Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, December 5, 2010

TERKEJUT ADA BAS DALAM RUMAH!!

PASIR MAS – Seramai 11 sekeluarga nyaris maut apabila sebuah bas ekspres merempuh rumah mereka di Kampung Wakaf Merah, Tendong di sini awal pagi semalam.
Pemilik rumah berkenaan, Wan Meriam Wan Idris, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi ketika beliau serta sembilan anaknya yang berusia antara tiga hingga 18 tahun sedang nyenyak tidur di bahagian atas rumah dua tingkat itu.
Suaminya, Zakaria Dollah, 66, berada di bilik air ketika bunyi dentuman kuat mengejutkan mereka sekeluarga.
“Saya terdengar dentuman selain bunyi penggera kereta.
“Apabila keluar untuk melihat apa yang berlaku, kami terkejut mendapati sebuah bas ekspres berada di dalam rumah kami.
“Selain bahagian hadapan rumah musnah, belakang kereta Toyota Corrolla SE saya juga remuk,” katanya ketika ditemui semalam.

---------------
Ngeri la pulak..huhu bahaya betul..

6 comments:

eelobor said...

saya pun terkejut gak bila baca tadi. cam ner lah boleh jadi kan

cikgu isza said...

ada kemalangan jiwa x?
harap semuanya selamat..

Kalamhati said...

>>eelobor:
tu la terkejut gak..huhu..kalau tak jalan licin dan bas laju..drebar ngantuk kot..huhu

>>Isza:
takde kemalangan jiwa sbb mereka semua tidur tingkat atas..mujur gak..

S..U..D..@..I..S said...

masih boleh bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa ahli keluarga wpun musnah hartabenda...

sarah-najwan said...

dok dlm bas pom takut
luar bas pun takut..huhu

minta dijauhkan dr segala mara bahaya ni..

teratai said...

malang mmg x berbau, duduk dlm rumah pun blm tentu selamat!