Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 8, 2011

Isu Pendapat Tentang Hukum Hudud: Heliza Tampil Beri Penjelasan..

Isu panas sepanjang minggu lepas dan minggu ni selain Bajet 2012 kot.. Rata-rata bloggers dan juga wall facebook duk share pasal isu hukum hudud dan diajukan kepada beberapa artis. Dan pendapat-pendapat yang diutarakan menimbulkan ketidakpuasan hati ramai yang membacanya. Yalah, bagai menghantar surat ke silap alamat (apa punya perumpamaan ni..hehe hentam je la)

Dan salah seorang yang menerima tempiasnya setelah tersiarnya isu pendapat hukum hudud itu ialah Heliza Helmi. Sedih dan tidak senang duduk dengan isu yang diperdebatkan itu, Heliza tampil beri penjelasan. Sekurang-kurangnya dia jelaskan hal yang sebenarnya. Kadang2 apa yang diberitahu lain..yang ditulis lain..

Memetik sedikit kenyatan Heliza kepada pihak Sinar Harian:


“Saya mengetahui perkara ini menjadi perdebatan setelah dimaklumkan pengurus saya, Kak Zeq, yang membacanya di laman sosial, Facebook.  
“Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja. 
"Apabila ramai yang bertanya mengenai perkara ini kepada saya, tidak mungkin saya dapat jelaskan kepada setiap individu yang bertanya. Kerana itu, saya tampil hari ini (semalam) agar mereka tahu keadaan sebenar dan berharap ia akan dihentikan serta-merta," katanya kepada Zass. 

"Apabila ramai yang bertanya mengenai perkara ini kepada saya, tidak mungkin saya dapat jelaskan kepada setiap individu yang bertanya. Kerana itu, saya tampil hari ini (semalam) agar mereka tahu keadaan sebenar dan berharap ia akan dihentikan serta-merta," katanya kepada Zass.
Lebih memilukan, ada pihak melemparkan tuduhan kepada anak kelahiran Terengganu ini apabila dikatakan sanggup mempertikaikan hukum Tuhan. Bagi empunya diri, bukan sahaja terkejut, malah menangis apabila mengenangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.
 “Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?” katanya yang kini aktif memberi ceramah motivasi kepada remaja
Menurutnya, ketika diminta memberi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi ini enggan memberi komen kerana takut tersalah cakap. "Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini.
“Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan,” katanya. 


Baca selanjutnya di SINAR HARIAN


**Siapa yang perlu dipersalahkan? Terkadang, yang memegang amanah menyampaikan sesuatu itu, tidak menyampaikan kebenaran. Kalau nak mensensasikan sesuatu pun perlu tengok isu jugak kot. Isu2 macam ni tak perlulah nak ditanya kot. Dosa tertanggung atas kepala kita sendiri. Rezeki yang dicari utk  diberi makan kepada keluarga.


4 comments:

Unknown said...

kadang-kadang pihak media ni mahu cari publisiti je.buat cerita

Unknown said...

hurm...biasa la zaman loni

Anonymous said...

putar belit cerita saja nk mempebesarkan isu..

naqib faiz said...

betul gak. kekadang wartawan tu yang sengal pi tanya wartawan