Salam 'alaikum..
Selamat Hari Malaysia.. Mesti macam-macam plan korang hari ni kan? Ada yang balik kampung. Ada yang plan nak outing and shopping moping dan mesti ada yang sesudah subuh lagi keluar untuk menyaksikan kemeriahan acara Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia kan..
Korang pernah naik motorboat tak? Mesti ada yang pernah kan? Kalu KH, memang dari kecik sampailah ke besar sebelum ada kereta, motorboat merupakan transport rasmi untuk ke Kota Bharu. Dari kampung KH ke Kota Bharu boleh guna jalan darat iaitu cross Jambatan Sultan Yahya ataupun naik motorboat.
Masa sekolah dulu, memang hujung minggu motorboat nilah yang KH naik untuk pegi ke Pusat Tuisyen kat KB. Masa tu tambang dia hanya 40 sen dan sekarang ni dah RM1. Kira takde la mahal sangatkan. Masa perjalanan dari jeti kampung KH ke jeti motorboat KB dalam 20 ke 25 minit. Tapi waktu balik cepat sikit sebab ikut arus air sungai..Dalam 15 minit je.
Dan dengan motorboat ni lah mak KH cari rezeki kat KB. Berpuluh tahun dia ulang alik ke KB menghantar barang jualan naik motoboat ni je. Kiranya banyak berjasa dah perkhidmatan motorboat ni pada penduduk kampung KH.
Lama dah KH tak naik motoboat ni. Tapi raya hari tu, kitorang pakat ramai2 naik motorboat ni ke KB. Al-maklumlah, bila time nak raya jalan memang sesak. So, biasanya untuk jimatkan masa, alternatifnya naik motorboat lah..dekat sangat je nak jalan kaki dari jeti ke pusat bandar..
Yeaahh!Motorboat dah sampai.. |
Penumpang-penumpang.. |
Pandangan dari jauh.. Susur gajah sebelah kereta tu la laluan ke jeti.. Dah cantik dah sekarang..dulu sempoi je |
Pandangan dekat laluan ke jeti |
Kalau petang-petang dapat lepak sini mesti best banget! |
Nilah rupa jeti motorboat tu.. Dari dulu sampai skang gitulah.. tak berubah..Buat la cantik sket..hehe |
Ramai penumpang time ni..Penuh tempat duduk.. Yang baru balik kampung memang amik peluang naik motorboat |
Kecik sangat signboardnya..huhu |
Dah sampai!hehe muka happy dapat naik motorboat.. Kakak ipar yang kat KL ngan anak2 sedara KH memang suka bebenor naik motorboat |
Korang jeles tak kampung KH ada motorboat?hahahaha..kejii KH ni kan.. Kalau nak rasa pengalaman naik motorboat ni, kena la mai Kelantan. Spesifiknya lagi, kena mai kampung KH..hehe
16 comments:
seronoknya...teringin juga nak naik ni..Kampung KH nama apa?
uhuhuh...dah berubah sakan la jeti tuh. dulu2 maso sekoloh, sokmo gi ke kampom laut naik boat nih. jeti belake hankyu jaya
waaa ada feri
wah..mesti cuba nie..!
cun awk cun ..!!
xyz4mir.blogspot.com
kita tak jeles sebab kat kuala kangsar pun ada..
ngee..
:D
kampung izan mmg takde nih...
kompem kena jalan2 gi umah akak kalau nak rasa sendiri naik motobot kan~
seronok nya,lama doh x naik bot nih!
beh nyeee,,bila nak jalan2 kb ni
hmm xpernah naik motobot! :D
sekali jah saya naik kat pengkalan ni..selebihnya naik 'perahu' gi takbai
Salam Cikgu,
Alamat Kampong akak jalan nama Jalan Tambang...sebab dulu sekitar tahun 70an samapi awal 80an, ada bot tambang. Sekarang dah takda...tinggal kenangan!
bestnye naik bot.....
sy pun ada pglaman naik bot ni..dulu lepas spm, sy duduk kt umah makcik di temerloh belajar kelas komputer, jalan darat pun ada tp sy lagi suka naik bot..ms tu tmbgnya 30 sen jer...
wah.pernah naik bot sekali je.tu pun gi pulau pangkor.hehe.
fest time singgoh situ time blik cuti rayo.. memey cantik tmpat dio..
best jugok skali skalo naik motobot nih..
Post a Comment