Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, January 25, 2013

Andai Ia Terjadi Kepada Insan Terdekat Kita.. RIP: Willian Yau Zhen Zhong

Sedih bila tengok news tadi. Hmm hancurnya hati seorang ibu bila mayat kanak-kanak yang ditemui dikenalpasti melalui tanda2 di badan adalah serupa dengan anak yang hilang.. Kalau ni terjadi kepada orang terdekat kita, adakah mampu utk kita hadapi dengan tenang kan..

Tambah sebak bila baca status member KH kat fb:


Sebak dan terkesima dengan berita penemuan mayat anaknda William.Ada mesej yg sedang disampaikan Tuhan kepada kita. Ini kisah anak yg hilang, ditemui mati belum lagi kisah mati dibelasah ketika dalam jagaan polis.Meneruskan doa bacaan dari Surah Al Quraysh, "allazi at'amahum min ju' wamanahummin khauf..waa manahum min khauf..waamanahum min khauf..Moga Allah pelihara anak-anak kita dan mengamankan kita dari perasaan takut serta gerun!

Rest in peace.. Condolences utk family William Yau atas kehilangan anak kecil permata hati mereka ini..:(
Identiti Mayat Hanya Akan Diketahui Selepas Keputusan DNA
William Yau Zhen Zhong
KLANG: Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya, kata sumber polis pada Jumaat.
"Ia 50/50, mayat itu sudah reput. Tidak boleh beritahu sama ada terdapat parut (di dahi) atau tidak," katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa akan menunggu keputusan ujian DNA sebelum membuat pengecaman muktamad," katanya.
Post mortem telah diselesaikan dan pasukan forensik dari Bukit Aman dilihat meninggalkan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 1.30 petang.
Keputusan akhir ujian DNA akan mengambil masa selama beberapa hari.
Ibu bapa kepada Wlliam Yau Zhen Zhong yang hilang pada 16 Januari lalu diiringi keluar oleh polis kira-kira pukul 1.40 petang.
Mereka meninggalkan bilik mayat tanpa bercakap kepada pemberita dan ibunya dilihat menangis.
Mereka tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11 pagi untuk memberi sampel bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti identiti mayat dan diiring polis ke bilik mayat.

4 comments:

whitecappuccino said...

sedihnya...:( kejamnya sesiapa yg bunuh anak kecil ini.

Kalamhati said...

>>ciknor:
hmm tu la..sedih sgt tgk mak dia nangis td

eita said...

sanggup orang tu buat jahat kat budak2...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak kH..
sian kat mendiang..
semog apa yg berlaku dijadikan ikhtibar buat kita...