Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, December 5, 2010

FFAP Ke-54: Allahyarham Yasmin Ahmad Gondol Pengarah Terbaik

TAIPEI: Allahyarham Yasmin Ahmad melakar sejarah negara apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik melalui filem terakhir arahannya "Mualaf" di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-54 di sini Sabtu malam.
Ketua Delegasi Malaysia ke festival itu, merangkap Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia Ahmad Puad Onah berkata anugerah itu merupakan julungkalinya dimenangi Malaysia sejak festival itu diperkenalkan.


"Ini merupakan detik bersejarah bagi Malaysia. Jika sebelum ini kita pernahmemenangi anugerah pelakon terbaik tetapi kali ini kita berjaya membolotanugerah tertinggi pada pertandingan filem serantau itu," katanya kepada Bernama selepas festival itu yang berlansung di Dewan Peringatan Dr. Sun Yet-Sen, Sabtu.
Ahmad Puad yang mewakili Allahyarham menerima trofi berkenaan berkata beliausangat berbangga dengan pencapaian Yasmin yang merupakan antara kenalan rapatnya kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia.
Muallaf yang dibintangi oleh pelakon muda berbakat besar, Sharifah Amani itumengisahkan tentang bagaimana tiga orang individu mencari ketenangan jiwamenerusi agama.
Yasmin meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangorpada 26 Julai tahun lalu kerana pendarahan otak pada usia 51 tahun.
Anugerah Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Yasmin itu merupakansatu-satunya trofi yang menjadi milik Malaysia yang turut menghantar lima buah filem untuk diadili di festival berkenaan kali ini.
Selain Mualaf, empat lagi filem Malaysia yang dipertandingkan ialah Magika,Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur, dan Cinta Ais Kacang.
FFAP dianjurkan oleh Federation Of Motion Picture In Asia Pacific (FPA), dimana kali ini ia disertai oleh 13 buah negara dengan penyertaan 37 filem cereka, 14 filem pendek dan dua buah dokumentari.
Malaysia sebelum ini menerusi beberapa penganjuran FFAP pernah meraih anugerah utama melalui Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yangmenerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada FFAP keempat pada 1957 menerusi filem Anakku Sazali, Maya Karin pada FFAP ke-49 (2004) serta Datin Seri TiaraJacquelina pada FFAP ke-50 (2005). - BERNAMA
mStar Online

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Cikgu Wan, gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga roh Allahyarhama dicucuri rahmat dan diampuni dosa2 yg lalu.

Kalamhati said...

Salam Kak Halima..

Amin..kita harap mudah2an macam tu la..semoga Allahyarhamah di tempatkan bersama para solihin..