Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, September 19, 2012

Den Jakun Sebab Kat Sekolah Den Takdo!!

Salam 'alaikum!

Lamanya tak ketuk kibod.. Nak kata busy sangat tu idak ler jugak. Buat-buat bz jer kot..hahaa

Hari tu kan.. KH jadi pengawas peperiksaan UPSR kat satu sekolah. Tahun ni dapat merasa pengalaman jadi pengawas di SJK (C).. Bila tahu tu cuak jugak..hehe ye la. Dah la Ketua Pengawas dan diriku bayangkan mestilah pengawas2 yang akan kerja dengan KH mostly berbangsa Cina. Tapi rupanya sama ramai.. ada 6 orang cikgu Melayu. So idak ler teman gabra sangat..hehee

Haa ada benda yang KH jumpa kat sekolah tu yang takde kat sekolahku.. Ni yang jeles niii! Kena usulkan kat bos ni..hahaa mau kena pelangkung kang


Eco chalk nama dia! (memang jakun betul diriku..hehe).. Tapi betul
first time jumpa selama 8 thn jadi cikgu ni


Basah pun boleh tuliiss.. Yang bestnya ia tak berdebu..
So selamatlah cikgu2 dan murid2 nak guna..ini tidak, sepanjang diriku
jadi cikgu dah banyak kali dah hilang suara bila kena debu kapur tulis..


 Ni pemadam khas dia.. ada air kat dalam kotak tu.. sebelum guna kena
celup dulu pemadam tu biar dia basah.. then sapulah kat blackboard tu



Ada satu lagi!! Haa yang ni KH paling setuju kalau ada kat sekolah!

 Tadaaa.. kan kemas gini. Takde la tunggang langgang je penyapu2..
Selalu kalau masuk kelas..bersepah je penyodok dan penyapu depa buat main
Kagum lak tengok semua kelas kat sekolah ni kemas dan bersih

 Ada pulak cikgu kelas yang pi tempah benda ni lepas ni..hahaha
Tapi KH terfikir gak, kalau kat sekolah KH boleh percaya ke benda akan
kekal macam ni sampi hujung tahun? Kang hilang trus cangkuk2 tuu..hehe


4 tahun jadi pengawas, ni sekolah yang paling tenang jiwa jaga exam. Murid-murid sangat hormatkan cikgu2. Asal lalu je depan dorang mesti bow.. Mujur tak bow macam jepun je..hehe kelas2 yang tak exam memang tak bising pun. Tabikk!

Start je dorang beratur tepi kelas sebelum masuk ke dewan exam, tak dengar suara pun. Ada sorang dua cikgu yang tengok dari jauh pegang rotan. Cikgu disiplin kot.. hehe tapi kalau kt sekolah KH, letak rimau pun depa tak heran kot..hehe mulut memang tak pernah diam. Lagi kita larang lagi depa buat. Macam menganjing balik kat cikgu2..huhu

Semua ni pengalaman yg sangat berharga.. Banyak yang boleh diambil dan dijadikan contoh dan ikutan.. InsyaAllah!

Semoga semua calon UPSR akan mendapat natijah yang cemerlang.. Lebih cemerlang dari tahun lepas.. Amiinn

Wallahu a'lam

20 comments:

dee said...

kapur tu ohsem!

Unknown said...

ayu pun baru tengok

mmg ada kelainan.
bestnya jadi pengawas exam

chaiyok u semua students

Syazwan Che Deraman said...

kreatif lah.

sementara wan tunggu kerja pilot.
sekarang ni wan jadi cikgu ganti.

kat sekolah menengah.
adoii..budak budak.
hari hari sakit tekak dok jerit.

Kak Sam said...

Bagus...bagus...bagus. Mungkinkah semua sjk(c) gunakan benda ni?

Unknown said...

stuju ngn akk

tp skng kn da gne papan putih kak?

YanaHime said...

wow! kapur pun dh eco friendly. nampak sgt dh lama tinggal zaman persekolahan, hihi!

aizamia3 said...

ai tengok pun jakun.. ;)
tak pernah jumpa lagik kapur cenggitu..
best arr sekolah tu..


psstt: pernah ke sekolah anak dulu uruskan pertukaran sekolah, kita tegur cara baik budak2 yang dok panjat kerusi meja kat kantin, dorang boleh ejek balik.. macam menganjing kita balik.. perghh... tergugat gak kesabaran.. :)

izazeyza said...

idea yang kreatif lagi menyihatkan

Mila@Rimbun said...

untuk letak penyapu tuh ada jual di ikea... lebih senang sebab plastik n ada pemegang batang penyapu tuh

Kalamhati said...

>>dee:

mmg ohsem!hehe

Kalamhati said...

>>Ayu:

nak tulis pun smooth je tau ayu pakai kapur ni..hehe

best mmg best tp penat sket sbb kena berdiri je..duduk jarang2 je..huhu

Kalamhati said...

>>Wan:

ada jugok pengalaman wan jadi cikgu..hehe pilot teacher! bleh ke istilah tu..hik mandai je

Kalamhati said...

>>Kak Sam:

tak sure kak sam..maybe jugak kan..=)

Kalamhati said...

>>Iffah:

kat sekolah akak certain klas still guna papan hitam lg iffah..huhuu

Kalamhati said...

>>Yana:

jgn kan yana..kak wan yg duk kt sekolah ni pun baru jumpa jugak..hehehe

Kalamhati said...

>>kak aizamia3:

ye ke?huhu kdg2 sedih gak tgk perangai2 anak2 murid ni..nape makin lama dorang makin hilang rasa hormat..huhu salah siapa

Kalamhati said...

>>izazeyza:
kan?hehe sekurang2 selamat sikit utk guna..=)

Kalamhati said...

>>La:
ye ke?aku nak kena suggest kt bos aku nih..biar dia beli utk skolah..hehehe

Kak Mahh said...

Masih guna kapur ke? Ooooo..saya alergik dengan kapur tu..

Naramas Aman said...

Chewah...baguslah eco chalk ni...nak beli kat mane ek?