Semua senyum je sebab hari ni Hari Jumaat.. hehe esok dan lusa boleh berehat dari segala kesibukan kerja. Masa untuk bersama family terchenta kan.
Haa balik semula kepada tajuk kat ataih tu. Ni bukan pasal elak lembu or biawak mahupun monyet yang tetiba melintas tengah jalan ni.. (eh korang mesti penahkan terkezut banget bila tgh2 syok drive tetiba makhluk Allah yang tak diundang melintas..kuusss semangat!!haihhhh)
Melalut udah.. korang mesti pernah tengok rancangan Elak-elak yang ditayang di Astro Warna tu kan? Satu rancangan yang agak menarik dengan pendekatan yang relevan serta diselit dengan sedikit pedoman agama oleh Al-fadhil Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz. Antara pelakon2nya adalah Saiful Apek, Rahim R2, Arin Raja Lawak dan Jihan.
sumber: Astro
Cumanya kan, yang buat diriku ralat sedikit sikit adalah salah seorang pelakonnya adalah perempuan. Dan rancangan ini is considered sebagai rancangan yang bercorak komedi dan agama, sebab Ustaz Hassan Mahmud akan bagi penerangan dan tazkirah berkaitan dengan isu dan penyakit jiwa dalam masyarakat yang dilakonkan oleh pelakon2 tu.
Dah kalau Saiful Apek dan Rahim selalu jugak jadi watak perempuan. So tak perlulah kot pelakon perempuan sebab Jihan tidak bertudung dan yang menyaksikan mereka tu seorang ulama yang disegani. Better semua lelakilah kan, nak pegang2 dan gurau pun senang. Mata pun terjaga.
Hanya sebuah pandangan dari salah seorang penonton yang agak setia menantikan rancangan Elak-elak ni ke udara. Ia kerana ada pengajaran dan peringatan yang diselitkan. Setiap kali tengok, setiap kali itu juga hati ni macam tak berapa berkenan dan tertanya2 kenapa tidak pelakon perempuan memakai tudung ataupun tak perlu ada pelakon perempuan.
Baru sesuai nak war-warkan rancangan tu berbentuk motivasi dan pedoman agama kot.. peace!
No comments:
Post a Comment