Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, April 15, 2012

Bila Tiba Ajalnya: Kematian Piermario Morosini, Pemain Bola Sepak Kelab Itali

Kullu nafsin zhaa iqotul mauut... Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Sempat tengok video detik-detik di mana Morosini rebah sewaktu tengah perlawanan dalam Buletin Utama tadi. Dia rebah dan cuba bangun sebelum rebah kembali dan barulah rakan-rakan menyedarinya. Punca kematian adalah kerana serangan jantung.


(sumber: Berita Harian Online)


Hmm bila tiba ajalnya, takkan sesaat pun tertangguh. Walau berada di tengah padang, Izrail pasti dapat mengejar untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh Sang Pencipta kepadanya. Walau kafir walau Muslim, saat itu akan pasti menemui kita. Bezanya lambat atau cepat saja.

Dan satu berita yang menyayatkan hati tadi ialah kematian ngeri seorang lelaki berbangsa Cina yang terheret sejauh 100 meter oleh sebuah kereta yang tidak menyedari mangsa tersebut berada di bawah keretanya. Mangsa dipercayai menjadi mangsa langgar lari dan kemudiannya pemandu kereta Avanza secara tidak sengaja mengheret jasad mangsa.

Kejadian tu hanya disedari oleh pemandu tersebut apabila keretanya terhenti tiba-tiba dan bila dia keluar dari kereta, barulah dia perasan mangsa berada di bawah keretanya..huhuu kesiannya.


**Semoga bila tiba ajal kita, kita akan dijemput oleh Allah dalam keadaan Husnul Khaatimah (pengakhiran yang baik)..amin

12 comments:

Unknown said...

ayu ada tgk you tube ttg permain bola tu...

ajal dimana2... tanpa kita tahu...
semuanya urusanNya,

aduh.. ngeri dan menghayat hati kalau kejadian y melibatkan darah,, heret.. minta dijauhkan dr kita.. amin

kurus said...

aduh2 .. kematian yg menyayatkan hati .. yelah wan , harap2 kematian kita dengan keadaan baik , biarlah sakit tua dan bukan kerana xcident atau sebagainya huhuhuh

Hanis MY said...

sedihnyooo... mati tu memey pasti bilo sapa waktu...
aminn jugok utk ayat hak last tu...

♥MAMASYAZA♥ said...

saya tak sempat tgk kat buletin utama tadi, kena cari kat youtube lah

aliza said...

yuppp ajal maut ketentuan Tuhan

tapi yg pelik dah ada dua pemain dr liga Itali ni yg alami nasib seakan2, yg sebelum ni sebulan lepas nasib baik sempat diselamatkan... ni mesti chek kadar stereiod yang dr pasukan gunakan sbb yg mati kene serangan jantung ni pemain2 muda yg kuat2 lagi..

Mama Ann said...

Sedih tengok..timbul keinsafan .. Subhanallah ....minta di jauhkan malaikat 44....Amin..

eelobor said...

dalam youtube.... awal pagi ahad kelmarin dah kuar dah.

Mila@Rimbun said...

sudden death ni dah makin banyak terjadi kan... no warning, tetiba je rebah.

☾SHiemaCMa786☾ said...

huh..x sempat tgk pasal kematian dia tu..
tp tu la..ajal maut dimana2..
kesian jugak ngan lelaki cina yg jadi mangsa langgar lari dan diseret tu..ngerinya..
huhuh..

kita? bagaimana sudahnya.. ?


huhuhu

نورعيم said...

mati ni tak tahu bila dan tak tahu kat mane. kena siap sedia mnghadapinya.

Unknown said...

ya betul ajal maut semua ditgnNya...cuma kita yg harus bersedia bilax2 masa saja akan dijemputNya.

Nur-nba said...

Sedih juga bila baca kisah langgar lari tu.. Bila2 masa, ajal boleh menjemput kita.. Bersediakah kita?..