Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASULULLAH S.A.W 1434H..

Salam 'alaikum..

Wlupun dah petang, belum terlambat lagi nak ucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua rakan blogger yang berkunjung ke teratak KH ni (ade keerrr yg berkunjung?hehe)

Mustahillah kalau ada yang lupa hari ni hari apa kan? Memang nak kena smack down klu lupa. Nak2 pulak memang cuti umum hari ni.

InsyaAllah, kita takkan lupa tarikh bersejarah ni kan. Lahirnya insan mulia yang menyebarkan cahaya iman ke seluruh alam melengkapkan semua agama2 yang terdahulu. Lahirnya khatimul anbiya' (penutup semua Nabi) yang menjadi pemimpin, penghulu dan idola atau Qudwah yang terbaik kepada kita semua..

Sempena hari mulia ni, sama-sama kita perbanyakkan lagi selawat kita kepada Baginda lebih dari hari-hari biasa. Semoga syafaat baginda akan jadi milik kita di akhirat nanti.. InsyaAllah.

Tema Maulidur Rasul tahun 1434H ni adalah:

"WASATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"




LAU KA NA BAINANA

Andai Rasulullah masih ada bersama kita
Pasti yang jauh dan dekat akan datang padanya
Mengharapkan kebaikan Rasulullah sebelum ia berakhir
Dengan harapan dapat mendampingi Rasulullah
Kerana mendampinginya jiwa menjadi tenang
Dan doa akan diperkenankan oleh Allah

Cahaya Rasulullah tidak pernah hilang
Wahai Tuhan, makbulkan hajat kami untuk bertemu dengannya
HidayahMu ibarat alam yang terbentang luas
Sebagai kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Bicaramu bagaikan sungai yang jernih
Berdampingan denganmu bagaikan dahan segar dan basah

Ku tebuskan diriku dengan dirimu, Wahai Rasulullah
Wahai Muhammad, yang memuliakan segala makhluk
Berada di sisimu jiwa menjadi tenang
Wahai pembawa rahmat bagi sekelian alam

Wahai kekasihku...wahai Muhammad
Wahai penawarku.. wahai yang sentiasa dipuji
Kelebihanmu tidak dapat disangsikan lagi
Maha Agong yang berselawat ke atas Baginda


Bila dengar nasyid ni, macam ada satu perasaan rindu yang tak dapat digambarkan. Semoga kita semua dapat menatap wajah Baginda dan mendapat syafaat Baginda nanti.. Bi iznillah!


Selamat bercuti sambil menghayati sirah perjuangan Baginda bersama family!=)

No comments: