Nak sambung cerita pasal jalan2 menghabiskan duit ke negeri di bawah bayu atau lebih spesifik lagi ke Tawau. KH update dulu story sampai habis then baru nak reply komen. Mintak maaf sebab tak sempat nak reply komen untuk entry Part 1 kat bawah tu. Masa memang dengki sangat2 kat KH sekarang...huhu tetambah lagi 3 hari nak berakhirnya sesi persekolahan 2011 ni. Banyak yang perlu disettlekan.
Lusa pengagihan wang bantuan RM100 kepada semua murid..huhu..hari ni sampai Jumaat ada lagi program minum susu 1Malaysia tu..(murah betul hati depa ni..tapi cikgu2 tak cukup kaki tangan weh nak menyusukan bebudak ni..eerrkkk)
Ok..ok..taknak membebel dah. Kita ringankan kepala jap..Tengok pics jalan2 carik pasal KH ke Semporna lak. Memandangkan hajat nak ke Pulau2 terdekat seperti Pulau Sipadan dan jiran2nya tak kesampaian maka kitorang pusing sekitar jeti2 kat Semporna sampai lenguh kaki..Kami dinasihatkan oleh cikgu2 sekolah member KH ngajar supaya tak pergi ke pulau2 waktu cuaca tak menentu ni takut nanti tersekat dan tak dapat balik pada petangnya..So, kami sebagai wanita mukminah..solehah lagi menurut perintah (wakeekekeperahsantanan sudeyhh!) tidak mendegilkan diri utk pergi ke sana..
Kitorang keluar rumah dalam pukul 8 lebih..matahari dah tegak dah..macam dah tengahari je gayanya..Konon kul 6 lebih dah nak gerak..hehe biasa la kan..tentatif berubah sesedap oren je
Singgah tepi jalan..beli buah sikit..Diriku bila nampak je buah salak memang tak toleh ke buah lain dah..terus beli buah salak..Miss Norgee kita minat buah mangga..ekeke
Setelah hampir 2 jam perjalanan perjalanan..akhirnya kami sampai ke Semporna!!Alhamdulillah..
Ni lah rupa bandar Semporna..Taklah sibuk mana..Sampai je Semporna rasa biru je mata..hehe sebab dikelilingi oleh laut kan..Santeekk sangat!Nanti tengok gamba kat bawah ye..
Cantik taaakk?!(baca cem Eric Leong tau..haha)
Hotel ni macam jadi mercu tanda bandar Semporna je rasa..Sebab ia bangunan paling besar dan megah di tepi pantai..
Dari jauh..ada sebuah perkampungan..cem best je kalau dapat pegi situ..time ni la ngidam tele-photo..senang nak shoot jauh..huhu
Enterprem jap..huhu
Selamat datang!!masa untuk round sekitar jeti..bayaran masuk berapa ek?lupa dah..huhu tapi murah je
Floating resort yang sangat mengujakan..Teringin nak rasa bermalam kat sini..Tapi kitorang balik terus petang tu..Ramai pelancong asing yang menginap kat sini..
Dari jeti boleh nampak satu lagi perkampungan tepi sungai..Bot laju ni merupakan kenderaan utama untuk mereka yang tinggal di pulau berdekatan untuk ke pekan semporna ni..Trafik sibuk giler tau..Mujur takde traffic light je..ekeke
Rapat-rapatnya rumah..tapi cantik je bila tengok dari jauh..
Tengok pic ni rasa cem duk kat Jepun lak kan..hehe
Nampak tak apa itu?? Landak laut yang ensem..hehe
Alaaa tomei2..
Inchik Tapak Sulaiman yang macho.. Teringat Si Patrick kawan Sponge Bob la plak tgk ni
Gaya penembak peropesenel!hehehe
Masa untuk menghabiskan duit..
Unik!!nak mintak buat balik umah boleh tak?ehee
Selamat tinggal Semporna..huhuk
Sangat seronok..dah lama kami tak habiskan masa bersama..sambil borak sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah..Subhanallah!
Part 3 akan menyusul..tungguuuuu
14 comments:
best tengok air laut yg biru...
subhanallah..
cantik2nya gambar yang cikgu syer pada kami...
rasa terpanggil2 nak kesana........
dah lama saya perasan, gambar2 landscape akak memang cantik & terbaekkkk
cantiknye awan die
wahhhh
Assalamualaikum Kalamhati
sejuk mata memandang
teringin sangat nak pergi Semporna
Wassalam
Subhanallah, kalau tengok pemandangan macam ni, tentu balik semenanjung otak segar bugarr...
gamabr terbaik
hm,nampak akak agak kelam kabut gak.. sebab akak sampai sini je.. memang rugi ar kalau dah sampai semporna tengok ni je.. ^_^.v.. Tapi takpe,at least akak dah tengok 1/100 keindahan Sabah.. ha ha ha.. ^_^.v.. Shot akak superb la.. akak g beli 11-24 sekarang jugak.. ini arahan.. :-p
Cantiknye! Semporna ey name tempat ni. InsyaAllah hujung bulan ni I ngan kawan2 akan bercuti kat Tawau. Kalau berkesempatan nak singgah la jeti ni. :D
cantik3~~~~~~
canteknya...damai
salam..sgt cantik semporna kak..teruja adik nak ke sana.kena psg impian kemas2.thn dpn nak gi jugak ke sana.sebenarnya adik ipar ada kerja sana...wahh teruja~~~
semua gmbr2 cantik sgt.bestnyer g belah2 sana.. izan ni nama je husband keje belah sabah sarawak kdg2 tp dia kat laut,tetap xdpt ikut hukhukhuk....
gambar supo oghe pro ambik nih! comey2 blako!
Post a Comment