Lusa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bakal berlangsung. 11-13 Sept 2012.. Dan seperti kebiasaan, sebelum UPSR sekolah KH ada adakan Majlis Solat Hajat Perdana. Tahun lepas dan tahun sebelumnya buat di masjid. Tapi tahun ni pihak PIBG decide nak buat kat sekolah iaitu di dewan yang bakal berlangsungnya exam tu nanti.
Alasannya, nak tengok kesungguhan parents. Kalau buat kat masjid, tak ramai yang datang. Jemaah masjid yang lebih ramai dari parents yang sepatutnya datang. Ada betulnya jugak, memang bukan paksaan, cuma nak tengok keprihatinan dan sokongan terhadap anak2 mereka.
Pendaftaran murid..yg tak hadir nahas la..hehe
Ucapan ringkas daripada YDP PIBG
Para guru, ibu dan anak
Jemaah lelaki
Semoga mereka berjaya..amin
AJK Makanan ready utk agihkan makanan
Yang ni pulak ialah Majlis Titisan Ilmu. Juga acara tahunan sebelum UPSR di mana pada majlis ni guru-guru akan menghalalkan semua ilmu yang telah diajar selama ni dan memaafkan segala kesalahan murid-murid agar mereka tenang untuk menjawab ujian nanti.
Rasanya takde cikgu yang berdendam dengan anak2 murid..hehe. Anak-anak murid yang ada simpan rasa yang macam2 dalam hati terhadap guru pun perlulah lepaskan semua. Nak mintak maaf ke, nak kena debik nangis sepuas hati ke, nak peluk cikgu ke (err sesama jantina je), dorang boleh buat waktu ni.
Pasang je lagu 'Lau Kaa Na Bainana', terus hujan cikgu2 ni..huhu
Guru-guru dah ready berbaris utk bersalaman dengan anak2 didik
Anak jantan yang mula-mula sekali menitiskan air mata..Beria dia nangis
huhu cikgu2 pun nangis tengok dia nangis
Restu dan pelukan dari 'ayah' mereka
Tengok cikgu Rosni ni nangis dan peluk anak2 didik dia..
berjurai jugak diriku.. guru sejati
Ciuman seorang ibu utk anak2 didik
Guru-guru tahun 6 dah bekerja keras untuk memastikan anak2 murid berjaya dengan cemerlang..
Semoga usaha mereka akan terbalas dengan kejayaan yang dicapai nanti..
Tugas berat terpikul di bahu mereka.. Namun, amanah tetap ditunaikan
dengan sepenuh hati.. Kagum dengan kegigihan mereka
SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA CALON UPSR 2012!
Semoga Allah kurniakan kejayaan yang cemerlang..amin!
**Siapa kata kerja guru mudah?hehehe.. Semua kerja ada cabaran dan rintangannya kan. KH senyum je bila baca satu entry yang rakan blogger copy dari satu blog yang begitu berani memperlekehkan tugas seorang guru. Tapi dia dah pun mohon maaf bila ramai yang hangin dengan entry tu. KH anggap si penulis tu masih terlalu mentah. Baru nak kenal dunia tapi sudah rasa diri matang dan cukup dewasa.. Takpe la dik.belajar dari kesilapan..=)
8 comments:
solat hajat dan qiamulalil sekolah akak thn ni diadakan di masjid... cuma budak form 5 dan fm 3 yg betul2 nak sertai je yg 'diajak' sama sebab x guna paksa2..
majlis restu ilmu spm plak 19 Oktober nanti, rasa2nya malas nak jumpa budak2 tu, bukan dendam tapi hati dah luluh,..
hihihihi teringt zamn dulu2... ngs gak dulu... ahahahha
selamat berjaya utk adik2. insyaAllah doa2 ibu bapa mengiringi mereka.
ank sedaro pn amek upsr jgk. debar plop.
esok upsr bermula....
gd luck untuk semua pelajar tahun 6...
anak sedara ita ada 2 orang ambik upsr
Salam kak kh..
Huhuh.. mesti mendung je suasana ni kan?
Apepun.cma doakan mereka yg menduduki exam ni dpt mnjawab dgn lancar.
Tahniah jugak utk akak sbg guru yg berdedikasi.
gudluck utk mereka
selamat berjaya semua.penat jerih semua pihak insyaallah akn membuahkn hasil yg manis.
uishh wan ..
ida tgk pic dan baca punn dah bergenang air mata huhuh
semoga mereka berjaya
suatu perjuangan kan ..
kita sama2 doakan mereka
hari nie last day UPSR kan ..
ps :wan nanti joint HOM di vistana 30hb nie nak ?? kita jumpe di ktn nie je .. ;)
Post a Comment