Doktor Palsu Ditahan Ketika Bantu Sambut Kelahiran Bayi
KLANG: Seorang bekas tentera yang menyamar sebagai doktor sejak dua tahun lepas dan pernah membantu kelahiran sembilan bayi di sebuah klinik swasta di sini, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, hari ini kegiatan lelaki berumur 41 tahun itu terbongkar apabila seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang bekerja di klinik berkenaan membuat laporan polis pada 11 November lepas mendakwa dia telah dicabul oleh suspek.
Lelaki itu yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan sebelum ini sentiasa berpindah-randah dengan bekerja sebagai pakar perubatan di beberapa klinik di sekitar Lembah Klang bagi mengelakkan kegiatan liciknya dikesan.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, Mohamad Shukor berkata suspek ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi 22 Nov lepas ketika sedang merawat seorang pesakit yang hendak bersalin di sebuah klinik di Klang Utama.
"Selepas menerima aduan cabul pihak kami cuba mengesan suspek, bagaimanapun dia dikatakan pulang ke kampung untuk bercuti.
"Sebaik pulang dari bercuti kita berjaya mengesannya di sebuah klinik dan menahannya untuk membantu siasatan kes cabul," kata beliau.
Mohamad Shukor berkata siasatan lanjut mendapati suspek bukan seorang doktor dan hanya memiliki diploma pembantu perubatan dari sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan sebelum diterima masuk dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Katanya, suspek berhenti kerja pada 2006 semasa bertugas sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital tentera di Melaka dan sejak itu dia mula menyamar sebagai doktor di beberapa buah klinik.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki itu pernah melakukan penyamaran yang sama di Rawang dan Bestari Jaya.
"Suspek yang beristeri dan mempunyai sembilan anak kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyamar yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - BERNAMA
-------------------------------
Ikh macam-macam..Ngeri pulak..Nasib baik dah tertangkap..huhu
15 comments:
hehehe, mace2 pesen ore nih
nasib baik yg sudah disambut tu slmt..kalu tidak..parah..
>>eelobor:
tu la..pelik2 peghanga oghe loni..huhu
>>ummi sarah-najwan:
tu la pasal kak..ngeri je saya baca..kalu nak wat jahat sekalipun jangan la bab2 org nak melahirkan anak ni..huhu
ishh.. ngeri bila fikir..
>>Isza:
huhu nauzubillah..semoga kita terpelihara..
isy3..x takut ke menipu org lain? x paham betul..
errkkk...macam2 ada
takotnye.. pndai betul di mnyamar.
ISH XMAU BERANAK LA MACAM NI
salam kenal, salam ziarah
kunjungan balas di buat
terima kasih sudi singgah di blog saya yg tak seberapa tu...
i folo u kak!
semoga ikatan persahabatan berpanjangan.. amin..
>>luna:
huhu bila desakan nafsu menguasai akal..manusia sanggup buat pe je luna..huhu
>>Yana:
tu la pasal..mcm2 kejadian sekarang ni..huhu
>>MH:
tu la..huhu bleh plak terlepas smpi beberapa org sempat bersalin ngan dia..
>>Imanshah:
hehe takyah beranaklah..biar org lain tolong beranakkan..=p
>>My Little Diary:
thanks gak sebab sudi singgah sini..
semoga ukhwah berkekalan..=)
org skrg mmg suka nyamar la...
dunia2 makin takot la dunia arini...
>>Gayah:
betul tu..huhu kejahatan sana sini..
pandai budak tu... kalau dia tak report tu tah sampai bila laki tu nak menipu orang kan.. menakutkan je...
>>Amni:
tu la..tu pentingnya sikap prihatin kita..jangan diamkan je..kena report..demi menjaga keselamatan org lain
Post a Comment