Orang yang sepatutnya layak dipanggil ayah, menagih cinta dari seorang yang layak digelar anak. Terkilan dan sedih sungguh Kalamhati baca berita ni. Kenapa sanggup perlakukan sampai macam tu sekali hanya kerana cemburu. Iman tiada langsung ke di dada tu?..Hmm bila nafsu mengatasi akal waras..dah macam binatang. Malah lebih teruk dari itu lagi..
Kalian baca dan nilai sendiri..
JOHOR BAHRU: Nur Ain Ashikin Jemedi kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan setelah ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid oleh seorang lelaki, Khamis.
Puncanya ialah kerana Nur Ain Ashikin, 17, tidak membalas cinta lelaki yang berusia 42 tahun yang juga anak angkat kepada keluarganya.
Lebih menyedihkan, kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 pagi di rumah keluarga mangsa di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi turut membunuh kandungannya yang berusia 24 minggu.
Selepas serangan itu, suspek menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram.
"Suspek mendapat tahu bahawa mangsa keluar dengan lelaki lain," kata Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin sambil menyifatkan serangan tersebut bermotifkan cemburu.
Mangsa ketika kejadian sedang bersama adik perempuannya Nurrehan, 13, dan seorang anak saudara perempuan yang berusia dua tahun di dalam biliknya.
Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berasal dari Kampung Air Putih, Nam Heng, Kota Tinggi dikatakan tiba-tiba menendang pintu bilik itu.
"Dia kemudiannya masuk lalu menikam mangsa sebanyak 19 kali di bahagian kiri dan kanan punggung, belakang, pada kedua-dua belah tangan dan peha mangsa.
"Tidak puas dengan itu, suspek kemudiannya keluar dari bilik tersebut dan kembali semula dengan gayung berisi asid serta menyimbahnya ke badan mangsa menyebabkan mangsa melarikan diri ke bilik air," kata Muhammad.
Nurrehan pula menghubungi kakaknya Suraidah, 27, yang ketika itu berada diDesa Cemerlang untuk memberitahu mengenai kejadian itu, yang kemudiannya datang ke rumah itu bersama ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail di sini.
Polis menjumpai pisau sepanjang 17 sentimeter dan botol berisi lebihan asiddi rumah mangsa yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut.
Muhammad berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata dan cuba membunuh.
Suspek direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.
Suraidah memberitahu pemberita bahawa keluarganya mengetahui suspek menaruhhati kepada Nur Ain Ashikin tetapi mangsa tidak mencintai suspek. - BERNAMA
9 comments:
giler la....
gila orang nie macam2 kak... dah nak masuk jadi mental la tuh kut
betul lah dikatakan cinta itu buta...
memang buta dan gila...
minta dijauhkan
>>dyba:
huhu tu la..betul2 gila ni..
>>eelobor:
memang gila la..huhu macam hilang akal je..
>>sudais:
ni dah tahap cinta gila ni..smpi hilang rasa kemanusiaan..huhu
huuuuuuu ramainya yang kena simbah asid nih...
Itulah manusia, bila akal da nafsu dah melebihi akal, akal jadi x waras..
>>rossoneri:
mudah plak nak dpt asid ni ek..huhu takut plak..
>>DeCrewz:
huhu sbb tu kena ada iman dan takwa di hati..utk neutralized evil side(nafsu ammarah) dlm diri kita
nafsu fitrah adakalanya boleh menjadikan manusia gila dan hilang iman...
haha, nasib baik saya ada sindrom asperger...
>>Jo:
hmm betul tu Jo..iman perlu teguh..jika tidak nafsu menguasai diri
hehe akak excited lg nak tau pasal sindrom ni..
Post a Comment