Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, October 26, 2010

SUPERBUG: Bakteria Kebal Ada Kat Malaysia?

GUA MUSANG: Satu kes "superbug", bakteria kebal kepada hampir semua antibiotik dikesan bulan lepas di Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Liow berkata bagaimanapun pesakit itu telah sembuh sepenuhnya dan tidak berbahaya kepada orang luar, namun kementeriannya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kes ini tidak merebak.
"Pesakit itu seorang pesakit perempuan dan telah dirawat di Hospital Ampang...beliau sudah keluar tetapi masih berterusan menerima rawatan.
"Tetapi beliau mempunyai sakit lain, leukemia...superbug tidak menimbulkan ancaman bahaya kepada pesakit tertentu ini...kerana bakteria ini hanya colonize iaitu pembawa dan dia bukan mendatangkan kesan kepada tubuh, bakteria itu hanya hidup dalam tubuh pesakit itu," katanya kepada pemberita semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini hari ini.
Beliau berkata, antara sebab berlakunya superbug ini adalah disebabkan pengambilan antibiotik berlebihan.
Kementerian Kesihatan telah memberi arahan kepada para doktor supaya mengikut prosedur ditetapkan dalam pemberian antibiotik dan tidak memberi dengan sewenang-wenangnya.
Kejadian jangkitan bakteria superbug mula dikesan pada 2008, dan direkodkan di seluruh dunia termasuk India, Pakistan dan United Kingdom. - BERNAMA
**mStar Online

-----------------------
Huhu takutnya..Semoga kita semua terselamat dari superbug ni..Ingat ye!Jangan ambil antibiotik secara berlebihan..Kena ikut arahan doktor..Nanti jadi kebal kepada semua penyakit..Susah nanti..huhu

2 comments:

Unknown said...

lor..ada pulak virus camtu ek..tkut lah

Kalamhati said...

>>Yong: tu la..huhu ngeri je