Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, December 23, 2011

Manusia Kalah Dengan Tiga 'TA'

Salam 'alaikum dan salam sejahtera..

Sekadar ingin berkongsi ilmu.. lebih kepada ingatan untuk diri sendiri dan juga kepada siapa saja yang ingin manfaatkanya. Orang kata ilmu ni kita kena tulis..kena catat agar ia tak hilang dari ingatan kita. So, KH catatkan kat blog. At least dapat sebarkan sedikit ilmu yang bermanfaat..

Tadi sempat tengok rancangan Tanyalah Ustazah. Tajuknya: Senang Tetapi Tidak Tenang. Al-fadhilah Ustazah Hasni Mansur sebagai ustazahnya. KH tertarik dengan huraian2 yang dikemukakan dan soalan2 yang dijawab oleh Uztazah. 

Beliau bagitau dalam dunia ni ada 3 'TA' yang selalu buat manusia lupa diri, lupa Allah dan Rasulnya. Fitrah manusia ni memang sangat suka kepada 3 'TA' ni..Korang dapat teka tak?..Mesti ada yang tahu kan.. 

3 'TA' tersebut ialah:

1. HARTA
Kesenangan tanpa iman adalah bencana. Ramai yang diberi kesenangan tetapi tidak pandai nak uruskan harta mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah. 

Rasulullah tinggalkan kita satu pusaka iaitu ILMU, tetapi kita lebih suka mengejar pusaka Qarun iaitu HARTA. Sedangkan menurut Saidina Ali R.A, ilmu itu akan menjaga kita, ilmu itu akan disyafaat di akhirat sedangkan harta akan dihisab. Akan dihitung satu persatu.

Ilmu makin digunakan makin bertambah, manakala harta pula makin diguna makin berkurang. Ilmu juga menerangkan hati kita, tetapi harta menggelapkan hati kita.


2. TAKHTA
Satu lagi kegilaan manusia. Kita suka nak jadi orang ternama. Berpangkat besar bergaji besar. Tak salah untuk jadi orang ternama tetapi perlu gunakan kuasa yang diberikan mengikut jalan yang betul.

Penyalahgunaan kuasa memang berleluasa kan hinggakan berlakunya pecah amanah dan salah guna kuasa. Walau setinggi mana pangkat kita, sebanyak mana harta kekayaan kita, jika kita salah gunakannya, maka hidup kita takkan tenang. Senang tetapi hati tidak tenang.

Kesenangan takhta boleh menjadikan manusia tu alpa. Kena ingat tu ye.


3. WANITA
Haa yang ni memang kelemahan kaum Adam la kan..hehe takkan kaum Hawa lak. Tapi penyebabnya adalah kaum Hawa. Kita yang menjadi punca.

Wanita hiasan dunia..wanita juga perosak dunia jika tidak menjaga aurat dan maruah. Mereka membuka jalan kepada berlakunya maksiat dan penzinaan. Ramai yang berlumba mempamerkan hiasan masing2.. Baju makin singkat dan sendat. 

Zaman sekarang ni, ramai isteri2 yang menangis..diuji dengan kesenangan. Waktu susah bersama tetapi bila senang, si suami meninggalkan si isteri. Bila si isteri tak redha, hati si suami takkan tenang. Awas2 ye! Doa isteri yang teraniaya dan terseksa akibat kegilaan suami dengan wanita lain.

Kesimpulannya, bila kita dah tunduk kepada 3 'TA' ni nescaya hati takkan tenang. Bila hati tak tenang, nak beribadat tak khusyuk. Zikir2 yang keluar dari mulut juga tidak mendamaikan jiwa. Sebab hatinya sudah tidak fokus.

Allah tak marah kita nak jadi kaya..Kita perlukan harta utk beribadat. Allah tak halang kita nak berpangkat besar.. akan tetapi perlu mengikut jalan yang betul iaitu jalan taqwa.

Ada tips tak cemana nak dapatkan jiwa yang tenang, jauh dari 3 anasir di atas ni?Adeeee. Tips nya adalah kita perlu selesaikan hukum2 dan perintah Allah Taala
Contohnya menunaikan segala perintah yang Allah wajibkan kepada kita. Yang berharta perlu tunaikan zakat, bersedekah.


Alhamdulillah, sedikit ilmu yang mungkin boleh jadi peringatan kepada kita, agar kita tidak melangkaui batas2 syariat Allah Taala. Lebih baik susah sedikit asalkan hati sentiasa dekat dengan Allah daripada kita beroleh kesenangan tetapi hati kita jauh dari Allah. Wal iya zubillah..

Wallahu a'lam


Setuju tak?=)

8 comments:

Kak Sam said...

Setuju sangat. Tq 4 sharing. Pada akak yang penting adalah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah swt telah kurniakan. Kita boleh berusaha untuk mendapatkan "TA' di atas tapi jangan sampai ianya menjadi matlamat hidup kita di dunia ini. Ingatlah bahawa jika kita dikurniakan harta yang banyak, Tahta yang tinggi, wanita cantik ia dalah merupakan dugaan daripadaNya. Maka berpada-pada lah,

eelobor said...

setuju sangat2 la kak dio terrrr

jelah said...

mmg betol pon exspecialy laki..

kurus said...

thanx friend .. lama x jenguk sini .. sihat ke ?? sebuk benar yee .. x per ..

bila lahh leh jumpe nie .. ngak nge'teh nie :)

whitecappuccino said...

Perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat..3 TA yang melalaikan manusia, menggelapkan hati..yang menyebabkan manusia semakin jauh dari Nya..

atuk said...

Assalamualaikum KH

3 'ta' yg menghantui saya
Insyaallah...kita dlm pemeliharaan Allah

Wassalam

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu..muhasah diri..

terima kasih for sharing..

*setuju sgt2!

Cik Sibuk said...

Ta yang pertama tu sangat betul. Saya selalu percaya, money is the root of all evil.

Baru aritu naik bas, dengar ada pakcik ni beborak dengan kawan dia. Dia kata benda yang rosak-kan manusia adalah MGM *bukan MGM wayang)..money, greed, M last tak ingat la apa pulak. heheee