Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, December 18, 2010

MENIPU UNTUK MASUK UNIVERSITI?

BOSTON - Seorang pemuda berusia 24 tahun, Adam Wheeler mengaku bersalah berhubung 20 dakwaan terhadapnya termasuk penipuan identiti sebagai usahanya untuk memasuki Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Boston Globe kelmarin.
Wheeler memberitahu hakim sebuah mahkamah di sini bahawa dia berasa malu dengan perbuatannya.
Dia diarahkan diletakkan dalam pemerhatian pihak berkuasa selama 10 tahun dan membayar AS$45,800 (RM143,651) sebagai ganti rugi selain menjalani sesi kaunseling.
Pemuda itu juga dilarang untuk cuba mendapatkan sebarang keuntungan dengan menjual kisahnya.
Pihak pengurusan Universiti Harvard mula menyiasat Wheeler pada September lalu selepas seorang profesor yang meneliti semula permohonannya untuk biasiswa Rhodes dan Fulbright.
Profesor itu mendapati bahawa pemuda tersebut telah memplagiat hasil kerja akademik yang dilakukan oleh pelajar lain.
Pihak pengurusan universiti itu mendapati Wheeler memalsukan transkrip Universiti Harvard supaya ia menunjukkan dia mendapat banyak A bagi membolehkannya layak mendapat biasiswa.
Pemuda itu kemudiannya diberikan geran penyelidikan lebih AS$45,000 (RM141,142), biasiswa dan bantuan kewangan dengan menggunakan hasil kerja akademik yang diplagiat.
Dia yang memasuki kursus utama bahasa Inggeris itu dibuang dari universiti tersebut pada tahun lalu selepas profesor tersebut membongkar penipuannya.
Semasa perbicaraan, dia mengaku menggunakan surat perakuan palsu dan memalsukan transkrip peperiksaan sekolah tinggi dan kolej.
Universiti Harvard merupakan universiti berprestij di AS dan salah seorang bekas pelajarnya ialah pengasas laman web Facebook, Mark Zuckerberg. - Agensi
-----------------------------------
Huhu janganlah buat macam ni ye adik2..Musnah hancur masa depan sekelip mata je.. Bila orang dah hilang kepercayaan kepada kita. Mana kita nak tuju lagi kan.. Jauhi plagiarism juga. Biarlah ilmu dan pembelajaran kita tu berkat..

11 comments:

Lydia Miza said...

salam
kalau menipu..lambat laun org tau jugak..huhu

IMANSHAH said...

manusia boleh tipu, allah tak boleh tipu ma!!

Ayuni said...

mcm maner klau org yg ske meniru dlm test n kuiz, samer jgk kn?

Jo Qusary said...

hahaha... ni kes org terlebih pandai

sud@is said...

ini sama kes dengan dr fadzli juga nmpaknya..

Kalamhati said...

>>LM:
salam LM..betul tu..cemana sorok pun lama2 akan terbongkar gak..

>>Imanshah:
huhu betul tu..tak dapat lari dr mata2 Allah yg mengawasi dan mencatat..

>>Ayuni:
tu semua berkaitan dgn keberkatan..benda yg kita dpt hasil mengambil tanpa keizinan kan berdosa..huhu

>>Jo:
hehehe memang pun..tp terjatuh gak..huhu

Kalamhati said...

>>Sudais:
huhu dr. Fazli tu konpem ek?huhu ruginya kan wat cemtu

Unknown said...

waaa..ptot dia bijak

misz myza said...

betul!! bila masuk u, jauhkan dari plagiarism ni... kena pandai cari sendiri dan tak leh nak copy sesuka hati.. huhuhuhu..

sarah-najwan said...

ada jugak gini..hehe..donia..donia..

Kalamhati said...

>>Yong:
ha'ah bijak menipu..hehe

>>Misz Miza:
huhu betul tu..nak copy boleh tp kena quote and mention author dia..then kita ulas dgn ayat kita sendiri..

>>ummi sarah-najwan:
hehe donia makin lama makin byk perkara dan perangai pelik..