Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, November 21, 2010

Pondok Kuning Atas Kubur?


INILAH pondok kubur berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, Tumpat 
yang mencetuskan tanda tanya penduduk.


TUMPAT - Kewujudan sebuah pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang bersebelahan sebuah masjid dekat sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan sejak dua bulan lalu.
Pondok tersebut yang berukuran panjang tiga meter dan lebar dua meter dengan lantai jubin serta beratapkan daun nipah dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan.
Penduduk mendakwa pondok tersebut dibina oleh dua lelaki termasuk seorang penduduk tempatan yang mengaku bomoh.
Malah seorang bomoh terbabit baru berusia 18 tahun.
Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati dua payung berwarna kuning dipacak di atas kubur yang ditabur dengan pelbagai jenis bunga.
------------------------
Err kampung ni dekat je ngan kampungku..huhu ada lagi yang percaya dengan khurafat ni ek..Sapa la yang bina pondok ni..Kena tunggu berita lanjut dari Kosmo hari ni..Excited gak nak tahu gerangan bomoh2 bertuah yang bina pondok ni..huhu


9 comments:

IMANSHAH said...

dekat juga ngan umah ambo ni..umah demo kat kat mana

sud@is said...

khurafat masih beroperasi, semuga ada yang tampil membantu operasi cegah sebelum bercambah

Kalamhati said...

>>imanshah:
err jolo ko?umah ambo kampung laut..demo duk mano?huhu


>>sudais: harap2nya gitu la..sebelum jadi bertambah teruk..huhu

noor said...

mcm2 hal skrg nih...ishhhh2

Kalamhati said...

>>noor: huhu tu la..menyedihkan je..masih ada yg percaya khurafat

azzey said...

Kalamhati: mcm2 hal lah skrg ni kannnnn...utk apalah pondok kuning tu agaknya....

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

aku rasa nanti bila kereta dah terbang pon masih ada orang buat benda2 khurafat. =/

Kalamhati said...

>>azzey: tu la pasal..huhu excited nak tau citer selanjutnya


>>Danial: huhu betul tu..makin mcm2 khurafat yg dicipta kot

Rina Rossoneri said...

isk,seramnya..