Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, January 18, 2011

BILA PEGUAM MENULIS: TENTANG ISU AZAN..

I bukan peguam ye..jangan salah sangka..hehe

Lately, isu yang hangat dibincangkan adalah tentang isu azan..Banyak blog yang post entry tentang ni samada mengulas isu berkenaan dengan pendapat sendiri mahupun 'paste' kan berita dari akhbar-akhbar. Memang isu yang tidak boleh dipandang remeh. Ia melibatkan kesucian agama Islam selaku agama rasmi..

Kalamhati selaku seorang Muslim semestinya kecewa dan marah apabila sewenangnya amalan agama kita dipertikaikan. Namun, isu sebegini bukan boleh main hentam keromo je nak komen kan?

Kalamhati ramai juga kawan seuniversiti yang menjadi peguam syar'ie..Dan tertarik dengan entry seorang rakan ni kat blog dia..Selaku peguam, dia semestinya sangat arif dan layak untuk mengulas tentang isu ni. Kalau korang baca mesti korang pun setuju dengan apa yang diutarakan..Siap ada bukti tu..Biasa la peguamkan..Kena ada bukti untuk berhujjah..hehe

Sedikit petikan dari entry beliau..Selebihnya korang boleh berkunjung ke blog beliau kat SINI ye..

Pernah kah kita umat Islam mempersoalkan secara terbuka dan terang-terangan, aktiviti keagamaan penganut lain?Sedangkan kebebasan beragama ini jelas diperuntukkan di dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Bukankah azan itu, memang amalan yang JELAS, NYATA dan TERANG adalah amalan agama Islam? Lebih-lebih lagi apabila ianya dilaungkan di dalam negara yang menyatakan di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Anda pastinya mengangguk-anggukkan kepala bila baca huraian relevan dia kan?..Jika ada 'hormat' isu ni takkan timbul..Rasanya setakat ni belum ada lagi ummat Islam yang buat demo bantah amalan agama2 lain..So, tak perlu bangkitkan lagi kot..Berada di negara yang agama rasminya Islam. Maka perlu menghormati amalan penganutnya. Sangat jelas.. Dan tak perlu lagi nak dijadikan isu. Hanya akan menggugat keharmonian antara penganut2nya sahaja. 

Ekceli ramai blogger yang Kalamhati kenal merupakan seorang peguam..Antaranya Mama Zharfan dan Jo Qusary peguam stylo kita..hehe

"Adat disanjung..agama dijunjung"

"Islam ya'lu walaa yu'la 'alaihi".. 


Wallahu a'lam

16 comments:

Shaofie said...

jemput join segmen di blog. mudah je. blog review.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

Ayuni said...

btul, kne hormat....

rossoneri said...

peliklah,nape satu persatu isu yang remeh2 dibangkitkan menjadi isu besar???maksud kita isu remeh,perkara ni terang-terangan kita dah faham dah termaktub,tiba2 boleh pulak nak pertikaikan..dah berdekad2 duduk satu negara, tiba2 ada je benda tak puas hati..

agak menakutkan je sebenarnya,macam kita ni dah tak bersatu...

Jo Qusary said...

peguam stylo di sini...

hmm, bercakap ttg azan (isu tu pun peguam jugak yg bangkitkan kan?) teringat satu peristiwa minggu lepas... time tu turun kat stesen komuter Batu Caves sebab nak tgk gua batu tu... ternampak la kuil Hindu kat depan stesen...

yg tak bestnya, masa nak naik balik komuter perasan diorg mcm ada buat upacara kat dlm kuil tu... siap dgn gendang tabla lagi... time tu azan tgh berkumandang waktu maghrib... rupanya masjid tak jauh drpd situ... lagi lama azan lagi kuat bunyi gendang dgn loceng... camne pulak tu ye. 1Malaysia betul.

Izan Ishak said...

tak perlulah nak jadikan isu kan. dah pasti malaysia ni negara islam kan~

Kalamhati said...

>>Shaofie:
tq..insyaAllah akan terjah..=)

>>Ayuni:
yup..perlu ada hormat dlm satu negara

>>rossoneri:
dunia makin smpi ke akhir hayatnya barangkali..byk dugaan dan ujian utk kita semua

Kalamhati said...

>>Jo:
dats y betul apa yg diperkatakan..depa buat bising takde pun kita pegi mengamuk..

Sama jugak bila perayaan Tahun Baru Cina..dengan gendang dan tarian naga yang memang meriah giler tu dan time bakar mercun panjang2 tu..takde pulak org Islam yg ngamuk marah kot depa bising..malah siap pi join tengok jugak ada la..

so, kena pk balik ot before buat kenyataan atau tuduhan..sama2 ada amalan agama masing2

Kalamhati said...

>>Izan:
betul tu izan..bersatulah dan bertolak ansur demi sebuah negara yg aman dan bahagia

eelobor said...

semoga menjadi pengajaran yang berguna kepada kita semua.

kenapa bangsa lain pijak kepala kita? sebab orang melayu lemah...

kenapa agama lain pandang rendah? sebab umat islam tak bersatu...

ini kerana melayu islam asyik dok bergaduh sesama sendiri...orang lain hanya tepuk tangan dan ambil kesempatan. siapa yang rugi????

My Little Diary said...

salam,

hormat menghormatikan amalan yg baik...

DKosongLapan said...

Cik Kalamhati....
itu daghi sudut pandangan loyer.... ini bukan daghi sudut pandangan loyer yang bughok..... sebenonye bende ni berkait dengan peghasaan (perasaan) hormat.....dan kepahaman oghang agame lain terhadap Islam......sedangkan selame ni oghang Islam kat negare kite sendighi pun tak hormat dan tak paham agame sendighi...... itu yang deme yang bukan seagame bulih buat macam tuuu...... penyudahnye....kite yang beragame Islam ni kene tunjokkan contoh seoghang Islam yang baik....dan paham betoi2 tentang Islam.....

sarah-najwan said...

sama2 lah beringat..
yg pentingnya..keharmonian dan keamanan akan terus terpelihara jika kita seme bersatu padu..

Cma Shiema said...

ade bca psl isu ni...apepun kenalah berhati2..jgn sampai perpaduan rakyat berpecah belah..

MAPPIAU said...

"Lebih-lebih lagi apabila ianya dilaungkan di dalam negara yang menyatakan di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan"

dah terang dan tak payah bersuluh lagi, setuju dengan petikan yang tuh :))

whitecappuccino said...

mereka saja nak buat isu untuk menimbulkan ketegangan..

Solihin Zubir said...

diorang wat bising gendang2 kita tak kecoh pon.. adeyhh...