Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, January 24, 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013

Semalam 13 Januari 2013 bersamaan dengan hari Rabu (ayat mcm nak umum raya jek..heww) sekolah KH telah selamat menyerahkan bantuan awal persekolahan kepada sejumlah 1082 orang murid.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun hujan turun sepanjang majlis berlangsung. Demi kerana duit Rm100, ribut taufan pun sanggup diredah (ayat tambahan penyedap rasa je nih..huhu)

Tengok kepada kehadiran parents yang memang memenuhi dewan terbuka sekolah, KH bayangkan alangkah seronotnya jika seramai ini juga yang hadir bila mesyuarat PIBG atau apa2 program akademik yang melibatkan anak-anak diadakan oleh pihak sekolah..huhu hope tahun ni penuhlah dewan sekolah..

Udah2 membebel.. yang penting setiap orang murid dah dapat hak masing2..dan semoga hak itu digunakan utk kemaslahatan pelajaran mereka. Dibelanjakan untuk melengkapkan peralatan persekolahan anak2.

Ok ok ok (ala laa sengau Johan Jozan tu..) kita layanzz je la gambar-gambar yang sempat KH amik sepanjang majlis berlangsung. Kekok plak rasa bila pakai kamera kecik..huhu tp best jugak sebab tak lenguh dah tangan ni pakai DSLR gedabak tu..


Persediaan sebelum majlis bermula

 Semua guru kelas berkumpul untuk penyerahan duit mengikut kelas masing2



 Kira jangan tak kira!Kalau salah kira sendiri tanggung..hehe

 Lepas mereka kira duit dan betul jumlahnya..kena isi borang akuan penerimaan..
haa byk prosedur..sebab taknak timbul masalah kemudian hari.


Majlis bermula pada jam 12.40 petang sebaik sahaja ketibaan tetamu-tetamu penting iaitu ADUN Pulau Manis dan 2 orang Tok Empat (sebab ada 2 kampung)





 Bacaan doa oleh Ustaz Shahrin

 Ucapan perasmian oleh YB Khairudin (ADUN Pulau Manis)

 Penyerahan wang bantuan kepada ibu murid (cikgu sekolah ni jugak ni..hehe)

 Anak cikgu jugak ni..hehe



 Sabar menanti..huhu

Terima kasih cikgu!!

Untung siapa yang anak ramai bersekolah..hehe ada cikgu sekolah KH yang dapat sampai lima enam ratus campur anak sekolah rendah dan menengah. Dapatlah balik modal beli peralatan sekolah anak-anak hujung tahun hari tu kan..hehe

Yang paling bagus, ada yang tak usik pun duit tu. Masuk dalam simpanan anak-anak.. mana-mana yang terbaik la kan. Janji duit yang dapat tu digunakan sebaik mungkin untuk pendidikan anak-anak. 100 tu kalau dinilai dengan harga barangan sekarang ciput je dapatkan? Tapi setakat nak beli sepasang lagi kasut dan baju anak boleh dah (ditujukan kepada mak ayah yang baju anak tak bertukar lagi tahun ni..huhu adaaa kan?) Yang mak ayah mampu beli lebih dr dua pasang excluded ye..hehee

Alhamdulillah..selesai sudah entry ni. Keraih jari jemari lama tak update..hew2

Ayuh berselawat! Sollallahu 'alaa Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam..

1 comment:

Anonymous said...

That is why we require fast access to the digital camera.
With My3G, apps think they are utilizing WiFi instead of 3G.
So there was no need to pay a hefty cost to get maintain of
the favourite video games.

Check out my webpage :: best installous alternatives
for ios 7 (theabujainquirer.com)