Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, July 16, 2012

Percubaan Yang Menjadi..Tahniah Team Robotik Sekolah!

Alhamdulillah berbaloi dorang bersusah payah..tak menentu tidur dan makan selama dua minggu lebih. Percubaan yang membuahkan hasil. Daripada tidak yakin langsung untuk menyertai pertandingan, tetapi setelah ramai yang memberi semangat agar sekolah kitorang mencuba. 

Maka, guru-guru Sains ni gigih berusaha agar impian sekolah untuk sertai pertandingan yang tidak pernah pun terlintas dek pihak sekolah utk sertai selama ni.. Dan inilah hasilnya, sekolah KH mendapat tempat kedua dalam pertandingan tu. Alhamdulillah!

Tema pertandingan "Robot Connecting People".. Dan sekolah kami buat robot 'School Traffic Guard'.. Yang jadi Johan tu buat robot yang boleh bertinju. Mana yang lebih tepat dengan tema pertandingan?hehe mestilah yang lebih banyak bagi benefict kepada people kan?

Khabarnya, sebab sekolah kami first time masuk competition ni, dah yang menjadi juara sudah 'establish' sebab juara bertahan. So, diiktiraf menang. Nak buat cemana dah itu keputusannya..huhu

Takpe. Tahun depan boleh cipta kejayaan yang lebih baik. Sekurang-kurangnya ni akan jadi pengalaman untuk kami, untuk pertandingan akan datang. InsyaAllah!

Bergambar kenangan bersama guru pembimbing
Yang tudung coklat tu orang kuat..sampai demam cikgu ni..
Memang dia angkut abih anak2 dia berkampung kat sekolah..huhu

 Memasang komponen2 penting
(Hapiszurrahman, Alia dan Adlan Shahin)

Mereka bertiga tengah gigih 'menjinakkan' robot mereka..hehe

Tho diriku tak terlibat sepenuhnya, hanya jadi tukang amik gambar dan video serta tukang edit video untuk exhibition dorang pada hari pertandingan tu je. Tapi menguji kesabaran jugalah sebab kekangan masa. 

Ikut plan dorang akan bertolak ke Mentakab pukul 2 petang hari Rabu lepas, tapi dekat jam 6.30 baru dorang bertolak. KH berjaya siapkan video jam 6.00 petang. Dorang bermalam di homestay malam tu untuk prepare apa yang patut before hari pertandingan Khamis tu.


**Sekadar kenangan untuk KH dan perkongsian pengalaman dengan kalian..=)

9 comments:

whitecappuccino said...

Tahniah buat skoloh yati..! tak cuba tak tau dah cuba tengok tu...menang jugok!!!

eelobor said...

yang penting penyertaan....

eiela said...

tahniah buat budak-budak tuh kak.

c u m u h a m a said...

Assalamualaikum :)

Maaf yea mengganggu .Nak minta tolong skit boleh ?

Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share skali la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012

alinac lover said...

tahniah pd dorang

Tinta Emas said...

Tahniah pada sekolah KH..
Berbakat sungguh pelajar KH tu..Bakal berjaya kelak..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

wahhh...tahniah3...

Ayen... said...

Tahniah...hebatlaa tu.

Izan Ishak said...

tahniah3!!!

seronok tgk anak2 kecil dah didedahkan dgn skill camni...