Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, March 24, 2012

Pengotor..

Suka tak kawan dengan si pengotor?hehe mesti korang semua geleng kan?

Korang mesti boleh bayangkan keadaan si pengotor ni kan..huhu nak2 yang study dan stay kat hostel or rumah sewa ramai-ramai. Macamana keadaan bilik dia, pakaian dia yang bertimbun tak dibasuh. Bergaya takyah cakap la. Penampilan di luar dan di rumah sangat2 berbeza.

Hanya kita yang tinggal bersama je tau cemana keadaan orang ni kan. Masa kat hostel dulu, KH ingat lagi ramai member2 yang mengadu roomate dorang pengotor. Baju bersih dengan baju kotor main campur sekali je atas katil. Bekas polistrin makanan main letak je bawah katil lepas makan. Nak buang terus dalam tong sampah pun malas. Masuk bilik, memang harum semerbak bau bekas makanan basi dan baju yang dah pakai..huhuh sampai ada yang lari tido kat bilik kawan lain. 

KH pun ada pengalaman sebilik dengan si pengotor. Kat luar memang hebat, famous de amos, join society sana sini. Memang tak lekat dekat bilik. Balik bilik untuk tukar baju je (basuh baju tak sempat..hehe). Makanya baju busuk tu disangkut je dibirai katil banyak2. Seluar kecik dan baju kecik bersepah atas katil dan bawah katil campur2 yang dah dipakai dengan yang bersih.

Sampai dah abis baju, barulah dibasuh. Maka time tu, orang lain tak dapatlah nak gunakan drying yard tu sebab dia konker semua depan belakang utk sidai baju dia yang dekat 3 baldi tu..haha memang ada la yang tension sebab terpaksa sidai baju kt tingkap bilik memasing je. Tapi orang ni tetap selamba je.. Kadang2 kita yang malu bila kawan lain datang bilik. 

Tu pengalaman KH, bukan nak mengata. Tak mengata kan? Sebab tak sebut nama pun.hehe..Juz sebagai perkongsian pengalaman. Yang baik untuk diambil iktibar, yang tak elok sisihkan ke tepi. Semua tu maruah kita, kena jaga elok-elok. Orang akan nilai kita dari apa yang mereka lihat.

Sebab kadang2, sikap kita sendiri yang buka aib diri kita. Kalau KH nak cerita kat sini memang tak habis la. Cukup la sikit-sikit je.

Member KH pernah bagitau, dia pernah mintak izin ayah dia untuk berjubah dan berstokin. Sebab adik-beradik lain biasa-biasa je. Ayah dia pada awalnya tidak izinkan. Bukan sebab ayah dia sekular ye. Sebab satu je ayah dia fikir, takut dia tak dapat menjaga kebersihan. Selepas dia janji akan sentiasa jaga kebersihan. Stokin akan ditukar setiap hari. Jubah dibasuh selepas pakai. Ayah dia izinkan dan dia buktikan kepada ayah dia yang dia mampu buat.

Jangan nak orang tengok kat luar je elok, tapi bila di rumah atau bilik sebaliknya pulak. Pernah KH masuk ke satu bilik, hamba Allah ni memang berjubah dan berniqab tapi yang buat rasa terkilannya ialah bila kat bawah katil dia, bergumpa2 stokin-stokin berwarna hitam dan coklat tidak berbasuh. Dibiar macam tu je. Bila KH tanya kawan KH yang sebilik dengan dia, stokin tahun bila tu?huhu member KH jawab, tah..dah lebih 3 bulan kot..errkk!

Jadi, macamana nak jadi role model atau qudwah hasanah kalau itu yang kita tunjuk kan. Dekat surau, berbuih mulut suruh jemaah jaga kebersihan, jadi contoh yang baik kepada kawan2 tetapi si pendakwah sendiri tidak seperti yang dia nak kita buat. Kebersihan duduk kat tempat last sekali.

Islam ajar kita supaya menjaga kebersihan kerana ia sebahagian dari iman. Bayangkan sebiji kek, hilang sepotong kek tu, maka kek tu sudah tidak cantik lagi.

Sama-sama kita jaga kebersihan..=)

Ada pengalaman dengan si pengotor?huhuu


13 comments:

lieynanilaz said...

kebersihan itu penting untuk mencerminkan hati yang bersih...

a.samad jaafar said...

saya rimas dgn kotor dan keadaan rumah yg tidak diurus dgn baik..sikap suka pd kebersihan patut diasuh sejak kecil..syukur saya krn arwah mak dulu sangat pembersih orangnya..

atuk said...

Assalamualaikum KH

tak sanggup hidup dengan si pengotor

whitecappuccino said...

kalau sentiasa bersih, hidup pun gembira.

Izan Ishak said...

baca pengalaman akak dgn si pengotor buat izan terfikir sendiri... sbb izan takde pengalaman tu.

cuma ada anak sedara sorang ni... masyaAllah kalau dgr mak izan cerita mmg ngeri. nama je perempuan tapi bilik macam sarang tikus... huhu... selalu kena bebel dgn kakak izan. tak jalan juga.

kalau balik dari hostel, abg dia yg bebel baru jalan sikit. hmmm... tulah kan... tak tahu nak kata salah sapa... padahal dah masuk sekolah menengah rendah pun... nak kata lebih2 pun anak sedara sendiri. hehe....

Hanis MY said...

olohhh teruk sungguh la ado pengalamey dgn ore gitu... fenin2... mujo top rajin keno lg.. setakat dgr dari saing2 jah...

نورعيم said...

sy keno kak!

lonie kea dok rumah sewa, mace perangai ado. ladang2 pening bilo ado ore gini.

ado saem hok jenis pengotir tp kalu tgk luaran mmg comel, lawa ado blako. huhu.

sabar je la kak.

kurus said...

adehhh x suke citer pasal org yg pengotor nie huhuuhu

Zulfadly said...

sngt setuju, kena jaga kebersihan, bau mulut dan badan pon kebersiahn utama,sama2 saling peringati, hehe

Unknown said...

Nak tengok sifat sebenar seseorang? Tengok saja tempat tidurnya. Kalau elok, eloklah peribadinya dan sebaliknya juga. Kalau orang lain yang buat, itu takleh nak ulas lelebih.

Unknown said...

memang wan tak boleh la nak deal dgn org pgotor.

♥MAMASYAZA♥ said...

hehehe tetiba teringat zaman blajar dulu. mmg ada kwn yg mcm tu, suka kumpul baju cukup seminggu baru basuh. mmg ampaian tu tak de sapa boleh gunala, geram sgt.

☾SHiemaCMa786☾ said...

Xpernah dok sebilik ngan pengotor ni..tp penah dg umah die..
Adoila...kat luar die pengemas...tp kat umah sendiri..terbalik sudah..
Ape lagi..kena ceramah free la dari cma..hahaha..


*kebersihan itu sebahagian dr iman*