Bila Hati Berbicara..Tangan Melagukan Rentak Seiring..Melahirkan Irama Yang Mewarnai Hidup Ini..
Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!
My Life's Journey
Wednesday, September 1, 2010
Kalu dahi tak cecah sejadah..
6 Perkara Allah Sembunyikan..
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail A.S. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S..W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Saturday, August 21, 2010
Cicak tokek?
Cicak tokek mampu jadi penawar penyakit HIV/AIDS?
DUA ekor cicak tokek kepunyaan Mohamad Fauzi di Bukit Setongkol, Kuantan.KUANTAN 7 Ogos - Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini yang memiliki dua ekor cicak tersebut berharap satu kajian saintifik dapat dilakukan bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.
Mohamad Fauzi Mohd. Norman (gambar), 42, berkata, dia mula memelihara dua ekor cicak tersebut selepas salah seorang daripada saudaranya memberikan haiwan itu kepadanya sebagai cenderahati.
Menurutnya, saudaranya itu menangkap cicak tersebut di kawasan hutan Hulu Terengganu dan ketika diberikan kepadanya, dia tidak mengetahui keistimewaan haiwan itu.
"Saya bertanya kepada kenalan dan merujuk dalam laman web mengenai spesies cicak ini sebelum mendapati ia amat bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak miliknya yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.
"Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.
Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.
"Saya anggarkan dua ekor cicak tokek yang saya pelihara ini masing-masing seberat 100 gram dan 90 gram. Tetapi saya percaya ia mampu untuk membesar lagi,'' katanya.
Sumber: Arkib Utusan Malaysia (8 Ogos 2010)
HUKUM TOKEKTokek dalam bahasa Arab disebut dengan kata Saamm Abrash. Nama ilmiahnya Gecko gekko. Binatang ini masih satu famili dengan cicak (Arab : al-wazagh), yaitu famili Geckonidae. Nama ilmiah cicak Cosymbotus platyurus.
Tokek hukumnya haram, karena terdapat nash-nash yang memerintahkan membunuhnya. Adanya perintah membunuh suatu binatang adalah dalil haramnya binatang itu. Sebab membunuh binatang tanpa menyembelihnya akan membuat binatang itu menjadi bangkai (al-maitah). Padahal bangkai hukumnya haram (Lihat QS Al-Maidah : 3).
Imam Syaukani telah membuat bab khusus dalam kitabnya Nailul Authar dengan judul Bab Mengenai Binatang Yang Pengharamannya Dipahami dari Perintah Membunuhnya atau Larangan Membunuhnya (Bab Maa Ustufiida Tahriimuhu min Al-Amri bi-Qatlihi aw An-Nahyi ‘an Qatlihi). (Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/484).
Dalam bab itu ada beberapa hadis, antara lain riwayat Saad bin Abi Waqqash RA bahwa Nabi SAW telah memerintahkan untuk membunuh cicak dan Nabi SAW menamainya fusaiq (binatang kecil yang fasik/tidak taat).” (HR Ahmad dan Muslim).
Dalil hadis ini menunjukkan adanya perintah syara’ untuk membunuh cicak. Perintah syara’ untuk membunuh cicak adalah dalil bahwa cicak itu hukumnya haram.
Namun pengharaman di atas tak hanya untuk cicak, namun juga meliputi tokek. Para ulama menganggap tokek dan cicak masih satu jenis, sehingga hukum tokek sama dengan hukum cicak, yaitu haram. Imam Nawawi berkata,”Menurut ahli bahasa Arab, cicak (al-wazagh) masih satu jenis dengan tokek (saam abrash), karena tokek adalah cicak besar.” (Imam Nawawi, Syarah Muslim, Juz 7/406). Pengarang kitab Aunul Ma’bud menerangkan bahwa, “Cicak itu ialah binatang yang dapat disebut juga tokek.” (Aunul Ma’bud, Juz 11/294). Imam Syaukani berkata,”Tokek adalah salah satu jenis cicak dan merupakan cicak besar.” (Imam Syaukani, Nailul Authar, Juz 12/487).
