Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 8, 2011

Tiru Aksi Lesbian: Semoga Jadi Pengajaran


JASIN – Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini.
Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.
Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.
Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu.
Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.
Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya.
Katanya, lelaki terbabit merotan sehingga lebam di beberapa bahagian tubuh dua kanak-kanak berkenaan sebagai pengajaran. “Berdasarkan siasatan, dua beradik itu mendakwa pernah menonton video lucah yang ditayangkan sepupu mereka ketika mendiami rumahnya di Selangor.
“Mungkin disebabkan terpengaruh atau teringat apa yang pernah ditonton, pasangan kanak-kanak itu cuba aksi terbabit sebelum disedari ibu mereka,”katanya, di sini, semalam.
Hadir sama dalam siasatan terhadap kes berkenaan Pengarah Pembela, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.
Menurut Zamzuri, anak sulung ibu tunggal itu diserahkan kepada satu pasangan untuk dijadikan anak angkat secara sah kepada lelaki berusia 28 tahun dan isterinya berusia 25 tahun itu sejak setahun lalu.
Katanya, ketika kejadian, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pulang ke rumah ibu kandungnya selepas ibu angkatnya itu ke Pahang untuk menemui suaminya yang bertugas di negeri itu.
“Saya dimaklumkan, adik-beradik itu bukan pertama kali melakukan perkara sumbang itu dan keluarganya pernah melihat mereka berdua-duaan dengan keadaan mengghairahkan,” katanya. – myMetroOnline

sumber: Mynewshub

**Hmm kecik2 lagi dah pandai..Kanak-kanak boleh terdedah dan meniru dengan apa saja perkara negatif yang mereka tengok. Bahan2 lucah seperti majalah dan vcd bersepah-sepah. Lebih malang lagi kalau si ayah dan ibu sendiri yang memang tengok vcd lucah depan anak2.. Bukan cerita rekaan tapi KH pernah dengar dari mulut salah seorang murid, dia tengok filem porno satu family. Ibu bapa jenis apa tu ek?Ajak anak2 tengok filem mcm tu..

17 comments:

Syazwan Che Deraman said...

sampai macam tu sekali.
dah la muda lagi..senang plak terpengaruh dengan benda macam tu.
hmmmm

atuk said...

Assalamualaikum KH

nauzubillah
jauhi drp keluarga kita

Wassalam

IMANSHAH said...

erm

pengaruh2

aliza said...

di sinilah peranan ibu bapa.. kalau akak rancangan yg anak akak tengok seboleh2nya akak jadi translator dan pengulas selari kepada anak2 akak .. akak akan rasionalkan apa2 pertanyaan anak akak..insyaallah ibu bapa perlu menjadi rakan dan teman serta pembimbing anak2.. takut dengan dugaan dan cabaran bakal mereka hadapi...

whitecappuccino said...

bahayanya anak2 sekarang..

SN said...

dunia2...seram tgknya,tp mmg wajar anak-anak tu di ajar

Anonymous said...

expert nya...hmm, itu semua kerana terpengaruh budak2 mna tau apa..
ape yg die tengok itu la yg die ikut...

exora said...

takutnya dunia skrg kan..tanpa sempadan

KakD said...

iskkk...mudahan dijauhkan la..macam2 kan sekarang nih.

Unknown said...

baca berita nie..
yang slah sepupunya., maksudnya pengaruh rakan sebaya..
subahanallah......
tapi kalaulah wujud ibubapa yang ada filem porno.. subhanallah...

eelobor said...

perkara baru yang merangsangkan memang cepat mempengaruhi budak2 sekarang. apatah lagi sekarang di zaman yang serba canggih, lagi la senang untuk akses2 perkara sebegitu.

enEnfeeL said...

ya Allah. budak lagi kot. ya Allah jauhkan lah kami dari maksiat ya Allah.

Hafizin Jamil said...

bahaya sangat skang ni..haish

Lydia Miza said...

bahaya budak2 skrg ni...

padan muka kena belasah.tak serik tak tau lah.rotan je tapak kaki tu sepatutnya

Niena Muhammad said...

budak2 mudah terpengaruh, erm... biasanya bnda ni akan terbawa2 smpai ke besar.kesian dia kecik lgi tatau apa. tu lah,, kalau blh tgk citer yg bukan2 pn jgn le dpan bebudak nie kalo vcd lucah apa lgi

Nur-nba said...

Alahai.. Kenapalah pendek akal sampai ditiru perkara terkutuk tu..

Unknown said...

isk2 cemana tu...gila btol la