Bila Hati Berbicara..Tangan Melagukan Rentak Seiring..Melahirkan Irama Yang Mewarnai Hidup Ini..
Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!
My Life's Journey
Saturday, January 8, 2011
PENCARIAN IMAM MUDA MUSIM KEDUA DIPERLUAS..(Saingan kepada peserta dalam negara)
Thursday, December 23, 2010
KEGEMBIRAAN BERTUKAR TRAGEDI..
Innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun..Sedihnya..Di saat keluarga lain maih bergembira meraikan kejayaan..keluarga mereka terpaksa menghadapi saat yang memilukan..semoga roh keduanya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin
Saturday, December 18, 2010
MENIPU UNTUK MASUK UNIVERSITI?
Friday, December 10, 2010
UPDATE: Kes Kematian Pengusaha Dodol..
Maut bergumpal bersama dodol
DI SINI...mesin pengisar dodol terbabit.
POTONG...mesib pengisar yang mengorbankan mangsa selepas dipotong bomba.
Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan Nik Roslan yang mengumpulkan kayu api untuk diletakkan di bangsal itu tergamam sebelum melihat badan ibu saudaranya bergumpal bersama dodol di dalam kawah berkenaan.
Difahamkan, mangsa sudah dua hari tidak pergi ke bangsal itu bersama anak perempuannya, Zarika Mamat, 40, kerana kedua-dua mereka demam.
Bagaimanapun, Wan Zainab pergi berseorangan kira-kira jam 8 pagi semalam untuk mengacau dodol menggunakan mesin baru dibelinya Julai lalu, berikutan sambutan menggalakkan sempena musim cuti sekolah ini.
Tuesday, December 7, 2010
TV Al-Hijrah Luaskan Medium Dakwah Baru

Sunday, December 5, 2010
FFAP Ke-54: Allahyarham Yasmin Ahmad Gondol Pengarah Terbaik
Wednesday, December 1, 2010
DOKTOR PALSU SAMBUT KELAHIRAN BAYI?!
NAIK LAGI?
---------------------------
Sesiapa yang pakai RON97 boleh la isi minyak penuh2 hari ni..huhu..kekadang ku isi gak RON97 ni kalau nak jalan jauh..Tapi sejak Guru Besar sekolahku duk bercerita yang BHP lagi jimat dan berkualiti minyaknya..Kalau nak balik kampung or turun KL, ku memang isi BHP..memang berbeza..
Tapi kena la support minyak tempatan juga kan..hehe tu kata GB ku la..bukan diriku..ngee
Tuesday, November 30, 2010
JAJAN IKAN KELI PUN ADAA..
Snek ikan keli dapat sambutan

Teruja pulak nak rasa!hehe..mesti sedap..sebab ku penggemar ikan keli..Mana tau lepas ni ada pulak snek ikan belut..hihi lagi gempak..
Tuesday, November 23, 2010
Patung wanita separuh bogel elakkan mengantuk ketika memandu?..@$%#&^%#@
**Nak tengok gambar patung dan berita lain tentang patung ni sila lawat blog BorakKosong..
------------------------------------
Astaghfirullah..elak rasa mengantuk atau tambah leka duk tengok patung tu sampai boleh sebabkan kemalangan..pihak berkuasa perlu memantau segera dan haramkan penjualan patung2 sebegini..Kalau kanak2 yang tengok, apa yg mereka fikirkan?hmm
Sunday, November 14, 2010
Bila Tiba Ajal..Takkan Tertangguh Lagi..
Friday, November 5, 2010
BERITA KEMALANGAN LAGI:BAS EKSPRES TRANSNASIONAL TERBABAS, SEORANG MAUT
-------------------------------
Hmm sepanjang pengalaman ku naik bas..Jarang bas Transnasional kemalangan..Mungkin jalan basah sebab musim hujan..Jangan bila keluar hasil siasatan, masih lagi berpunca dari 'bas dibawa dengan laju'..Maknanya kejadian2 sebelum ni hanya dipandang sebelah mata je..Tidak diambil iktibar oleh pemandu2 bas..
Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan..Al-Fatihah..
Thursday, November 4, 2010
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL DUN GALAS N45..
GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.
Pengumuman itu dibuat di tempat penjumlahan undi di Dewan Sivik Gua Musang di sini malam ini. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 Sept akibat barah usus.
DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar.
Seramai 9,555 pengundi atau 82.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum 2008.-Bernama
HMetro
Tuesday, October 26, 2010
SUPERBUG: Bakteria Kebal Ada Kat Malaysia?
-----------------------
Huhu takutnya..Semoga kita semua terselamat dari superbug ni..Ingat ye!Jangan ambil antibiotik secara berlebihan..Kena ikut arahan doktor..Nanti jadi kebal kepada semua penyakit..Susah nanti..huhu
Thursday, October 7, 2010
Kematian Tragis: Monyet Liar Bunuh Bayi
Tuesday, October 5, 2010
Tun Mahathir semakin sihat..Alhamdulillah
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons baik terhadap rawatan yang beliau terima di Epworth Hospital Melbourne Australia, setelah dimasukkan ke hospital itu kerana mengadu sakit dada.
"Para doktor gembira dengan perkembangan kesihatan Dr Mahathir dan beliau memberi respons baik kepada rawatan antibiotik serta fisioterafi," menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat bekas perdana menteri itu di sini.
Ahad pagi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir melawat bapanya di hospital itu dan menikmati sarapan pagi bersama-sama bapa dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.>>>selanjutnya
Monday, September 13, 2010
[UPDATE] KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI..
Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang2010/09/13
ANGGOTA forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting, semalam.
SALAH seorang suspek kes bunuh Sosilawati dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhanBANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakarTurut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan,” katanya.Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.
KRONOLOGI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI DAN 3 INDIVIDU LAIN..
6 September 2010Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.7 SeptemberDua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.8 SeptemberPolis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.9 SeptemberMedia melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.10 SeptemberKehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.11 SeptemberPolis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.
Sunday, September 12, 2010
[TERKINI] KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI LAWIYA: SUSPEK UTAMA DITAHAN..
Peguam, adik dan enam pekerja ditahan
12/09/2010 4:26pmBANTING – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.
Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.
Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.
Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.
Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. – Bernama
Wednesday, September 8, 2010
KDN Nafi Campur Tangan Urusan PDRM
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak Dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.
"Maka di dalam hal ini, urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali," katanya di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika membaca kenyataan tiga muka surat kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berikutan persaraan Musa, Isnin ini.
Sebelum ini, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan PDRM menjalankan tugas dan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.
Mahmood berkata, di peringkat kementerian, mesyuarat Pengurusan Logistik PDRM telah diadakan pada setiap hari Rabu bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan sumber manusia, pengurusan dan pembekalan PDRM.
Menurutnya ini bagi memastikan segala keperluan PDRM diberikan perhatiansewajarnya sejajar dengan penambahbaikan perkhidmatan PDRM.
"Sekiranya sesuatu permintaan itu tidak dapat dipenuhi, ianya kelihatan seperti KDN campur tangan dalam pengurusan PDRM.
"Walaubagaimanapun setiap permintaan dan perancangan PDRM seperti mana-mana jabatan kerajaan yang lain adalah tertakluk kepada dasar kerajaan, prosedur kewangan serta lain-lain peraturan yang berkaitan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata walaupun isu tamat kontrak Musa tidak dimaklumkan secara bertulis, namun ia telah dimaklumkan secara lisan seminggu sebelum tarikh pengumuman KPN yang baru dan turut dimaklumkan sekali lagi secara lisan pada hari yang sama.
"Urusan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Pegawai Kanan Polis perlumelalui Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang dipengerusikan olehMenteri Dalam Negeri.
"Seterusnya dipertimbangkan untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agongmelalui syor Perdana Menteri," katanya.
Sementara itu, Musa enggan mengulas apabila ditanya mengenai penafian KDN itu.
Ketika diminta mengulas cadangan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua supaya memfailkan laporan rasmi mengenai campur tangan pihak ketiga itu, Musa berkata beliau akan mempertimbangkan cadangan itu apabila menjadi orang awam secara rasminya pada 13 September ini.
Dalam sebuah laman web media, Tian Chua dilaporkan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi Musa mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang dilihat cubamembidas pihak tertentu dan melepaskan dirinya daripada beberapa isu.
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini selepas 41 tahun bersama pasukan PDRM itu. - BERNAMA
