Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, January 15, 2012

Duit Syiling Baru Siri Ketiga Akan Dikeluarkan Bermula Esok..

Dah pernah tengok rupa duit syiling baru yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia? KH baru tengok je dan baru faham dengan lebih dekat ciri-ciri keselamatan serta simbol-simbol yang terdapat pada duit syiling terbaru ni.

Kebetulan pulak tadi sempat tengok siaran langsung Nasi Lemak Kopi O kat TV9, ada wakil dari Bank Negara dijemput untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang duti syiling siri ketiga yang baka dikeluarkan bermula esok hari.

Paling ketara adalah duit syiling 50sen yang mana saiznya dikecilkan sedikit dan lebih ringan. Jadi, takde la berat sangat kalau vendor machine bagi change duit 50 sen kan..hehe

Duit 5 sen pun dibesarkan sedikit saiz dia, supaya senang la kan. Kalau hilang takde la susah sangat nak cari..huhu


Nilah rupa duit syiling baru kita (sumber Malaysiakini)


Kalau kita tengok kat duit syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen tu, nampak tak ada 5 garis tu? Garis2 tu symbolise 5 prinsip Rukun Negara kita. Dan 14 titik pada semua duit syiling tu adalah melambangkan 14 buah negeri dalam Malaysia.

Dan terdapat ukiran yang berlainan pada belakang setiap duit syiling tu kan. Ukiran pada duit syiling 5 sen tu kalau tak silap ia diinspirasikan daripada corak seni anyaman masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.

Manakala corak pada duit syiling 10 sen pula diinspirasikan daripada seni kraftangan masyarakat Orang Asli (biasanya dorang buat dengan daun kelapa tu kan)

Seterusnya duiat syiling 20 sen bercorak bunga melur dan duit syiling 50 sen bercorak sulur kacang. Sulur kacang ni macam famous je kan terutama kalau kita tengok design2 dalam website kan.

Menurut wakil Bank Negara tadi, vendor yang kendalikan mesin wang tunai diberi tempoh selama 6 bulan utk ubah suai mesin bagi memudahkan pengguna menggunakan duit syiling baru ni. Tapi duit syiling lama yang kita ada tu masih boleh digunakan lagi. Takde masalah.

Ciri-ciri keselamatan pun turut diperkemaskan. Memang susah la nak palsukan duit syiling ni sebab senang nak cam kalau ia palsu. Dorang tunjuk contoh tadi cemana nak tengok. Kena tengok dari tepi dan akan nanti nombor 5, 10, 20 atau 50 pada permukaan duit tu.. Macam duit ringgit gak kot, kita boleh tengok bayang nombor bila kita teliti betul2 duit kertas tu kan.



KH: teruja lak nak pegang duit syiling baru ni..hehe


19 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

wah cantik..hehe..lepas ni boleh ajar anak murid awe buat aktiviti seni pakai duit syiling

Sunah Sakura said...

niceeee....tak sabar gak nak pegang! hehehe

Ayen... said...

x sabar gaklaa rasanya nak pegang duit baru ni,hehe...

Kalamhati said...

haa hawa mmg cikgu yg kreatif..awal2 lg dah ada idea..hehe bravo!

Kalamhati said...

hihi jom kita pegi bank esok..=D!

Kalamhati said...

hehe kann..ramai yg teruja nih..=)

Unknown said...

salam..
Cantiknya....bilalah dapat pegang dan simpan..

Syazwan Che Deraman said...

nak tigo amah..
hehehhe.

نورعيم said...

kak, meme warna mah eh duit 5o sen nge 20 sen tu?

kurus said...

ieda punn
cantik gak duit baru nie
sejajar dengan duit kertas yg baru tuu ;)

Zul fattah said...

nak beli boleh seringgit.. haha

Cik Sibuk said...

suka nengok yang 50sen..cantik, tepi ada corak2

Kalamhati said...

Salam..
hehe esok gi bank tukar..bleh la pegang..hehe

Kalamhati said...

hehehe buleh2..

Kalamhati said...

noraim, lebih kure gitu la..mace suasa gitu dok

Kalamhati said...

betul tu ieda..
jom kita gi tuka sok..hahaha

Kalamhati said...

haha boleh2..beli seringgit dpt 50 sen..komisyen 50 sen!

Kalamhati said...

ha'ah..dia nak bg kemudahan kepada org2 cacat penglihatan supaya dpt bezakan duit 50 sen dgn duit2 lain

Zahid said...

Ada member kata saiz yang lebih kecil & ringan melambangkan nilai mata wang telah jatuh...x tahu betul ke x...