Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 15, 2011

Alamak Tertelan Gigi!!

Ni kiranya kisah cemas yang kemudiannya bertukar jadi kisah kelakar...hehe ada sorang murid Darjah 2 kalau tak silap. Masa KH kat bilik guru 2 hari lepas, tiba-tiba seorang rakan guru tergesa-gesa masuk ke bilik guru bawak sorang murid.

Dia cari air nak bagi budak tu minum, so kitorang yang ada dalam bilik guru tanya kenapa dengan budak tu. Dia jawab 'budak tu tertelan gigi".. Whattt?!! Terus KH bangun pegi tengok budak tu.. Memang ada satu gigi depan dia dah takde. Kecik je gigi-gigi dia, so KH assume gigi yang dia tertelan tu kecik je la..huhu

Sempat la budak tu kena bebel kat beberapa orang guru yang mengajar kelas dia. Tu kira upah orang nakal!hehe sebab budak tu memang jenis yang tak reti duduk diam dan suka main dalam kelas.

Then, terkeluarlah soalan cepumas dari sorang cikgu ni. 'Habis tu cemana ye?.. Gigi tu tak hancurkan dalam perut?'..Dan kitorang ramai-ramai jawab 'tunggu berak la!'.. then semua pecah ketawa..hahaha

Dan sorang cikgu lagi menyampuk, 'tak boleh buang air besar kat toilet la kalu nak amik balik gigi tu, kena buang air besar cara lama..duk ataih tanah then tutup ngan kain..mcm2 kecik2 dulu!'..

Terus KH menyampuk, 'haaa mesti ada pengalaman tuh!'.. Pecah lagi sekali gelak dalam bilik guru tu. Adeh sakit diriku kena cubit..hehe dan cikgu tu terus blah sambil gelak. Budak tu terpinga-pinga je tengok cikgu2 gelak.. Budak tu dah la kecut perut..pucat muka dia takut..hehe cemana la buleh tertelan gigi tu..

Korang pernah tertelan gigi?=)

14 comments:

~izan~ said...

hehe,mcm2 hal tp tang cikgu cerita cara nak membuang tu tak tahan ekekeke

Niena Pengembara Ilahi said...

haha klaka la jdi cikgu ni dih... erm, nina dlu penah telan duit syiling..msa skolah xreti dok diam,lelangit ni penah koyak sbab 'conggoh' pensel. kulum pensel pnya pasal

Green Apple said...

belum ada pengalaman guna gigi pelesu.. heheee

teratai said...

teringat kisah anak kak yg ttelan butir limau, menangis selak sbb si ayahnya mengusik nanti tumbuh pokok limau dlm perut!...bila anak2 dah besar kisah ini menjadi bualan kami sekeluarga...luculah pulak jadinya:)

IMANSHAH said...

kan tumbuh gigi dalam perut

Mila@Rimbun said...

lawaklah... izzah pon selalu tanggal gigi camtuh jer tak rasa sakit. Arituh sampai 2 batang sekali, nasib tak ditelannya. dah lah gigi geraham tuh.

♥cmª shIemª♥ said...

hehehe..sekali tertelan gigi la pulak..

x pernah lg tertelan gg.. ^_^

❤ eyeme ❤ said...

pernah tgk mak sedara buang air besar dlm tempurung kelapa waktu banji kat kampung..kdg2 xde tempurung kelapa pun..ikot main sedap je buang dlm air. sape yerk?hahaha.. :p

Citarasa Rinduan said...

kalau tertelan cincin ada..

adik ipar ayu.. sangat kasihan..
nenek tunggu dia berak.. heheh

minah skuter said...

tak penah lagi.. hehe..

tapi waktu sekolah dulu member penah tertelan chewing gum sebab terkejut cikgu marah.. haha

alinac lover said...

lawak la dorg ni

Syazwan Che Deraman said...

tooth fairy.
hehehe.

kelakar plak, cikgu boleh gelak gelak lagi..mangsa dah kecut..hehehe.

kelakar plak baca komen cotarasa rinduan.
makin mahal cincin tu.

whitecappuccino said...

aduh..macam2 hal dengan budak2 kan?? tak dok pengalaman tertelan gigi ni..lekat tulang ada la

KaK LimAh Si SupiR said...

aiyakkkkk..blh plak tertelan gigi ye..ahaha

kaklimah xpenah tertelan gigi :P