Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, December 24, 2011

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan..

Renungan untuk diri sendiri dan rakan2..

Untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, hati yang bersih dan mudah untuk mengingati atau menghafal ayat-ayat Al-Quran, maka kita perlu:

1. Tinggalkan yang haram

2. Tinggalkan makanan yang syubhah
Was-was samada halal atau tidak

3. Jauhkan makanan2 yang makruh
Halal tapi Allah tak suka. Boleh makan tapi jangan selalu seperti petai, jering dan sewaktu dengannya..huhu

Bila darah yang mengalir dalam diri kita adalah hasil dari memakan makanan yang haram dan syubhah. Maka hati kita akan berkarat..mati. Seterusnya bila hati kita mati, kita jadi malas dan jauh dari Allah. Nak solat dan nak baca Al-Quran pun jadi liat. Seseorang yang di dalam jiwa tak ada sedikitpun bacaan Al-Quran umpama sebuah rumah yang telah ditinggalkan. Usang..sunyi..sepi..tiada cahaya..

Sama-sama kita jaga sumber pemakanan kita ye. Wang yang kita perolehi utk beli makanan dan memberi makan anak dan isteri mestilah bersih dan halal. Ni yang susah nak buat kan?huhu. Yang paling penting, jangan butakan hati kita dan keluarga kita dengan GAJI BUTA. Kesian dekat anak2 kita yang dalam proses menuntut ilmu. Susah mereka nak dapatkan ilmu nanti..huhu


KH: Semoga sentiasa di jalan yang benar dan lurus..insyaAllah

4 comments:

Iffah Afeefah said...

Yu are wat yu eat

eelobor said...

kebanyakkan orang hanya takut pada yang zahirnya haram seperti memakan anjing babi tetapi tidak kepada sumber yang haram seperti riba

MOH KEMBARA said...

Salam Cikgu,

Betoi, betoi, betoi!

Citarasa Rinduan said...

setuju.
selalu orang kalau nampak itu haram, diorang akan jauhkan,
walhal.. bab rasuah, kurangkan kg dalam perniagaan, riba.. semuanya serba buat2 tak nampak.. kan