Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, August 26, 2012

Kenangan Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri utk semua.. Masih dalam mood raya tho mood skang ni tah ke mana sebab dah kembali ke tempat bermastautin. Hati masih lagi tertinggal kat kampung..huhu

So, sambil2 cari balik mood, nak tempek dulu kenangan raya tahun ni. Walaupun raya tahun ni tak cukup korum sebab 2 orang abang beraya kat rumah mak mertua dorang tahun ni. Namun, suasananya tetap jugak meriah dengan anak2 sedara KH yang dekat 2 dozen tu..


 Seperti biasa lepas solat aidilfitri.. Sesi bersalam-salaman dan bermaafan
Sesambil tunggu bonda balik dari surau.. Dia biasanya lambat sikit sebab
membantu jemaah perempuan lain sediakan juadah utk jemaah2 selepas solat

 Salam sambil mengepow duit raya..hehe

Family kakak sulong bersama bonda

 Family paling meriah!hehe family abang yang kedua

 Family abang yang keempat (anak bongsu lelaki la nih..hehe)

 Family kakak atas KH..

 Kami adik-beradik.. 6 orang dari 8 orang semuanya

 Geng Hawa!

 Geng Adam yang memonopoli family..huhu

 31 orang daripada 42 orang semuanya termasuk bonda

Yang takde family bergambo ngan bonda je la..hehe

 Lepas sesi fotografi biasanya kitorang terus ziarah pusara arwah ayah..
Bonda tak ikut.. Selalunya memang dia tak penah ikut.. Kami adik-beradik je

 Kita akan ke sini juga suatu hari nanti.. At least ia mengingatkan kita kepada mati, bukan
setakat ziarah dan sedekahkan doa sahaja..

Selesai ziarah pusara, kami semua terus pergi beraya di rumah makcik (kakak mak) dekat kampung sebelah. Dia pun dah uzur dan tak berdaya dah nak jalan jauh2.. Tunggu anak2 sedara dan cucu2 datang bertandang..

Malamnya pulak, kitorang serbu rumah pakcik lak (adik mak).. KH ada sorang pakcik dan makcik je lagi yang tinggal. Tu pun belah mak. Belah ayah dah takde semua dah. Ayah yang terakhir meninggal dunia. Yang tinggal kazen2 je belah ayah. Kebanyakan yang rapat duk kat KL.. So lepas raya baru dapat jumpa.

Cemana raya korang? Mesti meriah giler kan..

Eid Mubarak!Semoga kalian semua diberkati Allah..


24 comments:

Syazwan Che Deraman said...


lama tak singgah sini.
terlepas pandang kot.

selamat hari raya cikgu.

ramainya, gege la rumoh.
meriah!.

Unknown said...

selamat hari raya kak

nk duitttt

Kalamhati said...

>>wan:
meme gege gegok umoh..hehe

selamat hari raya utk demo jugop..=)

Kalamhati said...

>>Iffah:
selamat hari raya utk iffah gak..

hehee meh la beraya kt kuantan..=D!

Totie@Tomy said...

selamat hari raya..seronoknya beraya kat kg..paling seronok tengok family kh yang ramai..rasa pasti meriah..

eelobor said...

ambo pom puah ati kelik cuti rayo tahun nih....

missina said...

selamat hari raya KH,,bestnya dpt bergambar 1 famly camtu,,,kami belum sempat nk bergambar terus pecah sana sini,,hehee,,

IMANSHAH said...

meriah nya, selamat hari raya kak wan

kurus said...

salam wan ..
wahh meriah dgn anak sedara lah wan nie ye .. pasti banyak prepare duit ekke ;)

ieda ke kubur raya ke dua .. kalau gi selalunya kami kuar awal2 pagi .. risau panas lah huhuh

maszull said...

assalamualaikum KH...selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)

Mass said...

alhamdulillah....famili akak lagi meriah rayanya...siap bergambar semua...hehehe...

Hanis MY said...

Merioh sungguh behnyo ado sesi bergambar, salam aidilfitri...

Mila@Rimbun said...

Salam aidilfitri T... walaupun takde 2 family, tp meriah yerr... ramai anak2 sedara yg dah besar2.

Nur-nba said...

Selamat Hari Raya buat Kak Wan sekeluarga... :) Maaf zahir dan batin.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam lebaran kak kh..
meriahnye tgk pic satu keluarga tu.. :)

نورعيم said...

wahh kak wan, lawanyo warna sedondon. huhu.

selamat hari rayo kak wan.

umiyumi said...

Salam singgah..
harap masih tak terlambat mengucapkan selamat hari raya.. wah seronoknya beraya di kampung, kat mana ni ya? :)

ckLah @xiiinam said...

Lebih kurang sama ramainyandengan rakyat jelata ckLah...hehe.

Selamat hari raya dik. Terima kasih sudi ke Sanggar Maya ckLah ya...

izz iizza said...

meriah betul ni..:) cantik jer gambar dari yg atas tu..masing-masing sedondon..kalau semua keluarga camtu mesti lagi cun..hihi

Anum Shukri said...

selamat hari raya dan salam kemerdekaan dari saya..
wahh..meriahnya family dia..

Ce'gu JAERA said...

salam aidilfitri kak.. memang meriah sangat2....

azieazah said...

Kenapa mak tak pernah pegi ikut ke kubur arwah ayah? Dia terlalu sedih atau sebak? Sayu baca, mungkin dia ada cara sendiri untuk mengenang insan yang tersayang itu...

Nampak gaya, warna coklat dan grey banyak menjadi warna tema ya.
Best nya dapat bergambar gambar sebegitu. Sungguh mahal kenangan itu..

whitecappuccino said...

selamat hari raya wan! best family besar.

Bunda_nora said...

...sesiapa yg pernah kehilangan orang terdekat pasti merasa sangat kerinduan dihari lebaran ini..yg nyata mati itu PASTI..