjadi pada saya sekeluarga hinggakan ade cikgudan pihak sekolah menganggap anak saya ni B***h Lembab dan sebagainye...pada dasarnye cikgu tu sendiri yang bodoh.. peranagai anak saya 100% seruapa dgn Dani yang melakonkan watak tu,.. dan ikhtiar kami juga serupa dengan ikhtiar ibu bapa dani.. tukar sekolah dari biasa ke Center disleksia yang yurannya sama dengan gaji seorg pembantu rumah/ bimbingan agama dan sebagai nye.. subut aje ape kelas tuisyen kelas mental maths, brains gym semua anak sya joint sehinggakan kelas karate pun anak saya masuk.. alhamdulillah sekarang anak saya umur 7thn dari x mengenal huruf,x de minat belajar kini menjadi sangat rajin dan mengemari buku.. ape yang sya nak katakan disini... cerita tersebut berdasarkan realiti.. yang mana guru sekarang terlalu ambil mudah dengan tugas mengajar dan sering abaikan kanak2 sebegini... ibubapa memainkan peranan penting.. anak2 ini terlalu istimewa.. cara yang paling berkesan untuk anak2 disleksia ini.. adalah perhatian yang lebih kasih sayang yang berterusan dan mereka ingin selalu dibelai.... peranan persekitaran juga penting... anak2 disleksia ini jiwa mereka mudah tersentuh dan mereka ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang lebih berbanding orng normal.

untuk para guru belajar la untuk mengenali sifat kanak2 ini dan bukannye mememcilkan mereka dan jagan terlalu mudah membuat andaian sekiranya anak2 ini x menguasai pelajaran.... tugas memdidik ini satu tugas yang mulia jadi jagn terlalu mengikut emosi dan katra hati yang penting jujur dan ikhlas dalam mendidik..

Kalamhati said...

>>Anonymous:
thanks sbb sudi komen dan share pengalaman kat sini..
hmm memang salah cikgu sbb tak alert dgn anak murid..tp bukan semua sekolah ada kelas pendidikan khas...jd macam sekolah saya, senang..semua guru kelas memang alert..

nampak perangai pelik je or murid tak dapat menulis atau membaca dlm tempoh tertentu kitorang memang refer pada guru2 pendidikan khas..

alhamdulillah family anda memang jenis yg terbuka..satu masalah lagi yg dihadapi oleh guru ialah..bila refer kepada parents dan suruh mereka pegi check anak mereka..ramai yg tak dapat terima hakikat..dan pihak sekolah pula yg disembur..

saya rasa tu kes special sbb satu sekolah yg tak alert..dlm kes sekolah sy, tak pernah lagi murid yg ada masalah ni tercicir tho sekolah saya bkn khas utk disleksia..tapi guru pendidikan khas akan hantar murid ini ke sekolah berdekatan yg khas utk disleksia..

Satu lg masalah, bkn semua guru yg pakar dlm bidang ni..masa kursus perguruan, kami tidak didedahkan dgn pandidikan khas ni..
peranan ibubapa juga perlu, sepatutnya pada peringkat awal iaitu masa pra sekolah sudah dapat kesan..tp tak tahulah..maybe keluarga anda juga tidak perasan kan?

semua pihak perlu bekerjasama..parents dgn pihak sekolah..jika tidak, kesian murid tersebut..akan tercicir pelajarannya..