Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, March 2, 2012

Sepakat Bawa Berkat.. Alhamdulillah!

Salam 'alaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..azab penantian untuk dipantau sudah berakhir pagi tadi. Setinggi kesyukuran KH panjatkan kepada Allah 'Azza wajalla kerana memberi kemudahan dan pertolongan kepada kami di sekolah.

KH rasa happy sangat kerana dapat bersama-sama membantu sekolah menyediakan segala bahan2 KSSR yang hendak di semak oleh pemantau. 

Sebagai SU KSSR yang baru saja 2 minggu dilantik memang KH cuak giler. Sebab dalam seminggu lebih KH terpaksa study dan faham betul2 konsep KSSR dan PBS.

KH bersyukur sebab kakak ipar KH juga seorang Guru Penolong Kanan, jadi KH banyak refer kt dia bila ada masalah. Banyak ilmu yang KH ceduk dari dia dan cuba buat sebaik mungkin kat sekolah. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik dia.


 Bos tengah cakap dengan Puan Pemantau kita

 GPK Hem dan SU PBS tengah jawab soalan yg diajukan
Cik SU KSSR ngah amik gambo..hehe

 Time ni tengah semak rancangan ngajar guru2 KSSR


 Sudut KSSR dan PBS


Sebahagian daripada fail2 murid

Khabar awal yang kami dengar dari sekolah lain, puan pemantau kita ni strict dan cerewet sikit. Haa lagi rasa kecut. Tapi kecuakan tu hilang bila dah cakap ngan dia. Bagi KH dia ok dan peramah. Senyum je, tak nampak sombong pun. Tegas tu biasa la kan.

Dia cakap, yang buat lama dia duduk kat satu2 sekolah sampai 6 jam pun ada sebab dokumen yang dia perlukan tidak disediakan awal2. Time mintak time tu la baru nak cari. Tu yang lambat jadinya. Dia bagitau dia nak amik masa 2 jam je. Dan memang tepat 2 jam sepuluh minit, segalanya dan selesai.

Alhamdulillah semua yang dia mintak kami dapat tunjukkan dan dah ada dalam fail2. Dia cuma komen tentang  buku rancangan mengajar guru2 je. Perlu dimurnikan lagi. Lain-lain dia berpuas hati. (Masa Guru Besar bagitau dia puas hati, rasa nak melompat je..hehe)

Dah boleh tidur dengan lena dan jenguk blog..hehe lepas ni tak risau sangat dah if orang KPM turun ke pe sebab dokumen dah ada cuma tinggal nak tambah apa2 yang baru je.

Thank you Allah.. Kau permudahkan segalanya.. Yang penting ikhlas dan saling bekerjasama demi kebaikan bersama. KH sgt2 kagum dengan kerjasama dari rakan2 guru. Bila buat kerja sama2..semuanya jadi mudah kan?..

Selamat berhujung minggu ye!Pasni KH nak BW sampai lebam..=)



16 comments:

Izan Ishak said...

lega ye kak semuanya dah berakhir. wpun izan tak pernah lalui benda ni, tapi bila baca satu persatu rasa apa yg terbeban kat bahu tu dah hilang bila semuanya dah selesai.

nmkhairulazlan said...

cantik bilik kssr sekolah akak...teratur.. sekolah sy, fail2 masih berterabur..isiya kosong..hehe

Syazwan Che Deraman said...

cantik dan kemas.
bila macam ni, nak kerja pun selesa kan kak?

Noraim said...

teratur dan kemas!

baru sedak tgk kea kak. huhu.

Nieza said...

Assalam kak, apa khabar? lama tak dgr ceter akak..harap sihat yer. tgk gambar akak ni teringin lak rasa nk jadi cikgu..hehe

IMANSHAH said...

wah azab gitu

eelobor said...

hehehe.... bila dah abis semua rasa lega kan? begitulah bila jabatan2 kena audit. macam2 jenis ada, yang strict, yang kelakar, yang "makan dalam", pendek kata semua ada. saya tak tau apa itu KSSR... cuma saya andaikan "pemantau" tuh mcm jabatan kami kena "audit" la lebih kurangnya.

Acik Erna said...

Tahniah KH.memang betul lepas ni boleh ena dah..

S..U..D..@..I..S said...

syukur semua dh selamt..

kemas rapinya bilik

Ayen... said...

tahniahlaa cikgu yek...

Hafizin Jamil said...

alhamdulillah..ok la tu

Hanis MY said...

sedak kelih sekolah cemerlang la gini...

teratai said...

Alhamdulillah:)Selagi x selesai pastinya x senang duduk dibuatnya kan!.....udah melaluinya!!

ieda said...

alhamdulillahhh settle kan wan .. lega rasa hati ;)

ariana said...

Alhamdulillah..dah boleh tarik nafas legaa ye Wan..Akan terpegun tgk keadaan kat sklh Wan,,kemas dan teratur semuanya..patutlah pemantau pun senyum..hehe.Tahniah ye!

whitecappuccino said...

lamo tak singgoh sini..wah! tahniah sudah selesai! eh..nok supo bilik fail kami lah.