Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, January 24, 2011

UMP 1MALAYSIA: Transformasi Perkhidmatan Kesihatan (bukan UMP kat Pahang tu ye..hehe)

PUTRAJAYA: Kerajaan pada Isnin melancarkan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia yang dapat menghantar ubat kepada pesakit melalui perkhidmatan pos laju.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata melalui perkhidmatan itu, pesakit yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan ubat susulan, tidak perlu datang ke hospital untuk mendapatkannya kerana ubat boleh dihantar ke rumah, pejabat atau mana-mana destinasi pilihan pesakit.
Namun beliau menjelaskan perkhidmatan berkenaan lebih khusus bagi pesakit kronik seperti penghidap darah tinggi dan diabetes yang telah stabil dengan rawatan pengubatan dan mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap ubat yang dipreskripsikan oleh doktor kepada mereka sebelum ini.
Beliau berkata kos kiriman ubat akan ditanggung oleh pesakit sendiri iaitu RM3.50 bagi kawasan Putrajaya, RM5 bagi kiriman di Semenanjung Malaysia dan RM8 bagi Sabah dan Sarawak.
"Kos kiriman yang ditetapkan adalah minima berbanding dengan perbelanjaan tambang, minyak dan tol yang ditanggung jika pesakit perlu datang sendiri untuk mengambil ubat, terutama sekali bagi mereka yang tinggal jauh dari hospital atauKlinik Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan UMP 1Malaysia di Hospital Putrajaya di sini. Liow berkata pesakit tidak perlu bimbang dengan kaedah penghantaran ubat sedemikian kerana pihak hospital dan Pos Malaysia tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan ubat-ubatan dan telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga keselamatan ubat.
Beliau berkata hasil tinjauan yang dijalankan, mendapati 74.7 peratus pesakit berpendapat bahawa perkhidmatan itu memang diperlukan untuk memudahkan pengambilan ubat susulan.
Katanya projek perintis perkhidmatan tersebut dimulakan di Hospital Putrajaya pada Oktober 2009 dan sehingga Disember tahun lalu, seramai 1,054 pesakit telah menggunakan perkhidmatan itu.
"Bagi bulan ini sahaja, sebanyak 296 permohonan baru diterima. Memandangkan perkhidmatan tersebut mempunyai implikasi positif bagi kemudahan rakyat, ia telah diperluaskan ke 26 unit farmasi iaitu di semua hospital utama setiap negeri termasuk Hospital Selayang, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Klinik Kesihatan Luyang, Sabah.
"Perkhidmatan ini akan dikembangkan secara berfasa ke semua fasiliti lain. Sistem itu sudah ada. Ia hanya perlu diperkembangkan sahaja," katanya.
Mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Kesihatan, Liow berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat penilaian minggu ini.
Pengenalan perkhidmatan UMP 1Malaysia turut menyumbang kepada kejayaan KPI beliau (Perdana Menteri) iaitu 97 peratus (31.4 juta preskripsi) daripada sasaran 100 peratus preskripsi telah dibekalkan dalam masa tidak lebih daripada 30 minit, katanya.
Beliau berkata ini kerana pesakit lain yang datang ke hospital atau klinik secara tidak langsung mendapat faedah daripada segi pengurangan masa menunggu di bahagian farmasi untuk mendapatkan ubat. - BERNAMA
-----------------------------------------
Satu perkhidmatan yang sangat bagus..Sangat sesuai untuk golongan warga emas yang tak mampu nak berulang alik ke hospital untuk sambung bekalan ubat..Bayangkan pesakit yang mengidap penyakit kronik yang terpaksa ambil ubat setiap sebulan atau 2 bulan sekali tu..yang tinggal jauh dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk kos pengangkutan..


Dan takde lah sesak sangat klinik atau hospital sebab mereka ni terpaksa menunggu lama giliran walhal hanya datang untuk sambung ubat..


Kalamhati biasa teman mak ambil ubat darah tinggi dia..Tengok makcik pakcik yang dah tua menunggu lama..kesian pulak..dah la ada yang datang tu charter motorsikal budak2 kat kampung dorang je..huhu

8 comments:

Jo Qusary said...

apa agaknya yg akan terjadi kalo yg terima surat tu anak pakcik makcik tu... kena pulak anak yg berkerjaya sebagai mat pot atau pengguna dadah kronik... hm.

Kalamhati said...

>>Jo:
huwawawa naya jugak gitu..
mesti kena ada cara yang selamat utk sampaikan ubat tu..maybe kena tuannya sendiri yg sign penerimaan atau yg berkenaan saja

alinac lover said...

btoi juga..bole jimatkan duit tmbg
tp kena btoi2 smpi pada pesakit lah

buat posmen main2 pulak..jenuh la naya kt pesakit

S..U..D..@..I..S said...

betul tu cikgu
kadang nak ambil ubat sejenis dua...tunggu punya la lama lagi kasian yang dtg dari jauh

eelobor said...

serius, kawan amat2 bersetuju sekali dengan langkah ini. bagus ada peningkatan

MOH KEMBARA said...

Salam Cikgu Wan, satu peningkatan dlm perkhidmatan gomen. Dari ngabihkan duit rakyat buat projek2 tak berpekdah, elok gak buat projek cam ni!

azzey said...

langkah yg bagus ni..

p/s: entry kita sama...hi3..

Cma Shiema said...

sokong jugak~