Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.
Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia.
Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.
Dalam tinjauan itu, beliau disertai Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail.
Taklimat disampaikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin mengenai persiapan agensi itu menghadapi wukuf.
Jamil Khir berkata empat jemaah yang meninggal dunia berumur 80 tahun ke atas; 70-79 tahun (lapan orang); 60-69 tahun (empat orang); dan 50-59 tahun (enam orang).
"Lapan puluh lima jemaah yang sakit tidak akan dihalang dari mengerjakan rukun haji. Mereka akan dibawa terus dengan ambulans ke Arafah dan dibantu urusan melontar jamrah serta tawaf haji dan saie haji," katanya.
Jamil Khir berkata 71 orang dirawat di dua hospital Malaysia dan 14 lagi di hospital Arab Saudi di Madinah dan Mekah.
Mereka yang dirawat terdiri daripada 46 lelaki dan 39 perempuan. Kebanyakan mengalami penyakit kulit dan sendi dan batuk.
Katanya 28 jemaah yang lemah daya ingatan, kelainan upaya atau uzur akan dibantu secara satu pesakit satu petugas TH sehingga selesai mengerjakan rukun haji.
"Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat....marilah sama-sama berdoa agar semua jemaah kita kuat dari segi mental dan fizikal supaya ibadah mereka lengkap dan mendapat haji mabrur," kata Jamil Khir. - BERNAMA
-------------------------
Bila baca berita ni tetiba rasa sedih..sebab keluarga kami pernah merasa pengalaman ni..Makcikku yang sulung meningal dunia di Tanah Suci pada tahun lepas..Pergi meninggalkan kami semua tanpa pesan..tanpa dapat kami jenguk dia ketika dia bertarung menghadapi kesakitan dan saat ajalnya..Namun, kasih Allah kepadanya mengatasi segala kudrat kami..Kami redha dengan pemergiannya dan bersemadi di bumi para anbiya' dengan penuh damai..
Kalau nak baca entry pasal makcik ku ni boleh jenguk SINI..
17 comments:
betul tu..jadi kita bersedialah dgn amalan dn segala perkara baik yg kita lakukan di dunia ini..semoga kita tergolong dalam kalngan org2 yg beriman
>>ummi sarah-najwan: betul tu kak..mudah2an ..insyaAllah
Hmm...nampaknya kena la mula buat haji semasa masih muda, sihat dan kuat...
>>Jo: betul tu..kalau cukup duit..dan ada peluang.. pegi waktu muda..nak beribadat pun mudah..insyaAllah..=)
Itulah janji2 Allah yang benar belaka. Bilakah dapat ke sana.
innalillah
ada juga orang berhajat nak mati di sana
bila ajal sudah tiba.. sedetik pun tak dapat mengelak..
>>eelobor: insyaAllah..doa byk2..mintak Allah murahkan rezeki..jika niat kita baik dan ikhlas..Allah percepatkan..=)
>>zila: innalillah..
>>imanshah: betul tu..kazen akak sorang mati sana..dia memang sungguh2 berniat nak mati kt sana..Allah makbulkan
>>Isza: betul tu..setiap kita akan pasti menemui mati..lambat dgn cepat je bezanya
innalillah
moga2 roh mereka dicucuri rahmat
innalillah ketentuan ALLAH untuk hambanya dibumi barokah
inallilah.......
semoga arwah ke 22 orang tersebut dimasukkan dalam golongan orang yang beriman...tempat yang paling suci disana....subhanallah
psst....baru nak tanya, kenapa dah lama tak namapk berblog...rupanya muncul gak...hehehehheh, rindu kamu
Innalillah....
moge ditempatkan dikalangan oghang2 yang beghiman...... amin
>>Tehr & Sud@is: amin..mudah2an
Sis Ayu: amin..insyaAllah..
psst sis, lately agak bizi sket..al-maklum la sekolah dah nak cuti..byk benda kena dibereskan b4 balik kampung..tu yg kejap2 je dpt jenguk..huhu
>>D08: insyaAllah..amin
sedey nya T__T
Semoga ruh-ruh arwah dicucuri rahmat Allah SWT..
dan semoga ruh arwah makcik KH tenang di alam barunya, ditempatkan bersama para salihin..
amiin..
Post a Comment