Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 10, 2011

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).. Btoi Ke Ni?




Ni bukan finalised punya. KH share dari FB kawan. Andai benarlah kiraannya begini, huhuuu alhamdulillah. Patut bersyukur dengan rezeki yang Allah beri dan patut memikul amanah yang diberi setimpal dengan gaji yang diperolehi.

Dari saat selepas bajet diumumkan hinggalah ke hari ini, ramai yang kata cikgu beruntung dan banyak diberi kelebihan. Sampai ada yang berlawan hujjah. Kutuk sana kutuk sini..huhu..

Rasanya cikgu hanya dapat kelebihan kenaikan gred ke DG44 dari DG41 je, yang mana tempoh 10 tahun dipendekkan ke 8 tahun. Rasanya jabatan lain dah lama dah merasa kenaikan pangkat ni. Sektor pendidikan je lambat sikit.

Bukan cikgu je, malah kenaikan gaji tahunan ni untuk semua penjawat awam kan. huhu.. Sedih pulak tengok sesama bangsa ni duk komen mengomen..sindir menyindir..bidas membidas..hanya kerana sedikit kelebihan yang diberikan. 

Rezeki kita kat tangan Allah..yang penting keberkatan rezeki tu. Ada orang dapat sikit tapi tak pernah kurang malah melimpah ruah lagi. Ada orang gaji besar kemain tapi tak pernah cukup. InsyaAllah, jika kita jalankan tanggungjawab dengan baik, Allah akan limpahkan rezekiNYA..=)

Antara entri panas pasal cikgu..baca jangan tak baca!=)

SINI..

DAN SINI..



17 comments:

sud@is said...

manusia bermacam ragam, naik pun bebalah tak naik pun masalah..
tunggu harga barang naik lagi bermasaalah...

Niena Muhammad said...

biasa lah kak wan, rama xpuas hati.. sma mcm tentera jgak... blh plak kata tentera ni xwat hape keja,, watpe nk naikkan gaji.. buat apa bgi keselesaan pda tntera... masing2 kata yg tu,yg ni.. dan yg sektor swasta ada yg xpuas hati sbb katanya bajet taun ni khas utk kakitangan awam,ntah.. rasanya masing2 ada bahagiannya.. bukan kita aje..

msredcheesecake said...

Tiba2 rasa nak jadi cikgu... Heeee

eelobor said...

tuh pasal...sama entri kita

~izan~ said...

izan tak dengki2 kak sbb izan tak kena mengena pun hehe..tp tumpang hepi je la rezeki kwn2 bertambah,bley belanja izan plak hehe

Lelord said...

rezeki utk kalian hhehehee

IMANSHAH said...

xsanggup baca ..macam2 depa kata cikgu

ISZA said...

bila mulut membebel dan hati merungut.. semua lupa mana letaknya iman..
:)

whitecappuccino said...

tak patut dengki atau irihati dengan rezeki yg orang lain dapat..bukankan semua itu ketentuan Dia..memang selalunya manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat..

exora said...

tu la pasal, member kt fb ckp oghe pakat dok kutuk cgu dlm msg berita harian...sedey baca
macam byk benar cikgu dpat...
yg jd bunyi mcm byk sbb bidang pendidikan...bkn khusus utk guru pun
apa2 hal pun belajar bersyukurrr...

[leily.laily] said...

apepun syukur ngan bajet 2012 ni.. =)
tp sy ada dgr gred rendah la yg bleh max. kenaikan.. sejauh mane btul, Wallahualam..

Unknown said...

tahniah buat penjawat awam..
tapi mmg sedih kes yang cikgu isza syer semalam...
bengang pun ada

Solihin Zubir said...

untungla sapa keja kerajaan.. tambah2 cikgu..
sy keja sindri.. :(

dalisha said...

bersyukur dengan apa yg ada.. tak perlu nak bandingkan sapa lebih sapa kurang.. apa-apa pun, semuanya terletak pada hati masing-masing.
--
Jom jengah sini Rahsia kecantikan anda disini

Mila@Rimbun said...

harapnya kepada kakitangan awam ni ingat2 lah.. bila dah naik gaji tuh janganlah plak g tambah personal loan plak, pastu claim gaji tak cukup lagi kan..

usin said...

kekadang tu menanah telinga gak la baca komen org tak keja gomen. bila ada belanjawan, maka org keja gomen kena kutuk, gomen kena kutuk. bila org keja gomen nk naik gaji lg teruk kena kutuk. cumanya dorang lupa @ sedikit alpa, bos org gomen ialah gomen. jgn marah gomen & pekerjanya bila ada kenaikan gaji. kalau dorang nk naik gaji, mintaklah pd bos masing2. kekadang kesian jugak la dgn kelemahan dorang memahami...

aman_arab said...

kalau tak keberatan..jemputlah ke blog saya untuk tengok sifir gaji DG 41, DG 34 dan DG 48 dalam SBPA nanti .. http://amanarab.blogspot.com/2011/10/gaji-cikgu-dg-41-dalam-sbpa.html