Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, April 6, 2012

Iktibar Dari Kisah Ibu Ikan dan Anak-anaknya..

sumber: Google

Ingat-ingat lupa dah kisah ni..Tapi ia lebih kurang macam ni. KH karang ikut ayat KH sendiri..Kisah yang mungkin boleh kita ambil sedikit iktibar..


Dalam sebuah kolam, tinggal ibu ikan bersama-sama anak2nya. Suatu hari, si ibu berpesan kepada anak2nya. Wahai anak-anakku, andai suatu hari kamu melihat seekor cacing yang terapung di tengah-tengah kolam, jangan kamu memakannya. Si anak bertanya kepada si ibu kenapa mereka tidak boleh makan cacing tersebut.

Maka si ibu menjawab, "Kerana di dalam perut cacing tersebut terdapat keluli yang sangat tajam. Apabila ia terkena kepada lelangit kamu, ia akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat..Bukan setakat itu saja, selepas itu badan kamu akan diangkat naik ke permukaan air dan kamu akan dibawa keluar dari dunia kamu ini ke dunia lain di luar sana. Belum habis lagi penderitaan kamu, badan kamu akan dikelar-kelar dengan pisau yang tajam".

"Penderitaan kamu bukan terhenti saja di situ, belum hilang lagi kepedihan hasil kelaran tersebut, kemudia badan kamu akan dilumur dengan garam dan kunyit pula. Betapa pedih dan azabnya menahan kesakitan. Kemudian badan kamu akan dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak yang panas, yang mana ia akan menggoreng badanmu sehingga garing"

"Kemudiannya badan kamu akan dicubit dan dicarik-carik dan isi badan kamu akan di makan oleh manusia. Jika kamu tidak mahu merasa penderitaan dan kesakitan itu, maka kamu jangan dekati cacing tersebut walaupun ia nampak begitu sedap dan lazat"

Suatu hari hari sedang anak-anak ikan bermain di dasar kolam. Mereka ternampak ada seekor cacing di tengah kolam yang kelihatan sedap dan menyelerakan. Mereka terus menyerbu ke arah cacing tersebut. Tetapi salah seorang dari mereka mengingatkan, " ibu sudah berpesan supaya kita jangan makan cacing ni. Nanti kita akan disentap oleh keluli dalam perut cacing tersebut yang menyakitkan dan kita akan di bawa keluar ke dunia lain"

Berkata seekor lagi anak ikan, "alah ibu hanya nak menakutkan kita sahaja..sebenarnya tidak ada apa yang akan berlaku..rugi kalau kita tak makan cacing ni"..Dan ikan tersebut terus memakan cacing tersebut, lantas mulutnya direnggut keluli yang sangat tajam dan cukup menyakitkan dan dia dibawa keluar dari dunia kolam tersebut ke dunia lain di atas sana. Barulah ia sedar bahawa apa yang diberitahu ibunya benar belaka.

Itulah akibat tidak mendengar nasihat. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Pesanan orang tua perlu kita dengar kerana mereka lebih mengetahui.

Sama jugalah dengan kehidupan kita, cacing tu umpama dugaan-dugaan yang Allah turunkan kepada kita. Walaupun nampak indah dan menarik perhatian kita, ia belum tentu memberi kebaikan kepada kita. Jika Allah melarang kita dari melakukannya pasti ia ada kemudaratan dan mendatangkan dosa kepada kita.

Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Bila kita dah berada di alam sana, kita tidak dapat lari lagi dari azab dan pembalasan ke atas segala perbuatan kita. Ujian dunia, yang tak baik tu biasanya nampak elok dan menarik saja di mata kita. Yang Allah larang itulah yang paling kita suka nak buat.

Walaupun kita hanya mendengar pembalasan-pembalasan Allah dari Al-Quran dan Hadith. Kita perlu mempercayainya dan patuh kepada setiap apa yang Allah perintahkan dan jauhi apa saja yang Allah larang supaya kita tidak menyesal kemudian hari. Jangan jadi macam anak ikan yang degil  tu..huhuu

**Peringatan utk diri sendiri yang sentiasa alpa dan leka..astaghfirullah..


4 comments:

aimaniman said...

cerita penuh teladan... smoga jd,'anak ikan'yg patuh pesanan ibu....

Acik Erna said...

assalam KH..terima kasih..harap anak2 acik taidak jadi anak2 ikan..
sedih kan..rasa kesian pulak nak makan ikan bila baca ni

♥cmª shIemª♥ said...

salam kak kh..
huhu...x ingat pernah baca ke tak..
tp menarik jugak citer ni...
mmg godaan dibumi ni byk sgt..


*tetiba rasa xnk makan ikan plak..sbb -kesian* iskh3...

tq for sharing..

ieda said...

TQ beb ... kisah penuh teladan ..