Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, November 5, 2010

BERITA KEMALANGAN LAGI:BAS EKSPRES TRANSNASIONAL TERBABAS, SEORANG MAUT

PEKAN: Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, malam Khamis.
Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Baharu menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Natayudden Hamdan, 25, akibat cedera parah di kepala dan badan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang parah, yang masih belum diketahui identiti itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam Khamis.
Menurut Yahaya, bas berkenaan membawa 33 penumpang: "Penumpang lain dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan," katanya.
Beliau berkata pemandu bas terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985.
Sementara itu di BENTONG, tiga maut manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Km3 Jalan Mempaga-Lakum kira-kira jam 10 pagi tadi yang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah kereta Mercedes.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt Rosli Abdul Rahman, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Mohd Zaihidi Zainal, 24, dari Felda Mempaga Satu; penumpang belakang kereta Wira bahagian kanan, Bakri Ibrahim, 28, beralamat di Jengka 12 dan penumpang hadapan kereta Mercedes, Kok Cheong Aik, 66, beralamat di Kuantan.
"Ketika kejadian, kereta Proton Wira dari arah Mempaga ke Lakum itu dikatakan bertembung dengan kereta Mercedes dari arah bertentangan, punca kejadian akibat pertembungan kedua-dua buah kereta itu masih disiasat," katanya.
Beliau berkata pemandu kereta Mercedes dan dua lagi penumpang kereta Proton Wira terbabit cedera parah dan kini dirawat di Hospital Bentong. -BERNAMA
**mStar Online
-------------------------------
Hmm sepanjang pengalaman ku naik bas..Jarang bas Transnasional kemalangan..Mungkin jalan basah sebab musim hujan..Jangan bila keluar hasil siasatan, masih lagi berpunca dari 'bas dibawa dengan laju'..Maknanya kejadian2 sebelum ni hanya dipandang sebelah mata je..Tidak diambil iktibar oleh pemandu2 bas..


Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan..Al-Fatihah..

9 comments:

azzey said...

Kalamhati:laju....laju.....dan masih laju. akhirnya kemalangan yang sama. bilalah nak berakhir sume ni kannnn.....

Kalamhati said...

>>azzey: itu la..huhu makin gerun nak naik bas musim2 ujan cemni..huhu insaflah wahai pemandu2..takyah la nak laju2 sgt

azhar said...

nauzubillah...apa dah jd nie....kemalangan sana sini....bencana sana sini....

cik hani said...

benda2 ni la yang buat saya takut naik bas..huhuhu.

mumumeow said...

jarang dengar bas trans accident..pelik cket...tpi x mustahil...

Kalamhati said...

>>mumumeow: betul tu..tu yg tekejut baca news tu..tp apapun boleh berlaku kan..cuma sy akan rasa terkilan kalau sebab pemandu cuai gak..huhu

eelobor said...

selain faktor jalanraya, memang faktor kecuaian adalah yang tertinggi

Kalamhati said...

>>eelobor: hmm betul tu..kotak hitam bas tu nnt akan menjawab segalanya

Anonymous said...

one of the passenger is my colleague...my office mate...etty farah..die sgt kritikal wat masa ni... sama2 doankan smoge die cpt sembuh...