Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, September 1, 2010

Kalu dahi tak cecah sejadah..

Yang biasa dengar radio IKIM mesti selalu dengar sajak ni dibacakan..dengan penuh perasaan..bergetar dan sejuk gak kaki ni bila dengar time driving..so nak share kat blog lak..pesanan utk kita bersama..Hayatilah dengan HATI yang khusyuk
----------------------------------------------------

Bersihkanlah
dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah
kamu sebelum kamu
diwudhu'kan!

Bersolatlah
kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu
ditutupkan!

Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah
yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku
menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....

Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad.....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah
dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah
kamu sebelum kamu disedarkan..

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana
ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!

Namun
ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia
menyeru,....
Sambutlah
seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah
kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk
itik tak sudu!

Tapi
Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta.....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

No comments: