Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, April 15, 2012

ISU PTPTN..APA KESUDAHANNYA?

Salam 'alaikum dan selamat sejahtera..

KH kira isu yang paling hangat di dada-dada akhbar dan di skrin laptop mahupun pc di seluruh negara sekarang ni. 

KH baru baca post dari blog eelobor tadi.. sepanjang hari ni banyak dah baca tentang ni, termasuk la menganalisa (konon) komen2 yang diberikan oleh ramai orang tentang isu yang sungguh hangat berasap ni. Sampai ada yang hilang sabar hingga sampai tahap 'mengkafirkan' saudara seIslam. Sedangkan bukan itu yang dituntut oleh ajaran Islam.

Jangan kerana marah kita sewenang-wenangnya melemparkan aib dan menjatuhkan hukum kita sendiri. Sedih melihat mahasiswa2 yang dikurniakan Allah kebijaksanaan tidak mampu berfikir mengikut kewarasan. Bagi kita kecik tapi besar disisi Allah. 

Waspada daripada bertindak mengkafirkan seorang Muslim yg lain, sabda Nabi:

صلى الله عليه وسلم - ومن دعا رجلا بالكفر أو قال عدوالله،وليس كذلك إلا حار عليه " 

"Sesiapa yang menyeru (memanggil) seorang lelaki dgn kufur atau berkata 'engkau musuh Allah' sedangkan ianya bukan sebegitu maka tuduhannya itu kembali padanya" 
[ HR Muslim ]

Termasuk tindakan mengkafirkan (dengan perbuatan) seorang Muslim apabila dia mengalungkan sesuatu kalungan mati Hindu kepada gambar seseorang Muslim kerana ianya jelas bertujuan sebagai bentuk takfir (secara perbuatan) dan tidaklah yang membuat perbuatan tersebut melainkan dua sebab:
1) kejahilan.
2) keyakinannya bahwa yg dikalung itu kafir sebab ia berhak untuk mati 
dalam keadaan matinya seorang Hindu.

P/S: Berhati2 dengan tindakan kita, ketepikan soal politik & emosi kerana kita terkadang rasa ianya mudah namun di sisi Allah ianya berat.


Untuk memansuhkan PTPTN tu, pada pendapat KH tidaklah wajar. PTPTN adalah duit rakyat dan jika kita mendesak untuk dimansuhkan, means kita menggunakan duit rakyat dengan percuma. Cuma, kalau diminta hapuskan caj2 yang tak munasabah, itu memang yang sepatutnya diperjuangkan. Tapi nak perjuangkan pun perlu la melalui saluran yang betul. Bukan dengan cara yang tak sepatutnya.

If suruh mansuhkan macamana generasi lepas ni nak sambung belajar-belajar?Adik-adik kita?anak-anak sedara kita?Anak-anak kita?Kita belum tahu lagi mereka akan berjaya dapat keputusan cemerlang atau sebaliknya. Jika berjaya dapat biasiswa tak pe la..If tak dapat? Perlukan loan jugak kan untuk meneruskan studies..

KH bersetuju dengan pendapat2 yang KH baca yang bunyinya lebih kurang gini:

"Kalau dah tak nak bayar balik pinjaman or hutang belajar, kenapa dari awal dulu tak belajar bersungguh-sungguh biar dapat result yang cemerlang then dapat tajaan biasiswa"

"Waktu nak apply PTPTN dulu, kenapa tak fikir dulu?Terus sain. Masa tu nampak duit je kan?Then bila time nak kena bayar balik. Bersungut. Tak puas hati. Dapat duit pinjaman tak ingat dunia. Beli handphone baru, belanja awek makan dan tengok wayang dengan duit belajar. Sedar tak yang korang dah pecah amanah?Duit tu untuk biaya korang belajar tp buat benda lain"

Pendapat peribadi KH, mintak dimansuhkan caj2 yang tak masuk akal tu. Yang membebankan mereka. KH ingat lagi kawan KH dulu. Setiap bulan dia bayar RM150 untuk pinjaman PTPTN ni. Abis belajar dia terus bayar. Then one day, sampai surat dari PTPTN, yang pinjaman dia ada tunggakan lagi. Bila dia kira, duit yang dia bayar setiap bulan tu lepas untuk bayar kos pentadbiran yang berjumpa RM50 setiap bulan..hehe memang sah la ada tunggakan. Memang tak patut jadi macam tu. Kesian mereka yang sanggup bayar tho gaji baru ciput je tapi end up rasa sedih sangat sebab pinjaman tak kurang pun lagi.

So, bagus la fight untuk penghapusan kos2 tu dari korang duk buang masa buat demo or bantahan yang rasanya banyak dah buang masa study. Tak cukup dengan tu, dapat dosa duk mengkafirkan saudara Islam sendiri. Sampai nak letak gambar yang tak sepatutnya. Memalukan la. 

Sekurang-kurangnya duit tu boleh digunakan balik untuk kelangsungan pinjaman kepada generasi seterusnya. Kita tak dapat harapkan MARA dan JPA sahaja sebab institusi pendidikan tinggi dah makin banyak.

Bertindak dengan lebih bijak, jangan hanya kerana kita taksub kepada sesuatu parti politik, kita sanggup gadaikan maruah keluarga dan buang masa kita begitu sahaja. Kena tangkap nanti, siapa yang susah? Emak dan ayah yang kat kampung yang tak tahu menahu tu jugak kan?

InsyaAllah jika niat kita baik, Allah akan permudahkan jalan. Bagi penyelesaian yang baik. Ramai-ramai buat solat hajat, mohon Allah buka pintu hati mereka yang berwajib untuk selesaikan isu ni dengan cara terbaik. Kan lebih berkat macam tu.

Tho KH bukan peminjam PTPTN, tapi bukan juga dapat scholarship, hanya dapat loan dari JPA dan MARA. Dan masih berusaha melangsaikan hutang belajar ni. Pinjam 12K, bayar pun 12K. Tiada pengurangan. Dan itu yang perlu diperjuangkan, bayar kadar yang sama atau kurang dari yang dipinjam berdasarkan pencapaian kita. Bukan mintak free. Lama-lama negara yang kaya pun boleh pokai. Biar kita ada sedikit tanggungjawab dan kenang budi. 

Ini sekadar pendapat tuan blog. Jika ada yang tidak bersetuju, saya mintak maaf. Peace!=)

Pendapat anda?...


Wallahu a'lam..


9 comments:

eelobor said...

hehehe....totally, ambo setuju 100% dengan pandangar KH

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Isu PTPTN ni memeningkan...huhu. slm perkenalan...

Ayuni said...

hm, x setuju mansuhkan ptptn....

pisangmalaysia said...

orang nak bagi free ambik je la, takkan kita nak bayar pulak kan? the main idea is to mansuh but dengan syarat, utk pelajar cemerlang contohnya. dan caj2 yang x perlu.

♥cmª shIemª♥ said...

tak terlibat dgn PTPN..so..x berani nak komen ape2..tp dah pinjm..perlu la bayar semula..

Ez said...

Sepatut nyer bagi DISCOUNT masa byr balik pinjaman tue, bukan nyer kenakan INTEREST plak! baru lah nama nyer membantu rakyat..

Lina said...

Setiap sen duit ptptn tu duit SEMUA rakyat Malaysia.Kami rakyat negara ni bukan bekerja dan nak beri kamu makan Free! Kami semua dah melalui dgn hal pinjaman untuk universiti.Semua rakyat negara ini bertanggungjawab ke atas dana yg diraih diatas setiap titik keringat setiap lapisan masyarakat.
Biarkan dana tersebut berpanjangan sehingga anak cucu kita juga boleh menggunakanya.selain membantu pelajar universiti dari segi pinjaman banyak perkara lain untuk laksanakan i.e. dekatkan jurang org di kawasan pendalaman dgn org kg atau kota.jurang pelajaran, basic need air api,makanan, air yang bersih,facilities jangan cakap la.semua pun rakyat mahu.tapi rakyat sendiri pemalas untuk berusaha untuk menguasai ilmu, skill set bernilai untuk pembangunan negara.pembangunan di sini is about economy dan terutamanya membina generasi yang berciri Manusia bukan hamba RM or USD or material.

Lina said...

Mahasiswa yang belajar di universiti Malaysia khasnya, seteru kamu yang utama adalah kemalasan kamu sendiri, buktinya majoriti kamu tak dapat touch 4.00 CGPA. Gunakan dan perah tenaga semua lecturers and professor.Thats the reason Malaysian sent them overseas to grab all knowledge and share with all of you. Its their responsibility.Of course sesetengah bangsa menggunakan pendekatan menipu to score high remarks.Of course perkataan haram or tidak berkat is not in their dictionary because they'll be kayu bakar api neraka - sekiranya Allah swt tidak memberikan mereka hidayah.due to this cheap mentality of certain perople, why do we let them get all honourships? Kita kaum dan umat yang paling mulia dijadikan Allah swt, this is just little challenge and yet we not managed to overcome it due we are so busy to get free money so that ahhhaaaa. We could buy new bike,carry along beutiful ladies,new computer, latest phone technology etc.Such lame and cheap mentality that we live in.not to mention busy trying new clubs in so called Kay El.These days muslim go around the world with showing how great we are delivering our job the muslim way.I ve gone through all this scenario and brothers and sisters, understand HIstory of Melayu and Islam.then you ll get the idea. There are people who live in poverty in their whole life,they did extra job to pay for their college fee and yet theyre ON TIME for kuliyah. Please be Greatfull with what you're enjoying in bumi Malaysia.IF you interview Malaysian CHinese or Indian who managed to get the PTPTN, i think to most of them itS a great help.compared to all this while they even. Do not have chance to even enter university straight from SPM due to kouta. Bumiputera.

Lina said...

I would say, retain ptptn but review the interest as education is basic need hence it shoulyd be free to our nation.but due to this country is not reaching the state where education could be provided foc, then we have this recyling fund for continous education need. Whoever had this opportunity to use this fund use it wisely as you re required or as the initial reason i.e to fund your degree.once you get job pay back every single cent so that the same fund could be used for future generation who ll have similar requirement as you do now.As a tax payer of this country, I insists anyone used ptptn to pay back every single cent. Its not to feed you for free.