Nak kongsi satu cerita yang mungkin boleh jadi peringatan bersama..
Semalam satu sekolah kecoh bila ramai murid kehilangan duit yang ditinggalkan di dalam kelas. Semua murid perlu turun ke padang kerana ada Sukantara yang melibatkan semua murid Tahap 2 dan murid Tahap 1 berlatih untuk acara pada Hari Sukan minggu depan.
Kecurian tu berlaku kat salah satu kelas Tahun 1 dan Tahun 6. Dalam RM80 jugak la duit budak-budak tu yang hilang.
Kami guru-guru menyangka ada orang luar yang berjaya menyelinap masuk ke kelas sewaktu semua orang di padang. Takpun memang di kalangan murid-murid sendiri yang panjang tangan. Maybe mintak izin dengan guru ke tandas tapi melencong ke kelas dan amik peluang untuk mencuri duit kawan-kawan.
Lepas mesyuarat mingguan guru-guru semalam, bos mintak semua guru disiplin tunggu sekejap. Kami dapat agak yang bos mesti nak bincang tentang kejadian kecurian tu kot.
Then, pagi tadi sampai je kat ofis untuk tulis kedatangan, Penolong Kanan HEM bagitau yang si pencuri tu sudah dikenalpasti. Whaooww cepat betul dorang kesan! Dan yang buat diriku terkejut, bila dia bagitau yang buat tu adalah murid perempuan..diulang..murid perempuan. Hah!
Bos pun terkejut bila diberitahu murid perempuan. Dia macam tak percaya yang berani buat kerja2 macam tu adalah murid perempuan. Baru umur 10 tahun dah pandai ambil duit orang.. Hmm apa masalah dia sebenarnya..
Budak ni memang menjadi suspek utama rupanya sebab dah banyak kali kawan-kawan dia report bagitau dia ambil barang or duit kawan-kawan. Dan everytime disoal memang potong jari pun dia tak mengaku. Jadi guru terbabit just bagi nasihat je memandang amount duit dan barang yang hilang pun kecik je.
Tapi kali ni agak serius sebab ramai yang hilang. Dan pihak pentadbir sekolah cuba panggil dia untuk siasat samada dia yang buat atau tidak. Awalnya memang haram la dia nak mengaku. Lepas bagitau kawasan sekolah ada cctv dan ia disambung terus ke balai polis, dia rasa kecut kot. Makanya mengakulah dia.
Dan yang lagi buatku terkejut monkey nya, dia mengaku dah banyak kali dah dia buat kerja tu. Berbelas-belas kali pun lebih kot. Waktu operasi dia adalah bila time assembly. Semua orang takde dalam kelas. Mungkin dia ambil sikit je jadi orang tak perasan ataupun orang yang hilang duit tu senyap je sebab dua tiga puluh sen je hilang.
Terkejut dan geram tu ye jugak. Tapi nak nangis pun ye jugak. Sebab dorang bagitau, bila tanya kenapa dia curi duit kawan-kawan kat sekolah. Dia jawab dia lapar. Mak dia bagi seringgit je untuk belanja sekolah. Kadang-kadang dia terliur tengok kawan-kawan makan nasi ayam la..nasi minyak la..roti canai la..sedangkan dia tak cukup duit nak beli. So dia curi duit kawan-kawan untuk beli makanan.. huuuu sedih
Hmm nak salahkan siapa? Parents hanya bagi seringgit utk belanja sekolah. Apa yang boleh dibeli dengan seringgit tu? Air je dah 50 sen. Dan budak ni tak dapat bantuan RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Cemana boleh jadi cemtu? Guru RMT cuai ke? Bukan guru yang cuai, tetapi parents yang tidak cakna. Bila bagi borang mungkin tak isi dan hantar kembali ke sekolah. Tak pun dokumen tak lengkap.
Bagi KH, masalah budak ni memang bermula dari rumah. Si ayah dengarnya baru keluar penjara. Mungkin pendapatan si ibu tak cukup nak sara hidup keluarga. Jadi, belanja sekolah anak-anak pun kadang-kadang bagi kadang-kadang tak. Anak yang lapar ni, ambil jalan mudah untuk dapatkan duit.
Mula-mula curi sikit sebab terdesak nak beli makanan sebab lapar. Lama-lama jadi seronok sebab dapat banyak duit dan boleh beli macam-macam.
Kesian ada..kesal dan terkilan pun ada.. KH kesian dan sedih bila budak ni terpaksa mencuri untuk makan. Bergenang airmata bila tau. Dalam masa yang sama rasa kesal dan terkilan kerana masalah keluargalah yang mencorak titik hitam dihati anak kecil ni.
Hmm.. hope Allah bagi solution terbaik untuk atasi masalah ni kepada pihak sekolah.. Ya Allah, Kau jinakkanlah hati-hati anak-anak kecil ini supaya cintakan ilmu dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji.
7 comments:
susah kan nak cakap sbb tanggungjawab bersama. faktor sekeliling yang mencorakkan sikap tersebut. semoga langkah terbaik dapat di cari untuk penyelesaian demi masa depan agar tidak terjejas.
wan kesian tengok murid yang ada kes sebab masalah keluarga.
harap harap, budak tu nanti sedar, tak ulangi lagi kesalahan tu dan cerah masam depan budak tu nanti.
byk moral dlm kisah ni.. yg penting sama2 mngmbil pernanan baik guru, ibubapa dan kengkawan.. pd budak tu.,really hope dia diberi perhatian supaya dia xterjebak lg..
seringgit? tu kos belanja saya masa skolah rendah hujung tahun 80'an hingga awal tahun 90'an. Sekarang tak dapat dah belanja ape ngan duit singgit tu... kesian budak tu...
Salam kak KH..
aDa sihat ini hari..?? :p
ermm..sedih baca entri akak ni..kesian pun ada dgn budak tu..
xtau nak salahkan siapa..
Salah anak yg berumur 10 tahun tu ke krn lapar dan mencuri..?
Salah ibu ke bg bagi Cuma RM1 utk belanja anaknye..?
Salah pihak sekolah..??
Ermm..salah siapa?
cma doakan semoga dioermudahkan segala urusan pihak yg berkaitan utk mencari solution ya kak :)
Amin…
aduhaiii
sedih .. hurmmm walau macam mana sekalipun kena ajar budak2 tu , kalau nak @ tak ada duit kena mintak , jgn dgn mencuri
kesalahan mencuri berat hukumannya .. kecik2 jadi besar nanti tuu lebih menyedihkan kan wan ;)
terima kasih semua atas pandangan dan komen..insyaAllah KH akan cuba membantu pihak sekolah agar solution terbaik dpt dibuat demi masa dpn budak tu..
Post a Comment