Hari ni nak kongsi info untuk cikgu-cikgu pulak..hehe maklumlah i ni kan cikgi, so bias pada bidang tugas keguruan ler..hihi
Cakap pasal dunia mendidik anak2 murid ni, toksah kata takde cikgu yang tension dan meroyan bila anak didik yang diajar tak dapat menguasai ataupun takde semangat nak belajar. Ditambah pulak dengan kerenah yang beraneka warna dan perisa itu..hehe dengan yang tak bawak buku, yang takde alat tulis, buku hilang, tidur dalam kelas dan sebagainya.
Alkisah, hari Jumaat lepas kat sekolah KH ada Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Bersama Guru Tahun 6. So sebagai salah seorang guru Tahun 6 walaupun tak mengajar subjek UPSR kena hadir juga untuk diperkenalkan kepada ibu bapa.
Masa sesi soal jawab, ada sorang ibu kepada murid keluar. Dia juga seorang guru dan memang kami guru2 kenal dia. Ingatkan dia nak ajukan pertanyaan, rupanya dia nak kongsikan pengalaman dia jadi cikgu. Macamana dia tension setiap kali masuk ke kelas. Kelas yang diajar pulak biasanya kelas terakhir dan kedua terakhir. Memang masak la!
Sampai pernah satu masa blood pressure dia naik mendadak sampai 190 you! Siap masuk hospital lagi dan doktor sahkan dia memang kena hyper-tension. Yelah masuk kelas asik hot temper je. Yang tidur dalam kelas, yang tak bawak buku dan yang melawan cakap cikgu.
Dan alhamdulillah, dia bersyukur sebab Allah temukan dia dengan beberapa buah blog pendidik yang memang mengubah diri dia 360 darjah. Dia lebih seronok mengajar sekarang ni setelah applykan teknik2 mendidik cara mengikut sunnah. Dan teknik2 ni juga dia apply dalam mendidik anak2 di rumah.
So KH nak panjangkan info yang sangat berguna ni. Menyampaikan ilmu itu adalah dituntut oleh Rasulullah kan. Nak2 lagi ilmu yang memang menjadi sunnah Baginda. Yang Baginda apply bila berurusan dan berhubungan dengan para sahabat.
Korang boleh jenguk ke blog-blog ni
http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/
http://ustazah-engineer.blogspot.com/
http://khairulaniza.blogspot.com/
Harap dapat membantu kita untuk mendidik dengan lebih baik. KH dah jelajah blog-blog ni. Dan banyak kali jugak la berjuraian airmata terharu perkongsian pengalaman mereka tentang anak-anak murid yang dah berubah. Rasa semangat pulak nak mengajar.
Garang dan tengking bukan cara terbaik mendidik kerana Nabi Muhammad sentiasa guna cara yang berhemah dan berhikmah bila mengajar atau menegur kesalahan sahabat-sahabat.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment