TUMPAT - "Saya orang Islam, saya ada agama. Saya tahu yang mana halal dan yang mana haram. Jangan cakap sebarangan kalau tidak ada bukti, itu fitnah dan fitnah itu berdosa."
Demikian kata-kata seorang bomoh, Zuber Muda, 60, yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan penduduk Kampung Kajang Sebidang dekat sini apabila didakwa menggunakan kubur bapanya yang meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu untuk upacara perubatan dan pemujaan.
Menurutnya, berikutan cerita mengenai kubur tersebut yang kini menjadi bualan ramai selepas laporan yang disiarkan oleh media, beliau dan ahli keluarga bertindak merobohkan semua binaan di atas kubur itu.
"Saya tidak berasa sedih dan terkilan atau berat hati untuk merobohnya kerana ketika saya mula membinanya dulu pun, ia dibina tanpa ada apa-apa niat selain hanya sebagai tanda ingatan serta kasih saya dan keluarga terhadap arwah bapa.
"Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber ketika ditemui di rumahnya semalam.
Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai tempat untuk berubat dan pemujaan.
Jelas beliau, selepas menerima nasihat daripada imam kira-kira pukul 9 pagi Ahad lalu, beliau bersama anak-anaknya telah merobohkan pondok yang dibina dengan harga kira-kira RM1,000 itu yang beratapkan nipah, berpagar batu serta dihiasi jubin.
---------------------
Kalau nak baca cerita yang sebelum ni..Boleh klik SINI....Alhamdulillah..terjawablah kemusykilan tentang pondok kuning tu..Pondok tu dibina sebagai tanda kasih kepada seorang bapa..
12 comments:
kita pun tak tahu apa sebenarnya yg berlaku
>>imanshah:
tu la..cuma kita harap dijauhkan dr benda2 khurafat ni
Cik Kalamhati...
maap cakap leee..... kasih pade bapak pun.....takdele sampei binaan camtu....... mengundang syirik nanti oooo
>>D08:
betul tu..sy qoute ckp pakcik tu je..hehe..memang tak sepatutnya buat gitu..besar dosa syirik ni..nnt tak dpt pengampunan dr Allah..huhu
robohkan aje klo byk wat ramai org sesat...
Facebook New Messages: SMS, Email & Chat Semua Dalam 1
>>velasrizal:
betul tu..bagus la dia dah robohkan semua..sekurang2nya tak mengelirukan orang..dh la dia bomoh..
begitu rupanya..tapi yg dikhuatiri takut ada yang menyalahgunakannya
memang patut di robohkan. alhamdulillah sebab ada yang alert pasal ni..
itulah yang sebaik-baiknya..
setuju..semoga tidak timbul fitnah
bagus tindakan pakcik tu
untuk mengelakkan lebih banyak kecelaruan
>>ummi sarah-najwan:
tu la..tindakan bijak telah dibuat oleh pakcik tu..robohkan terus..
>>Miss Taty:
Ni lah salah satu peranan yg patut dimainkan media..sedarkan org ramai..
>>Isza:
ha'ah..kalau tak ramai yg sesat nnt
>>Sis Ayu:
betul tu sis..
>>Sudais:
itu yg kita harapkan..
Post a Comment