Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, October 7, 2011

BAJET 2012: MUAT TURUN TEKS UCAPAN BAJET TAHUN 2012

Bajet sudah dibentangkn.. Tanda tanya dan persoalan yang bermain di minda dah terjawab. Ada yang tersenyum manis, ada yang senyum tawar, ada yang tak tau nak senyum ke tak..hehe

Apa-apapun, kita perlu bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Semua tu dari Allah Subhanahu wa ta'ala belaka kan? Sikit ke banyak tetap rezeki. Perlu kita rafa' kan kesyukuran kepadaNYA..

KH sempat tengok mukaddimah ucapan PM je petang tadi sebab ada urusan. So, balik je rumah dekat maghrib tadi, terus bukak link teks ucapan Bajet 2012 untuk tahu apa yang dibentangkan. Dah faham dah dan pastinya tersenyum jugaklah sebab kenaikan gred DG41 ke DG44 dah disingkatkan kepada 8 tahun, so tak perlu tunggu lama..ada 2 tahun je lagi.. wheehuuu

Dan banyak jugalah peruntukan untuk sektor pendidikan. Untuk penambahbaikan dan pemurnian institusi pendidikan negara dari rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. 

Dan peluang penjawat awam sambung belajar ke peringkat lebih tinggi pun terbuka luas. Nak dengan taknak je la..huhu bila baca pasal tu, rasa macam nak sambung PhD je..

Kalau nak baca teks ucapan BAJET 2012 bolehlah klik link BAJET ni..


9 comments:

whitecappuccino said...

Senyum..!

eelobor said...

golongan cikgu terus di hargai

Salwa said...

hadiah untuk para pendidik.

exora said...

syukur...tm kasih PM

msredcheesecake said...

Cikgu bestla... Cpt nai gred pas ni....

Sunah Sakura said...

bertuahnya para cikgu...hehe

ieda said...

tahniah beb ..
lepas nie konpermm kena belanja :)

missina said...

ni yg jeles ni,,cikgu ada gak yg nonsiswazah gred 29 pun leh naik gred dlm ms 8 thn,,nape kami misi takde lak naik gred camni,,,huhuhu,,sedih,,

kokser kokdam said...

ambo br jah pecen cikgu.. huk2.. xde angpau utk org seberang laut ni ke..?