Berdasarkan penjelasan di atas, hukum haramnya cicak dapat juga diterapkan pada tokek, karena cicak dan tokek dianggap satu jenis. Maka tokek pun hukumnya haram. (Imam Syihabuddin Asy-Syafii, At-Tibyan limaa Yuhallal wa Yuharram min al-Hayaman, hal. 116; Imam Nawawi, Raudhah Ath-Thalibin, Juz I/389; Tuhfatul Muhtaj fi Syarh Al-Minhaj, Juz 41/240; Mughniy Al-Muhtaj, Juz 18/194).
Dan jika suatu binatang haram dimakan, maka menjual-belikannya haram juga. Hal ini sesuai kaidah fiqih : “Kullu maa hurrima ‘ala al-’ibaad fa-bai’uhu haram.” “Segala sesuatu yang sudah diharamkan atas hamba, menjual-belikannya haram juga.” (Imam Taqiyuddin an-Nabhani, Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, Juz 2/288).
Akan tetapi jika tokek itu akan dijadikan obat, maka menjualbelikannya boleh dan tidak mengapa. Sebab berobat dengan sesuatu yang haram hukumnya makruh, tidak haram. Nabi SAW pernah mengizinkan Abdurrahman bin Auf RA dan Zubair bin Al-Awwam RA untuk berobat dengan sesuatu yang haram, yaitu mengenakan sutera karena mereka terkena penyakit gatal-gatal (HR Ahmad, no. 13178). Padahal sutera haram dipakai oleh kaum laki-laki. (HR Abu Dawud no 3535, An-Nasa`i no 5053, Ibnu Majah no 3585, Ahmad no 891).
Berdasarkan kaidah fiqih di atas dapat ditarik pemahaman sebaliknya bahwa kalau sesuatu itu tidak diharamkan, maka menjual belikannya juga tidak diharamkan. Jadi, menjual belikan tokek untuk kepentingan pengobatan itu boleh dan tidak mengapa. Wallahu a’lam.Sumber: Darulhuffadh
Friday, August 20, 2010
Tahukah anda?..

Sebenarnya dah lama nak share info pasal azan ni..tp terlupa..Alhamdulillah tadi sesambil menghabiskan juadah berbuka..Astro oasis menayangkan fakta tentang azan ni...Lalu terus ku google fakta-fakta yang sesuai dari blog2 insan yang lebih arif tentang ni..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagardi barat India.Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Monday, August 16, 2010
Yang kita selalu buat..tp tak tahu maksudnya..
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujudDalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada AllahRabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecilTetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan AllahUlangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenanganKemudian sampaikanlah permintaan kedua,Warhamni (sayangi aku)Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnyaBukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allahyang kita terimaUlanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..Wajburnii (tutuplah aib-aibku)Warfa'nii (angkatlah darjatku)Warzuqnii (berilah aku rezeki)Wahdinii (berilah aku petunjuk)Wa'Aafinii (sihatkan aku)Wa'fuannii (maafkan aku)Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..Dalam tidak kitasedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohonsesuatu....pikir2kan lah....**Syukran jazilan sahabat saya Ustz Wan Khairi Al-Hafiz atas pesanan berguna ni..-----------------------------Maha Suci Allah..hmm ada betulnya..kadang2 bacaan dalam solat tu kita tak tau pun apa maknanya..Baca kerana itu yg perlu dibaca...yg kita belajar dari kecik smpi ke besar..Sekali-sekala apa salahnya kita cuba belek2 kembali panduan solat atau google aje mana2 info dan panduan tentang solat..Hayati maksud bacaan2 dalam solat..insyaAlah solat kita akan lebih khusyuk..akan terasa betapa kerdilnya kita di depan Allah Ta'ala..insyaAllah sama2 kita revise balik perlakuan dan bacaan solat kita..
Wednesday, August 4, 2010
Jom Solat..

Kem Solat yg telah diadakan di surau sekolah semalam..utk tahun 3..Hmm tahap penguasaan amali solat perbuatan masih pd tahap sederhana secara puratanya..Faktor utama tak lain tak bukan..dorang tak solat pun di rumah..kebanyakan parents mmg tak titik beratkan langsung soal solat anak2..Kem solat sebelum ni dorang dh diajar dan dorang dah menguasai tp bila blik umah semua lupa..Utk kem seterusnya cikgu2 kena ulang balik dr awal..begitulah selalunya..Semoga Allah permudahkan urusan kami..
