Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, July 17, 2012

Kalau Murid Dibenarkan Bawa Handphone dan Gajet Ke Sekolah..

sumber: FuhSantai


Malam tadi keluar berita, KH boleh buat bodo je lagi. Macam dengar tak dengar je suara newscaster yang duk khabarkan pasal hal ni.. Tak kisah la kunun..huhuu

Tapi pagi tadi, on the way ke school, pasang Hot.Fm pun duk bincang isu ni jugak!Haha dah la cikgu nak ke sekolah dan bayangkan sikap murid-murid sekarang yang kebanyakannya dah kalis dengan disiplin dan peraturan sekolah. Rasa macam nak je call Hot.Fm tu bagi pendapat jugak..hehe tapi apakan daya, cheq nak cepat pi sekolah, ada Pelancaran Program Kibarkan Jalur Gemilang weh! (Macam la dapat kalau call pun..kihkih)

KH sangat2 bersetuju dengan pendapat sorang caller yang bergelar ibu. Dia bagitau yang anak dia dah 4 tahun pakai handphone. Anak remaja la kot ni. Memang takde masalah pun setakat ni if tak bawak handphone ke sekolah. Yang jadi masalah bila si anak bawak handphone ke kelas tuisyen dan cikgu tuisyen report kat si ibu tu yang anak dia tak tumpukan perhatian waktu tuisyen sebab asyik duk main handphone je.

So, dia sebagai seorang ibu memang tak bersetuju kalau murid-murid dibenarkan bawa gajet-gajet canggih ke sekolah sebab akan timbul banyak masalah nanti.

Then Fafau saje je provoke si ibu, 'nanti kesian anak puan terpaksa beratur panjang untuk call puan guna public phone then nak cari syiling lagi'. Si ibu jawab 'saya memang bekalkan lebih duit syiling pada anak saya supaya senang dia nak call'..haha

Then DJ2 provoke lagi, 'kalau public phone rosak cemana?'.. Si ibu bagi jawapan bijak 'anak saya boleh mintak tolong cikgu dia call, sebab setiap bulan saya bagi RM5 kat cikgu kelas dia untuk call saya kalau ada apa2 emergency'

Hahaha nak provoke apa lagi, si ibu ni memang cukup prihatin sampai sanggup bagi duit kat cikgu kelas anak dia setiap bulan untuk kredit handphone kalau ada emergency berlaku kat anak dia. Baru la betul, bukan nak manjakan si anak dengan bawa handphone ke sekolah.

Tak bawak handphone pun depa susah nak tumpukan kepada pelajaran. Kalau ada handphone taktau la cemana. Timbul satu lagi masalah disiplin lain kot. Waktu kelas tambahan dah boleh tengok dah. Dorang ni diberi kelonggaran bawak handphone. Apa jadi? Cikgu duk ngajar kat depan, dia duk taip mesej kat dalam laci meja.. Haaa nanti kalau bawak handphone waktu persekolahan rasmi, maunya sebelah tangan dorang manjang je bawah meja..

Nanti timbul pulak masalah lain. Handphone hilang la kena curi dek kawan. Lagi satu kerja cikgu nak kena settlekan. Haihh

Rasanya tak perlu kot.. Setakat ni guru yang bertugas atau mana2 guru masih mampu nak call parents dengan handphone depa kalau ada emergency. Telefon sekolah pun ada. Kalau KH senang je, budak datang jumpa bagitau sakit or tetinggal duit ke ada emergency apa2. Terus tanya budak tu ingat ke tak no handphone mak atau ayah dia. If dia tak ingat pun senang je, pi cari dalam buku register kelas. Mesti ada no handphone. Telefon je parents. Habis cerita.. Takdenya cikgu kedekut setakat nak call mak ayah seminit dua tu.

Konklusinya, pada pendapat KH.. TAK PAYAH LAA (ni nada manja ni..haha)

What say you?=)

18 comments:

Unknown said...

salam pkenalan....
setuju sangat dg cgu...
huuuu tak leh bayang mmana nak kawal
mereka....1001 masalah akan timbul jika bawa hp ke sek.
percayalah ibu bapa....

atuk said...

Assalamualaikum KH

demam PRU13 dah dekat

kesian cikgu2...bertambah kerja


Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Tinta Emas said...

X setuju...cadangan yang mengarut!

☾SHiemaCMa786☾ said...

betul kak kh...x payah ler....
adesss...mcm2 la sekarang ni..

Ayen... said...

kwn pun setuju gak x payah bwk lgpun klu boleh bwk kang mau ade cikgu2 yg kena gelak ngan anak murid sbb henset dieorg lg canggih/mahal dari yg cikgu punye,hahaha...

Mila@Rimbun said...

kalau tak salah, dari berita tuh bukan takat boleh bawa hp, tp boleh bawa ipad or tablet sekali kan... fuhhh tak setuju tak setuju.

so far anak aku tuh takde telefon lagi walaupun dah darjah 4. dah banyak kali request tp tak dpt approval lg hahaha. Rasanya takdelah penting sgt ada hp, kecuali kalau ada lawatan or aktiviti luar sekolah. kalau emergency normally cikgu call guna office sekolah.

che mid said...

TAK PAYAH... capital letter lagikk..

Hanis MY said...

stuju2 tok payoh la bowok g skoloh... nati duk belek hp jah

whitecappuccino said...

tak tau la lagu mano nati..tamboh lagi la khijo cikgu..

Unknown said...

bertambah mencabar kerjaya cikgu sekrng ni yer...semoga semua cikgu tabah dan sabar selalu:)

Izan Ishak said...

izan pun setuju sgt2 kak pasal tak perlu nak bawa hp ni ke sekolah. hmmm... kalau nak diikutkan sgt permintaan anak2 ni sampai ke sudah pun tak abis kan.

aliza said...

akak pun kata x payah...

settlekan masalah dsiplin dulu br nak pikir pasal benda remeh temeh ni, selama ni pun kredit hp cikgu le yg diguna untuk call ibu bapa,..

YanaHime said...

bg yana, nak bwk henpon boleh tp kena ada guideline. tak boleh bawak yang fancy2 ada kamera semua tu. cukup bg bwk yg cap ayam dahlaa...setakat utk call, msg... dr satu sudut berguna jugak henpon kalau2 ada emergency. public pulak byk yg kena vandalise. Yana sendiri penah terkena, nak guna public phone tp dah hilang gagang

kurus said...

ieda memang x setuju
harap kerajaan kaji semula huhu

salam ramadhan al mubarak wan ..
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan tahun ini .. insyaallahh ;)

Sunah Sakura said...

first sekali...

WOW! Ibu tu seorang yang sangat teliti!

second...

saya pun kurang setuju juga dengan benda ni...sebelum ni da larang, kenapa nak bagi pulak? takut nanti murid2 lebih dari cikgu bila masa P&P..hehehe...

tapi masih dalam perbincangan kan...gomen tengah tengok pro n conts...

Jujubabes said...

betul tu KH, setuju ..shaz rase lagi byk cons dr pro ..kalau btol la emergency kat skola, bgtau laa cikgu ..kan ke tanggungjawab cikgu tu ..

Anonymous said...

isu ni cikgu2 pun duk bincang dlm bilik guru. tak payah la bagi students bawak handphone. nnt kene tubuhkan 'biro kehilangan handphone' pulak kat sekolah. tambah lagi satu masalah kat cikgu2.

teratai said...

Menyusahkan...sebab itu 'tak payah'.