Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, April 8, 2012

Dulu KLSR..Pastu KBSR..Sekarang ni KSSR pulak..Lepas ni apa pulak?hehe

KLSR ni rasanya KH tak sempat kot. Yang amik Penilaian Darjah Lima guna KLSR kan?hehe den tak sure. KBSR tu memang sempat bebenor ler masa sekolah dulu. Kalau tak silap KBSR ni membawa perubahan kepada peperiksaan sekolah rendah. Dari darjah lima tukar ke darjah enam dan dinamakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)..

Start tahun lepas, KBSR ni dah tak lagi digunakan untuk murid Tahun 1. Yang tahun 3 ke atas masih guna KBSR. Habis generasi KBSR nanti, maka keseluruhan murid sekolah rendah akan menggunakan kurikulum baru ini iaitu KSSR, Glemer sungguh cik KSSR kita ni semenjak dua menjak ni kan..

Sampai ada yang tak faham lagi konsep KSSR ni cemana. Apa KSSR tu pun maybe lum jelas lagi kan?kan?

Ok2.. Meh cikgu terangkan sikit pasal KSSR ni.. Hari ni cikgu rajin sikit nak taip panjang2.. Ilmu yang bermanfaat idok ler salah dikongsi bersama kan? Sebab nanti kalian semua akan jadi mak dan ayah then nak hantar anak2 ke sekolah rendah. 

Parents yang ada anak umur 7 dan 6 tahun memang kena tau serba sikit pasal KSSR ni. KSSR ni nama panjang dia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH. 

Secara kasarnya, KSSR ni dah lari dari konsep 'exam oriented'.. Pencapaian murid dinilai melalui band-band yang telah ditetapkan dari band 1 hingga band 6. Kalau sebelum ni, murid menduduki 4 kali peperiksaan setahun iaitu PKSR 1(Penilaian Kendalian Sekolah Rendah) hingga PKSR 4. Untuk KSSR ni, hanya ada ujian pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja.

Lagi mudah ke?huhu mudah bagi murid kot, yang susahnya cikgu la..hehe sebab kena sentiasa menilai band-band murid2 ni. Setiap murid ada satu fail dan dalam fail tu ada penilaian band dan hasil kerja terbaik mereka sebagai evidence.

So far, KH tengok macam berat jugak la tugas guru Tahun 1 dan 2 sebab perlu buat 2 kerja dalam satu masa. Mengajar dan menilai pencapaian murid secara individu. Rancangan pengajaran yang harus disediakan juga lebih detail dan mesti ikut format yang betul. 

Rakan setugas yang mengajar subjek Dunia Seni Visual, dia punya rancangan mengajar sampai satu page. Memang format dia macam tu. Huhu bayangkan dalam sehari sampai 2 3 pages kena buat rancangan pengajaran.

Memang bukan mudah, namun tanggungjawab harus  dipikul dan perintah harus dipatuhi. Jika diberi pilihan KH nak kerja kat pejabat je.. hehe

Cuma yang KH dapat simpulkan, early education untuk anak2 tu penting. Tak kiralah nak hantar dorang ke educatioan centre or nak mengajar sendiri di rumah. Asalkan mereka dapat kenal huruf dan tahu mengeja suku kata ringkas dan kenal nombor dengan baik sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah. Jika tidak, mereka akan menghadapi masalah di sekolah.

Tu belum KH cerita pasal program LINUS (Literacy & Numeracy Screening) yang menggantikan KIA2M untuk menilai tahap kemahiran asas murid dalam literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik).

**Pendapat peribadi KH melalui pengalaman dan observation, kurikulum sekolah rendah di negara kita ni masih lagi membebankan murid dan murid tidak betul-betul enjoy untuk belajar kerana bebanan mata pelajaran yang banyak.

Kalau concerntrate pada skills tertentu mengikut tahun lagi berkesan kot. For example, untuk Tahun 1, mereka hanya diajar tentang asas pengurusan diri dan mengenal huruf dan angka serta asas fardhu ain.
Seterusnya bidang-bidang tertentu akan ditambah mengikut kesesuaian. Untuk tahap sekolah rendah ni, KH rasa kurikulumnya perlu lebih kepada yang berbentuk hands-on.

Apa guna kalau kita sumbat kepala anak2 kecil ni dengan pelbagai ilmu dalam satu masa, tetapi ia tidak begitu berkesan berbanding kita tumpukan kepada bidang2 khusus yang lebih memberi manfaat kepada mereka. Yang paling penting, mereka perlu celik huruf dan nombor serta asas penting untuk menjadi insan berakhlak dan beriman.

Kan?


7 comments:

eelobor said...

zame ambo dulu KBSR dos

ieda said...

aduhh fenin ..
skrg nie ieda perasan anak ieda sabriena darjah 2 dah x der pep pertengahan tahun macam kakak dia .. hurmmm
x paham jugak
sbb akak dia darjah 4 memang ada peperiksaan pertengahan tahun ..

JIJI YU said...

dslr la plok...kito guno lens sigma ore nok tohok jah..ahaha..pah guno filter...nd400..ngn gnd hitech filter...

che mid said...

che mid amik penilaian darjah 5.. dpt 1a je..

♥cmª shIemª♥ said...

cuba utk memahami entri diatas..

tp early education mmg cma sokong.

Jahidih Saili said...

Salam kak..sy rasa kssr ni agak ssh jg..kalau guru tu btl2 fokus trhadap murid n jujur menilai, xpalah jg kan.. tp sy tengok, ada segelintir guru tu main letak je band tu..

Anonymous said...

salam 1 M'sia...
ank sy drjh 2 mcm byk main jer dia tu, tak mcm drjh 1 dlu.. bila tnya blajr camner? dia jwb "ok".. tpi bila check buku byk yg merah.. tnya dia faham ke x ckgu ajar? dia jawb "tak faham...ckgu ckp laju2.." kenapa x tnya ckgu? dia jwb lagi "x de sorngpun kata x faham.. kwn yg lain semua faham... nnti klu akak kata x faham ckgu tu mcam perli akak jer, tpi sebenarnya kwan2 akak tu pun x faham gak"...

rupanya anak sy dan kwan2nya ni takut nk bsuara... camner tu??